Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Mungkin Terjejas Sedikit – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

AYER KEROH, 5 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terjejas sedikit susulan tarif baharu yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu.

Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan dengan Jemaah Menteri, semalam, untuk membincangkan tindakan sewajarnya bagi menangani perkara itu.

Beliau berkata, pengumuman itu turut memberi kesan kepada negara lain, sekali gus menuntut kekuatan semua pihak khususnya anggota ASEAN meliputi Malaysia untuk mempertahankan hak ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam kalangan negara ASEAN, kita cuba menjaga kepentingan ekonomi negara kita. Kita mesti mencari jalan dan kaedah bagi mempertahankan kepentingan ekonomi negara kerana ini bermakna pekerjaan rakyat untuk pendidikan, kemudahan kesihatan, kekayaan serta keupayaan hasil bagi negara kita.

“Namun, Malaysia atau Thailand dan Indonesia sahaja tidak akan cukup kuat sekiranya kita tidak rangkul seluruh kekuatan ASEAN memperkukuhkan ekonomi.

“Mengapa saya pilih untuk menyebut hal ini… kerana kita tidak boleh menafikan mungkin akan ada sedikit sebanyak terjejas pertumbuhan ekonomi yang kita sudahpun rancang dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Rabu lalu, Trump mengumumkan AS akan memperkenalkan tarif asas 10 peratus terhadap semua negara dan duti lebih tinggi membabitkan beberapa negara, termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tarif timbal balik AS yang menyasarkan lebih 180 negara itu bagaimanapun tidak tertakluk ke atas Kanada dan Mexico yang sebelum ini sudahpun dikenakan penalti oleh Trump bagi menekan mereka agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap migrasi serta penyeludupan fentanyl haram merentasi sempadan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia dikenakan tarif timbal balik 24 peratus termasuk kadar asas, manakala negara serantau seperti Kemboja pada 49 peratus, Vietnam (46 peratus), Thailand (36 peratus), Indonesia (32 peratus) dan Singapura (10 peratus).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara dagang, bergantung pada sektor eksport termasuk semikonduktor yang mencecah AS$200 juta ke AS.

Justeru, beliau berkata, usaha menangani isu itu perlu dilakukan dengan baik, termasuk melalui rundingan dan ketegasan dalam mempertahankan hak ekonomi negara.


Kagum peranan Malaysia, PM diundang beri ucapan khas di Shangri-La Dialogue 2025


 

Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), John Miguel Warwick Chipman menyatakan kekaguman terhadap peranan Malaysia menyuarakan kepentingan sejagat serta ketegasan dalam hal-hal berkait situasi di Timur Tengah.



Perkara itu diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan hormat John Chipman ke pejabat Perdana Menteri semalam.



Anwar berkata, John Chipman melihat peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 amat penting kerana hala tuju yang digerakkan pada tahun ini memberikan impak bukan sahaja kepada rantau Asia Pasifik, malahan ia mendapat perhatian dunia.


Justeru dalam pertemuan itu, Anwar telah diundang untuk memberikan ucapan khas sewaktu Shangri-La Dialogue 2025 pada 31 Mei nanti di Singapura.


“Undangan-undangan ini merupakan satu penghargaan kepada negara yang menterjemah pengiktirafan dunia terhadap peranan penting Malaysia.

“Penghargaan ini merupakan satu bentuk kejayaan Malaysia yang dihormati dunia,” katanya di Facebook.

Malaysia turut diundang untuk berperanan dalam IISS Manama Dialogue 2025 pada Oktober kelak.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu, Anwar berkongsi aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 di mana keutamaan beliau adalah agar rantau ini aman, stabil dan makmur.



Ini supaya rakyat di negara-negara ASEAN dapat bergerak seiring ke hadapan, selain kepentingan hubungan akrab dengan pelbagai negara sebagai kunci utama untuk mewujudkan hubungan diplomatik yang utuh dalam berhadapan pelbagai cabaran global yang dinamik.







ROMBAKAN KABINET TERGEMPAR? MARI TONTON APA KATA BRO ISWARDI

Mat Sabu perjelas dakwaan para pesawah masih belum terima ‘duit raya’ RM30 juta





Sumbangan wang ihsan berjumlah RM30 juta yang dijanjikan oleh syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada para pesawah telah mula diagihkan kepada lebih 200,000 pesawah yang layak.


Mengenai kelewatan agihan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, setiap proses pengeluaran dana memerlukan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP), piawaian pengurusan kewangan dalaman, serta kelulusan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Menurutnya, proses penyaluran dana akan mengambil sedikit masa kerana perlu mematuhi peraturan kewangan serta tatacara dalaman syarikat.

“Dana berjumlah RM30 juta ini bukanlah dana awam, sebaliknya adalah peruntukan dalaman syarikat yang tertakluk kepada tadbir urus kewangan korporat BERNAS sendiri.



“Maka itu, penyaluran sumbangan hanya boleh dilaksanakan setelah semua keperluan pematuhan ini diselesaikan sepenuhnya seiring dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan yang diamalkan oleh pihak syarikat, terutama melibatkan dana berskala besar.

“Namun begitu, KPKM ingin memaklumkan bahawa dana RM30 juta telah diterima sepenuhnya daripada BERNAS pada Jumaat, 28 Mac 2025,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Mohamad menjawab desakan banyak pihak yang mempersoal mengapa para pesawah masih belum mendapat “duit raya” seperti yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini.


Mereka menuntut penjelasan kerajaan dan menggesa agar peruntukan disalurkan segera dengan telus.


Dalam pada itu Mohamad berkata, KPKM telah pun memulakan proses pengagihan di mana ia dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan April 2025.


“KPKM amat memahami kegusaran serta harapan tinggi daripada para pesawah.

“Kami ingin menegaskan bahawa kementerian komited sepenuhnya dalam memastikan bantuan ini sampai kepada semua yang berhak.

“Kementerian juga amat menghargai kesabaran dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pesawah sepanjang proses ini berlangsung,” katanya lagi.




PAKAR WALAUN ...PDRM BOLEH KUTIP DAH NI.

 

Osamah Zaiyed


Salah seorang walaun yang pakar

#pdrmmalaysia




KP UMNO TO LONG SEDIAKAN PEGUAM ELOK ELOK.

 Che Ibrahim



Harap KP UMNO sediakan juga peguam untuk abg belon jika dia dituduh di bawah Sek 186 Kanun Kesiksaan kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas. 


Terima kasih UMNO kerana membela abang belon. Keadilan mesti dituntut walaupun siapa dia....





JOM DENGAR SENARAI KERJA MAHATHIR MUSNAHKAN KAMPUNG MELAYU. JOM LIHAT SENARAI.


 

PENERANGAN JELAS TENGKU ZAFRUL TERKAIT TARIF USA.


 

BAGUS BATALKAN JAMUAN RAYA DAN ELOK RAIKAN BERSAMA ORANG YANG TERKESAN

 


KENAPA LAH KO NI BENGAP SANGAT

 Norshidah Mohd Daud





Dah dekat 20 tahun aku pesan benda sama kat kau Ratu Naga 


Tapi kau tetap xnak berubah


Mungkin istiqamah jaja fitnah smpai ke kubur


Biar gemok makan nasi, dari gemok makan duit haram 😏



LAAAA 2 PENGGAL DAH SANUSI JADI MB.... TAK KAN AYAQ TAK DAK LAGI


 

MENJAWAB FITNAH KL TOWER JUAL ARAK DAN TIADA SURAU. SURAT SAMAN AKAN SAMPAI.



Tjerealjoker


 Faiq Khalifa ni tuduh Restoran kat KL Tower jual arak sebelum Hamid Hydroshoppe tu masuk jaga. Lepas si Hamid tu ambil alih, dia stop laa semua penjualan arak. So nampak Hamid ni terpaling Islamic laa.


 Dan kononnya dulu kat KL Tower ni zaman sebelum Hydroshoppe ni xde surau. So nampak laa si Hamid ni terpaling pembela Islam. Dia yang stop jual arak. Dia yang buat surau.





Ok... Faiq ni siapa? Project Director (jerr)


So kami pon scrut lah tuduhan si Faiq ni. 


Kami check dengan siapa? Direct dengan mantan CEO Menara KL Sdn Bhd‼️ Beliau sahkan:


1. Restoran tu diuruskan oleh Banjaran Sempurna

2. CEO tu sahkan restoran KL Tower TAKDE serve alcohol.

3. Surau dah memang ada lama dah ponnn. Satu kat Ground Floor. Satu kat 3rd floor.


So, nak percaya si Faiq ke atau nak percaya CEO yang dah jaga KL Tower tu berpuluh tahun?

Oh, btw.. Faiq.. jangan delete yer dan cakap sorry pon tak guna.. ada orang nak hantar LOD kat kau. 😎




HABIS KA PEKERJA PETRONAA?


 

BACA DAN RUJUK DULU.


 

BETUL KAH ADA YANG MATI


Che Ibrahim


 Pasaipa Mkini tak petik sekali dakwaan MP Machang tentang ada yang mati??.. berapa orang, siapa??? 


Apa la kebencian yang tersemat sehingga Majlis Hariraya pun jadi mangsa.....





NAK JADI ENGINEER ZAMAN NI TAK PAYAH .IKUT JA PERANGAI BODO BEBERAPA EKOQ KAKI AUTA YANG TAK SEKOLAH TINGGI...AAAUUUMMMM...




Alif Jamil


 Kerja engineer sekarang dah tak sama macam dulu. 


Kalau engineer dulu kerja banyak sakit kepala. 

Dari A-Z dia kena control. 


Kalau jadi apa² engineer lah antara muka utama yang kena soal. 


Tapi dunia sekarang dah berubah. 

Engineer sekarang hidup santai goyang kaki je. 


Kalau berlaku insiden macam paip atau vessel meletup ke , engineer takyah serabut kepala nak bukak tutup NCR lah MDR lah apa bagai. 


Panggil je walaunbodo dengan walatoksaka pegi cek tempat kejadian.


Kompom salah Anwar / DAP. 


Simple. 

Engineer pon boleh relaks takyah pening². 


Cukup bulan gaji masuk pegi karoke dekat Studio Pemuda PAS Pusat🕺💵



KAKI FITNAH NI KALAU TAK MINTA MAAF PUN ORANG TAU DAH.


 Aliff.


Si Ratu Dugong ni kalu dia tak mintak maaf pon orang tak heran sebab semua tahu dia ni kaki fitnah kaki auta. 





Dah kantoi fitnah , esok lusa dia fitnah guna isu lain pulak. 


Cuma yang jadi masalahnya , ratu dugong ni tak pernah degar lagu negeri Perak ke guane ?


Dah berapa lama duduk di Malaysia ?

Entah² lagu negeri lain pun dia tak pernah dengar jugak. 


Kot ye pon hari² layan lagu dugem ke lagu PAS ke , sekali sekala tu luangkanlah masa dengar lagu² kebangsaan sikit. 


Bagi jiwa tu sayangkan tanah air.

Nampak sangat Ratu Dugong ni tak patrotik. 


Dislike dislike 👎




KEH..KEH..KEH...HANG SIAP DUIT LA NAK BAYAQ...TU SAJA ..

 


TANGKAP BAWA URIN TEST. KITA TENGOK DIA BERSIH KA TIDAK.




Demi maruah keluarga yang dicerca…

Keluarga anak angkat Menteri Sumber Manusia Steven Sim telah memulangkan sumbangan RM100 dari MP Permatang Pauh Fawwaz Mohamad Jan ekoran tularnya satu video di media social.

Perkara ini didedahkan oleh pegawai khas Sim, Rosly Yusof menerusi Facebook dimana dia turut berkongsi tangkap layer perbualan WhatsApp dengan bapa remaja tersebut.

“Demi maruah keluarganya yang dicerca gara-gara RM100.00, Pakcik Rusli (ayah remaja itu) telah memulangkan kembali duit sumbangan YB Permatang Pauh (Fawwaz Jan).

“Satu repot polis juga akan dilakukan dan seterusnya proses tindakan undang-undang akan menyusul selepas itu,” kata Rosly.

Video yang tular memaparkan seorang penyokong Pas mendakwa bahawa anak angkat tersebut menerima bantuan Fawwaz, bukan Sim.

Rosly mengesahkan bahawa remaja tersebut menerima elaun bulanan RM200 di bawah program Anak Angkat YB sepanjang tempoh pengajiannya di Melaka.

Sim mengambil anak angkat tersebut pada tahun lalu dan berjanji membantu dalam pengajiannya meskipun keluarga tersebut menetap di Permatang Pauh.



Anak angkat Steven Sim murung jadi mangsa buli siber di TikTok



Anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dikatakan mengalami kemurungan selepas menjadi mangsa buli siber di TikTok.

Anak angkat Steven yang mesra dipanggil Ruslina sebelum ini menjadi sasaran makian seorang penyokong sebuah parti.

Lelaki itu mendakwa Steven tidak menghulurkan bantuan kepada remaja terbabit yang ditimpa kemalangan, sebaliknya dibantu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang menyumbangkan RM100.

Bapa Ruslina, Rusli Ahmad yang juga seorang pengawal keselamatan memberitahu, keluarganya mengalami tekanan emosi selepas keluarganya dikecam secara terbuka oleh seorang pengguna TikTok.

Menurut Sinar Harian, Rusli memaklumkan bahawa anaknya yang sedang terlantar sakit akibat kemalangan kini murung selepas menjadi mangsa buli siber di media sosial.

“Tindakan pengguna TikTok itu sungguh mengaibkan keluarga saya, dan disebabkan itu kami kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadapnya.

“Difahamkan pemilik akaun TikTok terbabit juga telah memadam akaunnya, namun kami akan tetap meneruskan tindakan saman terhadapnya,” katanya seperti dilapor.

Rusli sebelum ini telah pun memulangkan kembali duit sumbangan berjumlah RM100 yang diterimanya dari Fawwaz, selepas ia menjadi bahan ejekan ramai.





 

Muafakat jadikan politik Terengganu berwarna-warni kembali

 




Asalnya hanya cakap-cakap di kedai kopi sahaja kerana tidak berpuashati dengan suasana politik Terengganu yang terlalu hambar walaupun isunya terlalu banyak di bawah.


Namun ia mula berubah dengan munculnya satu badan baharu yang menambahkan warna politik di negeri ini.


Pertubuhan Muafakat Terengganu Baharu atau Muafakat yang mula didaftarkan secara rasmi pada 17 Mac lalu bukan sahaja bermula dari tarikh itu bahkan lama sebelum itu.


Ini kerana aktiviti pra penubuhannya berjaya menarik pelbagai golongan masyarakat dari golongan professional yang aktif menyumbang untuk negeri dan ahli akademik serta aktivis yang aktif di negeri itu sehingga berkembang dengan disertai juga oleh rakyat Terengganu yang tinggal di perantauan.


Yang menariknya juga, Muafakat mempunyai rangkaian rasmi di setiap lapan kawasan parlimen di negeri pantai timur itu.


Warna politik Terengganu yang terlalu hambar ini terjadi apabila semua Ahli Dewan Negerinya hanya dari parti politik pemerintah sahaja, tiada pembangkang.


Kalau ada suara-suara berbeza dari suara rasmi kerajaan negeri, ia akan terus ditekan.




Menurut Setiausaha Muafakat, Dr Azrie Azeh (gambar atas), NGO ini ditubuhkan hasil cetusan pengerusinya, Zubir Mohamad yang merupakan bekas Pengarah Komunikasi Amanah Terengganu yang selalu bersembang dengan rakan-rakannya yang pelbagai kumpulan itu.



“Ia hasil percambahan minda melalui diskusi dengan pelbagai pihak yang akhirnya mereka perlukan kepada pembenntukan sebuah NGO induk untuk membawa perubahan minda masyarakat,” kata Dr Azrie.


Ahli-ahli mereka pula adalah kalangan professional, pesara dan juga ahli akademik di mana timbalan pengerusinya adalah Datuk Muhatar Abdullah, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.



Yang menariknya, NGO ini disertai oleh ramai aktivis serta pemimpin politik termasuk dari Umno, PKR dan Amanah yang kini menjadi pembangkang di Terengganu. Antaranya Datuk Muda Mamat, Datuk Mohd Jidin, Dr Abdul Latif Awang, Ustaz Zuliadin Abdullah dan ramai lagi.


Kesemua mereka sangat aktif bersembang dan memberikan pandangan dalam kumpulan whatapps yang ditubuhkan hinggalah pertemuan dalam kumpulan-kumpulan kecil.



“Kami mensasarkan 1500 ahli yang aktif di seluruh negeri selepas ini,” kata Azrie kepada Harapandaily.


Hari Raya baru-baru ini juga telah dijadikan platform untuk sessi diskusi dan sembang-sembang.

Majlis raya yang berlangsung di rumah Pengerusi Muafakat, Zubir Mohamad itu berubah menjadi diskusi panas apabila turut disertai oleh Dr Mazlan Ali, ahli akademik UTM yang banyak membuat kajian tentang politik Terengganu.


Turut serta di majlis itu adalah perantau yang pulang dari Kuala Lumpur dan aktivis tempatan. Turut serta bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan juga bekas Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.


Ia menjadi semakin panas dengan pelbagai isu yang diperkatakan, termasuk isu ramainya jumlah penjawat awam di negeri ini sejak Pas mengambil ahli pentadbirannya.


Turut dikongsikan maklumat adalah tentang isu agama yang sememangnya menjadi titik Utama politik di negeri itu.


“Bagi penyokong Pas, pelaksanaan hukuman sebat ke atas pesalah khalwat baru-baru ini adalah hukuman hudud dah tetapi sebenarnya kerajaan Terengganu tidak pernah membuat persediaan pun ke arah itu, hanya cakap-cakap politik sahaja,” kata seorang bekas kadi atau hakim Mahkamah Syariah di negeri itu.



Pendek kata di tengah-tengah kehambaran politik, ada sinar bahawa politik di negeri ini masih hidup dan sedang bertiup kencang di bawah sana.