ADA YANG AKAN UNTUNG DENGAN PROJEK BARU


Bayangkan jika berbillion komputer di negara China di paksa untuk memasang "panapis" dalam melayari internet?berapa banyakkah keuntungan yang boleh didapati dari projek sebesar ini?Adakah sekarang ini sesebuah syarikat sedang melihatnya di Malaysia?

Menurut Mahathir dalam blognya, bahawa menapis bahan-bahan di internet perlu kepada bahan-bahan yang tidak berguna umpamanya bahan berbentuk prono dan bukan pandangan-pandangan politik.Ini adalah kerana jika dilaksanakan projek ini Malaysia akan di kategorikan sebagai salah sebuah negara "pariah" dari 18 buah negara yang dilebelkan oleh negara-negara barat kerana menghalang pengunaan internet.

Keduanya dengan melaksanakan projek ini ianya akan memberikan kerugian kepada negara kerana MSC akan kehilangan pelabur dan ianya melibatkan kerugian berbillion ringgit.Malah baru-baru ini Rais Yatim menteri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini mengakui bahawa tender bagi melakukannya telah di keluarkan , namun di nafikan PM Najib Razak.

Dalam laporan awal , tujuan memasang "filter" adalah untuk menghalang lamanweb lucah semata-mata, namun ianya akan menjadi kepada menghalang dari melakukan ekses kepada laman web yang menentang kerajaan pemerintah.

Sementara itu beberapa komen berpendapat tindakan tersebut hanya akan merugikan kerajaan Barisan Nasional semata-mata.Ini adalah kerana jika ianya di halang rakyat akan terus menerus mendapatkan maklumat di mana-mana ceramah pihak pembangkang untuk mendapatkan maklumat. Ini adalah satu projak yang cukup bodoh jika dilaksanakan.


Tujuan yang dijalankan di China adalah berbeza dengan fahaman politik Malaysia melainkan kita mahu mengikuti fahaman komunis negara tersebut yang bertujuan menghalang sebarang bentuk website,blog atau face book untuk mengkritik kerajaan. Jika itu dilaksanakan maka rakyat sudah tentu tidak dapat mengekses dari mana-mana bahan politik sebagai maklumat.Sudah banyak kali kerajaan dilihat gagal memahami apa kehendak rakyat kerana itu sebarang bentuk tindakan yang dilaksanakan kerajaan dilihat terlewat dan kini ianya dilihat telah merugikan kerajaan sendiri.

Mengikuti kehendak rakyat adalah ciri-ciri sebuah negara demokrasi.Suara majoriti rakyat menganggangkat pimpinan adalah menifesto dari kehendak rakyat sendiri.Jika ini dilaksanakan sudah tentulah kerajaan dilihat prihatin kerana pandangan rakyat adalah kebaikan untuk sesebuah kerajaan yang memerintah.




No comments: