MB PERAK MOHON RESTU SULTAN BUBAR DUN






Mahkamah tinggi hari ini telah memutuskan bahawa Mohd Nizar jamaluddin adalah menteri besar Perak Yang sah.


Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim juga mengarahkan supaya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta mengarahkan Dr Zambry Abdul Kadir, enam exco beliau mengosongkan jawatan mereka.


Nizar mengumumkan bahawa "Hari ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat Perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat "



Hakim Abdul Azizi disifatkan sebagai hakim yang berani dan bersemangat yang membuat keputusan untuk menegakkan keadilan.Nizar bersyukur kerana keadilan telah dikembalikan kepada rakyat negeri Perak.



“Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahtraan negeri dan rakyat Perak,” kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.



Menurut sumber , Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-



1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.



2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperi yang diarahkan mahkamah hari ini.



3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.



4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.



5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.



Sementara itu Zamry akan mengosongkan seberapa segera sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah tinggi, namun perdana Menteri akan mefailkan rayuan seberapa segera esok.


Menurut perlembagaan Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.



Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.


Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.



Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.