PENGGUBAL UNDANG-UNDANG BN SALAHGUNA DUIT UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA

SHAH ALAM sept -pegawai Daerah Kuala Selangor yang sedang disiasat dalam satu kes yang melibatkan siasatan dari kerajaan negeri Selangor hari ini menjelaskan bahawa ada pegawai yang terlibat dalam penggubalan undang-undang yang telah menyalahgunakan peruntukan kepada rakyat menggunakan perutukan tersebut untuk berkempen dalam pilihanraya umum lalu.


"Ianya benar , peruntukan tersebut disalahgunakan untuk berkempen , dan bukan semua pengamal undang-undang ini meggunakan peruntukan ini untuk mempertahankan kedudukan mereka" ,demikian jelas Mohd Misri Idris, yang sedang di soalsiasat oleh oleh badan penyiasat khas berkaitan dengan kopentensi,kejujuran dan telus (SELCAT) hari ini.

"Pada kebiasaannya kami memproses antara 20 hingga ke 30 permohonan untuk tujuan bantuan" jelas beliau.Merujuk kepada bahawa bantuan tersebut sepatutnya dihabiskan pada tahun yang berkenaan .Bagaimana pun ianya di segerakan tujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan ,projek kecil dan tuntutan sebelum menjelang pilihanraya umum lalu.


"Biasanya juga kami akan di panggil dan diberi taklimat dan ini memnunjukkan bahawa pilihanraya umum akan berlaku dan dekat" demikian jelas Mohd Misri lagi. Beliau berkata , buat masa sekarang ini , pegawai daerah tidak akan menyimpan lagi peruntukan dan akan menyalurkannya secepat mungkin ke kawasan tertentu.

"Kini kami akan memperoses semua permohonan secepat yang mungkin , sebab semua pagawai perundangan mahukan proses ini dipercepatkan permohonan mereka', jelas beliau merujuk bahawa pemakaian ramai kakitangan yang akan di ambil bagi membantu menyegerakan segala proses permohonan.

Timbalan Pegawai Daerah Izahar Rasidi, yang kini sedang di soalsiasat mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang semakan untuk melihat sama ada sebarang peruntukan yang diberikan itu digunakan dengan cara yang betul atau tidak bagi setiap peruntukan untuk tujuan yang penting.


"Kami memang mempercayai pihak wakil rakyat dan juga wakil mereka dan kami juga tidak mahu hubungan kami dengan mereka menjadi tidak baik" demikian jelas beliau pula.

Kami adalah kakitangan yang hanya berkerja sebagai pegawai kerajaan, dan sekiranya kita mempersoalkan pihak mereka" "kami hanya berkerja untuk kehidupan kami" demikian jelas Izahar.





Bagaimana pun Sekretariat SELCAT Saari Sungip menjelaskan bahawa kedua-dua pihak baik pegawai kerajaan dan juga wakil rakyat seharusnya bekerja dengan lebih berintergriti dan jujur kerana ianya menggunakan operuntukan dari cukai yang dibayar oleh orang ramai.Orang ramai membayar cukai kepada kerajaan dan dari cukai tersebut di kembalikan kepada rakyat dengan projek yang menguntunbgkan mereka dan bukan tujuan berkempen.



Izahar menegaskan lagi bahawa pihak pejabat daerah terutamanya pegawai dan penolong pegawai yang bekerja di pejabat dareah berada dalam keadaan yang sikar."Siapalah saya untuk mempertikaikan wakil rakyat ini?" tanya beliau

Izahar menjelaskan bahawa semua permohonan dan kelulusannya telah diluluskan oleh pihak yang berkaitan dengan undang-undang dan Pegwai Dareah hanya meluluskan nya sahaja untuk meluluskan dan mengedarkan apa yang telah diluluskan.

"kami tidak meluluskan, kami hanya memproses semua bentuk permohonan dan juga semua peruntukan dan juga cek".

Izahar kemudiannya agak tergamam apabila ditanya berhuung dengan kelulusan 85 permohonan untuk bantuan yang berjumlah RM450,000 pada 12 hb Februari tahun lepas dibawah ADUN Ijok sehari sebelum kawasan tersebut di bubarkan.

"Kami ni di pantau oleh kerajaan negeri.saya mungkin salah tetapi ada di sesetengah bahagian yang menerima arahan, tetapi saya tidak menerima satu pun" jelas beliau.

Sementara itu pegawai kerani akaun Norafzianti Jantra, yang terlibat menyediakan semua peruntukan kewangan bagi ADUN Ijok menjelaskan bahawa ada seseorang dari Pejabat daerah yang terlibat dalam menyediakan dokumen berkenaan pada 12 Februari.Beliau menjelaska
bahawa ianya diminta menyediakan dalam bentuk kerja sebagai gotong royong dan mereka dibayar kerja lebih masa.Semua nya di minta dalambentuk voucer pada 12 februari dan ditandatangani selepas dewan undangan negeri dibubarkan.

2 Voucer juga di luluskan pada 25 mac apabila wakil rakyat baru di lantik.semua pegawai akan dipanggil untuk disiasat lagi pada Isnin depan untuk disiasat sebelum di soal siasat awam.




Terjemahan Oleh Amiruddin Ahmad