KALAU KITA TAK BALIK MENGUNDI, MUKA INILAH YANG AKAN DUDUK JADI MANA MANA GLC

 

LIYANA MARZUKI



Semalam, Lokman Adam main telefon dalam galeri Mahkamah, walau pun mmg tidak dibenarkan.

Lalu, polis pun menegur. Apa dia buat? Dia makinya polis tu bodoh.

TPR Raja Rozela semasa prosiding bermula terus adukan perkara tersebut pada hakim. Hakim kemudian meminta Lobakman untuk tunjuk sebab kenapa dia tak boleh dikenakan Contempt of Court/ Menghina Mahkamah. Kes akan berjalan minggu depan.

Ini bukan kali pertama, dulu dia juga pernah kena penjara sebulan kerana ancam saksi kes 1MDB.

Satu je nak cakap. PRU15 nanti kalau ramai daripada kita tak keluar mengundi, UMNO in sya allah, akan dapat 2/3 majoriti.

Set2 macam ni la yang confirm akan diangkat jadi Menteri dan Pengerusi GLC.

Adakah ini jenis pemimpin yang kita nak memerintah negara?

Tepuk dada, tanya iman jua.

https://www.sinarharian.com.my/.../Lokman-Adam-dikenakan...

 

RAKYAT DIMINTA JADI HAMBA KERANA KEGAGALAN KERAJAAN DENGAN NAMA JIHAD INFLASI

 RAKYAT DIMINTA JIHAD LAWAN INFLASI!



Zunar cartoonist fan club.



MASA UNTUK BERTINDAK, MARI SERTAI AYUH MALAYSIA*


 

1 July 2022 



Di antara 2016 ke 2018, seramai 44,000 sukarelawan telah berkhidmat membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam PRU2018. Mereka direkrut, dilatih, dan ditugaskan di seluruh negara, terutamanya di 44 kerusi marginal yang menjadi tumpuan kempen saya ketika itu.


Mereka memainkan peranan penting. Selain menjadi Ejen Undi (PACA), mereka juga berkempen dari rumah ke rumah dan menelefon berpuluh ribu pengundi atas pagar melalui phone bank.


Paling penting, mereka menghidupkan kempen dengan berkongsi maklumat harian melalui media sosial dan pesanan ringkas.


Kita hanya ada 3 – 4 bulan sebelum PRU akan datang, maka lebih baik kita bersedia dari sekarang.


Kita perlu menghidupkan semangat perubahan di kalangan rakyat dan ia bermula dengan sukarelawan. Kita perlukan sukarelawan dari pelbagai latar belakang untuk menyumbang kembali.


Oleh kerana masa yang singkat, kita perlu menggunakan setiap jam sukarelawan sebaik mungkin.


Kami akan memulakan latihan kumpulan pertama sukarelawan pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2022.


Sukarelawan akan diberi taklimat mengenai tahap sokongan pengundi yang terkini dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan khusus (seperti PACA, phone bank dan lain-lain) sebelum mendapat tugasan di kerusi-kerusi penting.


Ini masa untuk bertindak kerana #AyuhMalaysia adalah gerakan kita.


Sementara kita berharap pimpinan dan parti politik menggandakan usaha mereka, kita juga perlu memainkan peranan.


Sertai saya hari Sabtu ini, 2 Julai 2022 di SJK(C) Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu, dari jam 2 hingga 5 petang.


Anda boleh mendaftar untuk mendapat tempat di laman kempen #AyuhMalaysia https://ayuhmalaysia.org/event-registration/346


RAFIZI RAMLI


Timbalan Presiden PKR.


Hapuskan rasuah hingga ke akar umbi jika negara mahu dipulihkan – Patriot


Keluhan rakyat adalah untuk negara diletakkan semula ke landasan yang benar

Young people march against corruption in Kuala Lumpur - BENEDICT LOPEZ

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Tidak dapat dinafikan bahawa pembabitan para pemimpin politik dan penjawat awam terhadap gejala rasuah berada pada tahap yang amat buruk sekali dalam sejarah negara ini.

Ianya seolah-olah barah yang tidak boleh diubati lagi dan hanya menunggu maut.

Malangnya, adakah para pemimpin negara sedar dan mahu mengambil tindakan drastik bagi menghapuskan gejala buruk ini? Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh para pemimpin negara bagi menangkis tanggapan buruk rakyat terhadap pemimpin negara.

Skandal 1MDB yang melibatkan rompakan wang rakyat berbilion ringgit dengan pembabitan seorang bekas perdana menteri, yang juga menteri kewangan pada ketika itu, telah mengakibatkan negara dikenali sebagai negara pengamal rasuah yang terburuk di rantau Asia ini.

Begitu juga, pembabitan bekas seorang timbalan perdana menteri serta pemimpin politik yang lain yang dikenali sebagai ‘kluster mahkamah’ dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa telah memburukkan lagi imej negara.

Terdahulu dari itu, rakyat juga didedahkan kepada jenayah rasuah beberapa pemimpin politik, terutama yang menyandang jawatan dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Melayu terbesar seperti Felda, Felcra, Tabung Haji dan Mara.

Presiden Umno sendiri turut berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit.

Kesemua yang dituduh adalah berbangsa Melayu dan sudah pastinya beragama Islam, dan tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu satu perbuatan yang amat keji?

Tidakkah mereka merasa takut dan malu kerana telah mengkhianati bangsa dan kesucian agama mereka dengan penglibatan jenayah itu? Tidakkah perbuatan jenayah mereka yang begitu serius dan wajar ditegur oleh para agamawan dan pemimpin sebangsa?

Tidakkah mereka takut pada hukuman Allah swt bila mereka berada di padang masyhar nanti?

Bukan saja mereka ini tidak ditegur, malahan ada diantara mereka disanjung oleh penyokong tegar mereka, diarak ke hulu ke hilir seolah-olah mereka tidak bersalah, tanpa perasaan segan dan malu.

Yang lebih menhairankan adalah salah seorang penjenyah itu diberi gelaran ‘bossku’ dan ‘Apa malu, bossku’ – satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan negara, bangsa dan minda raykat muda.

Agak aneh juga bila seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman penjara serta didenda diberi kebebasan keluar negara atas alasan yang dianggap remeh dan tidak munasabah.

Persoalnnya, bolehkah kebebasan istimewa yang sama dinikmati oleh rakyat biasa?

Rakyat biasa sudah tentunya tidak mampu membayar kos khidmat guaman mereka untuk melengahkan hukuman mereka, seperti mana yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu dalam beberapa pertuduhan yang sedang dihadapinya berkaitan skandal 1MDB. Sudah tentu kos khidmat guaman yang dibayarnya itu luar kemampuan rakyat biasa


Ternyata, kekalahan pakatan pembangkang pada ketiga-tiga pilihan raya negeri berpunca dari tiada kesepakatan di antara pakatan pembangkang serta ketandusan seorang pemimpin yang boleh menyatu (galvanise) kekuatan pakatan pembangkang.

Negara sekarang kita dalam keadaan yang amat tenat, dan ini adalah akibat kerakusan pemimpin politik yang hanya mementingkan kedudukan dalam kerajaan tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada rakyat dan negara.

Rakyat tidak lihat adanya program kerajaan yang boleh menstabil dan menjana semula ekonomi negara yang mana akan memberi keuntungan pada rakyat. Rakyat tidak nampak pengaliran masuk pelaburan luar negara secara besar besaran.

Adakah kerajaan sekarang sudah yakin bahawa status ekonomi negara sudah mula pulih dan tidak lagi bergantung pada kemasukkan pelaburan luar?

Negara mempunyai 70 menteri dan timbalan menteri – satu angka yang terlalu besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan bilangan yang sebegini besar, sudah tentu rakyat sudah dapat merasa berbagai perubahan dan kemajuan yang manfaatkan rakyat.

Malangnya, ini tidak dapat dirasai oleh rakyat. Mungkin menteri dan timbalan menteri enggan berhadapan dengan pemberita bilamana soalan mereka tidak dapat dijawab dengan sempurna bilamana pemberita mengajukan soalan dalam bahasa Inggeris.

Atau pun, sememangnya mereka ketandusan berita yang hendak disampaikan pada rakyat. Ini yang sedang berlaku bilamana negara mempunyai kepimpinan yang lemah, lesu dan kurang cerdik.

Rasuah masih berluasa lagi

Setiap hari rakyat disajikan dengan berita rasuah di kalangan penjawat awam, dan rakyat tidak mendengar apa-apa kenyataan dari ketua jabatan atau kementerian berkenaan, seolah-olah rasuah di kalangan kakitangan mereka bukan tanggung jawab mereka.

Belum pernah kita lihat mana-mana ketua jabatan atau menteri berani mengambil tanggungjawab bilamana rasuah berlaku di jabatan atau kementerian mereka.

Jelas rasuah adalah punca utama negara berada dalam keadaan yang amat tenat sekarang. Sekira sesuatu yang tegas, drastik dan pantas tidak dilakukan oleh kerajaan bagi menangani gejala rasuah ini, tidak mustahil negara akan terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan kehancuran.

Seperti yang dilafazkan oleh Sultan Perak yang tersiar luas di media sosial, “rasuah di kalangan elit adalah sukar diperangi kerana kuasa yang dimiliki mereka, melainkan berlakunya perubahan politik yang mendadak.”

Bagi “melakukan perubahan politik yang mendadak” ini terletak pada tangan perdana menteri sendiri. Maka hanya perdana menteri saja yang boleh melakukan perubahan itu untuk menyelamatkan negara.

Persoalannya, adakah perdana menteri mahu dan berani melakukan perubahan tersebut? Rakyat tertunggu-tunggu.

Brigadier Jeneral Dato’ Mohd Arshad Raji (bersara) ialah presiden Persatuan Patriot Malaysia (Patriot)




JANGAN LUPA SELEPAS SOLAT JUMAAT DI HADAPAN MASJID KAMPUNG BARU




HIMPUNAN BARANG NAIK


🗓️ 1 Julai 2022 (Jumaat)

⏰ 2.00 Petang

📍 Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur.


AYUH RAKYAT MALAYSIA KITA BERHIMPUN NYATAKAN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN ATAS KENAIKAN HARGA BARANG!


YB. FAIZ FADZIL

Pengarah

Biro Pengguna

Parti Amanah Negara


YB. SANY HAMZAN

Pengarah

Biro Mobilisasi

Parti Amanah Negara



KAH..KAH..SIAPA KATA KAMI PENUNGGANG.


 

TUMPANG TANAH DIKATANYA.KAH..KAH..KAH..LEBAI..


 Aku minta korang renung sekejap.. 5 minit  saja.. Artikel Harakah.. Tumpang Tanah Orang, Tiba Tiba Minta Pampasan..


Kjaan Negeri Kelantan diterajui PAS.

Penduduk Kelantan : 90 peratus Melayu..


Wajarkah Kjaan Islam merobohkan rumah org islam yang telah menetap disana sebelum PAS jadi kerajaan dikelantan, penduduk terbabit bayar cukai tanah dan PKINK hanya dapat hak milik tanah pada 2019..



PENJAJAH VERSI BARU




*Posting panjang di hadapan*


1. Dulu masa kecil, saya banyak melepak dengan Datuk. Best tentang dia, sebab memang kerjanya seorang Cikgu, dengan anak cucu pun sentiasa dia nak mengajar. Dia suka mengajar melalui cerita. Kalau bukan cerita sirah Rasul dan Nabi, dia juga akan cerita tentang zaman dulu kala. Banyaknya tentang sejarah negara.


2. Suatu hari, dia suruh saya siap. Katanya, jom balik kampung dia di Pasir Salak. Walaupun moyang kami dah meninggal, saya tahu dia selalu je balik kampung, tak tahu saya apa dia buat. So, apa lagi, saya dengan cargas ikut dia dan Opah, memang itu peluang road trip yang dinanti. Dalam perjalanan dia kata dia nak singgah tengok kubur. Satu kubur seseorang bernama Dato’ Sagor.


3. Katanya, Dato’ Sagor ni antara pembesar Perak yang terkenal. Nama Dato’ Sagor tu pun bukan nama sebenar. Nama beliau ialah Ngah Kamdin, dia diangkat oleh Sultan jadi Pembesar Berlima. Makanya, gelaran yang diberi padanya ialah “Dato Seri Agar Diraja”. Disebabkan orang Perak guna telo mereka, jadilah shortform “Dato Sagor”. Dia terkenal sebab dia antara yang bunuh JW Birch, residen pertama British di Tanah Melayu. Tapi dia kata, tak ramai yang tahu, apa sebenarnya yang berlaku.


4. Dia mulakan cerita. Suatu ketika, Sultan Perak mangkat. Jadinya, anak sultan dan Bendahara berebut takhta, masing2nak jadi Raja. Raja Abdullah disebabkan bengang dengan Bendahara, terus geng dengan Kongsi Cina. Masa tu tengah Perang Larut, antara 2 taiko kawasan. Ghee Hin and Hai San. Raja Abdullah mintak pertolongan mereka hubungkan dia dengan orang British. Pada dia, kalau nak sailang Bendahara, perlu orang luar iktiraf dia sebagai Sultan.


5. Datuk bercerita, masa nak sign agreement dengan British, Dato' Sagor ada sekali. Naik atas kapal British. Deal punya deal akhirnya, mereka sign Perjanjian Pangkor. Dia tak berapa setuju sebenarnya, gusar omputih ni makan kita. Ialah negeri lain tak buat lagu tu, Perak yang pertama. Walau dinasihat, Raja Abdullah tetap nak teruskan. Kata dia, itu saja cara dia nak jadi Sultan. Tambahan lagi, dia perlukan orang British, nak ajar orang kita mentadbir negeri.


6. Makanya disebabkan Perjanjian tu, di Perak bermulalah era Residen. Residen pertama yang dihantar adalah JW Birch. Mamat ni pun satu hal. Datuk kata, dia ni dah lah sombong barlagak pulak tu. Haram dia nak ambil tahu, adat dan budaya Melayu. Bukan saja tu, bila dia jadi Penasihat Sultan, banyak yang dia “makan”. Cukai dulu yang boleh pergi ke Rakyat untuk membantu, habis dia sapu. Raja Abdullah pun “berbulu”.


7.   Jadinya, satu hari Raja Abdullah panggil Pembesar Berlima.  Katanya, Residen omputih ni menipu kita. Kuasa dia dah terhad. Hanya boleh buat keputusan mengenai agama. Benda lain, semua Residen punya kuasa. Banyak hasil dan cukai negeri di bawa ke Singapura, yang untung British jua. Tanah pun banyak yang British ambil, kononnya untuk kepentingan negeri. Tapi Sultan tak paham dan mengerti, banyak yang disembunyi.


8. Di Kampung Durian Sebatang itu, Sultan bertitah. Kita kena buat sesuatu dengan segera, kalau tak negeri punah. Makanya, plan diatur dengan cermat. Tunggu masa mereka akan strike.  Suatu hari, ketika JW Birch sedang mandi di sungai, beliau diserang. Dilontar lembing dan ditetak hingga mati terus mayatnya terbenam. Dalam sejarah disebut Seputum, pembantu Dato’ Maharajalela yang tetak dan bunuh. Namun, Datuk saya ceritakan, kisah sebenarnya, dua tetakan terakhir ke atas kepala Birch, Dato’ Sagor yang buat. Seputum hanya berada di tepi, membantu mana perlu.


9. Bila JW Birch dibunuh, disebabkan hanya orang biasa, orang British kejar Seputum dulu. Dijatuhkan hukuman mati serta merta. Yang jatuh hukum, Raja Idris iaitu adik Raja Abdullah. Malah Raja Abdullah merelakan. Datuk saya cerita, Dato’ Sagor selepas tahu Seputum dibunuh sewenang2nya, punya berang dengan Sultan. Mereka rasa dipermainkan. Pembesar lain yang turut serta, dicari sampai dapat. Dipancung juga Dato’ Sagor dan rakan2. Gugurlah mereka sebagai penentang penjajah, walaupun Sultan yang arahkan.  


10. Datuk kata lepas episod tu, satu persatu negeri Tanah Melayu jatuh kepada British. Residen dihantar jadi Penasihat Sultan di kebanyakan negeri. Mereka kurangkan kuasa Sultan Melayu dan akhirnya mereka jajah seluruh negara. Dia kata British bukan macam Portugis, menjajah dengan perang. British tawan Tanah Melayu dengan tipu helah. Perjanjian Pangkor la pembuka jalan, British merampas pentadbiran Kerajaan.


11. Makanya, apa morale behind the story? Satunya dia kata, apapun kalau sesama kita bergaduh, jangan dibawa ORANG LUAR untuk selesaikan. Jangan disebabkan nakkan kuasa, negara tergadai. Keduanya, dia cakap, apa2 pun berhati2 dengan janji manis omputih, mereka penuh tipu muslihat. Kalau tak menjajah secara kasar, mereka guna cara halus nak rampas negara. Terpana saya dengan cerita tu, sampai sekarang takkan saya lupa.


12. Selepas panjang lebar bercerita di kubur Dato’ Sagor, Datuk ajak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Dia kata dia nak ke Rumah Kutai, rumah Dato’ Sagor. Banyak benda lain dia nak tunjuk di situ. Sampai di sana, dia tunjukkan saya satu bingkai gambar. Dalamnya ada family tree. Dia suruh saya perhati. Teliti punya teliti, saya nampak nama Datuk saya dalamnya, “Hanafiah”. Di atasnya ada nama moyang saya, “Mat Doa’a”. Terkedu saya seketika. Datuk terus jelaskan, beliau generasi ke-5 keturunan Dato’ Sagor. Penentang British tersohor. Makanya, saya jadi generasi ke-7. Dia nak hari ni saya tahu. Jangan sesekali lupa kisah nenek moyang.  


13. Sejak dari hari tu, semangat saya lain. Cerita Datuk mengenai moyang Dato’ Sagor tu memang memberi kesan ke atas setiap tindakan. Ada sekali masa di London. Dalam kuliah, seorang Profesor ni cakap, negara membangun kena terbuka. Kena bersaing secara sama rata dengan negara lain. Jangan ditutup ekonomi, buka seluasnya untuk orang lain masuk dan bersaing. Terus saya angin.


14. Saya terus angkat tangan dan cakap “Adilkah satu persaingan kalau yang kuat sama bersaing dengan yang lemah? Negara kuat seperti British menjajah negara luar punya lama, habis disapu segala hasil alam yang ada. Mereka maju dan kaya atas hasil bumi negara lain. Sekarang, bila negara yang dijajah baru nak berdiri, dia nak suruh berlari. Bersaing sekali. Selalunya mereka akan kalah. Mana nak lawan negara lain yang dah kaya dan mewah. Makanya, adakah ini versi new colony atas dasar liberalisasi?” 


15. Terdiam dia sekejap. Habis diputar, kalau tak dijajah dan diletakkan bawah koloni, banyak negara ni tak boleh ke mana. Mereka perlukan penjajah untuk majukan negara. Makanya, saya jawab kembali, liberalisasi pun satu bentuk kolonism yang sama. Negara maju cuba nak ajar negara lain, ikut acuan mereka. Tapi apa guna, kalau kepentingan negara banyak yang dirembat. Apa yang tinggal untuk Rakyat?


16. Mungkin sebab darah Dato’ Sagor yang mengalir dalam diri, susah sikit saya nak terima cakapnya. Teringat cakap Datuk, omputih ni kita dengar kan ajer, nak percaya kena beringat2. Sama juga ada satu ketika, semasa saya jadi Pegawai Undang-Undang, saya diarah beri input mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Amerika, banyak benda yang dia minta. Banyak yang berat sebelah pada dia. Memang perjanjian tu kita sailang, sampai sudah tak diterima.


17. Ada rakan2 lain, kata mereka liberalisasi ini perlu. Kita perlu sign Perjanjian Perdagangan Bebas banyak2. Kita kena buka ekonomi kita seluas-luasnya macam Singapura. Singapura tak kenakan sebarang cukai pada barang luar yang dibawa masuk. Ini saya tak setuju. Konteks Singapura itu lain, mereka boleh dikatakan negara mono-race, 75% berbangsa Cina. Tiada  isu perkauman yang kompleks macam kita. Yang kena cater jurang ekonomi antara kaum yang makin meluas. Keduanya, sistem ekonomi mereka dah kuat. Ekuiti tempatan sangat tinggi dan GLC mereka dah teroka pasaran antarabangsa.


18. Malaysia pada tahun 2020, ekuiti asing paling tinggi sampai 45.3% dan boleh cecah lebih 50% kalau tak dikawal. Meningkat punya banyak dari tahun 90-an. Ekuiti pemilikan tempatan sama ada bumi dan non-bumi pula turun dengan banyak. Kecuali Petronas, GLC kita yang lain tak ke mana. Direct Investment Abroad (DIA) pun kurang sejak tahun 2016. Maknanya, kita kurang kuasa dan daya buat masa ini nak teroka pasaran luar. 


19. Kalau dibuka segala, mampukah kita bersaing macam Singapura? Jangan la disebabkan segelintir dari syarikat kita perlukan bantuan nak masuk pasaran antarabangsa, habis kita buang kepentingan SME kita. Ingat, mereka inilah tulang belakang ekonomi, kalau mereka tak boleh berasing dan melingkup dalam negara, ada apa yang tinggal pada kita?


20. Ada yang kata, orang kita pun naik lemak. Sampai bila nak dilindung, biarkan mereka bersaing, moga ada perubahan. Ini lagi saya tak setuju. Jepun, Korea dan China pun pada mulanya buat dasar ekonomi tertutup. Bina infant industry mereka dulu supaya kuat, sampai boleh ke luar negara.  Baru mereka buka ekonomi dan bersaing. Takkan la bila dah jadi black belt macam tu, dia suruh kita yang baru yellow belt dan blue belt masuk bertanding secara sama rata. Adakah itu adil dan saksama?


21. Jangan salah faham pula. Saya tak kata kita kena jadi negara terasing. Tolak semua perjanjian perdagangan (FTA) mentah2. Saya bukan juga kata SME kita kena dilindungi senantiasa. Nanti diaorang naik lemak, susah juga. Pada saya, kita kena ada mentaliti hybrid. Boleh nak masuk FTA, tapi perlu adil pada kita. Masuki bukan Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade) tapi Perjanjian Perdagangan Adil (Fair Trade). Itu yang seharusnya kita runding.


22. Ada la yang kata nanti, sampai bila nak tongkat industri tempatan. Tengokkan Proton dan tengokkan GLC.  Haaa…yang ni saya agree! Affirmative action kita kena tengok balik. Apa guna letak 51% ekuiti bumiputera, tapi yang dapatnya golongan elit yang takde merit. Lagi pula jenis yang takde akauntabliti. Itu pada saya polisi pelik.  Tambah lagi, nak dirampas ekuiti industri sedia ada, mereka yang berhempas pulas naikan syarikat sekian lama. Nak diberikan kepada orang lain begitu saja. Banyak cantik? Itu bukan penyelesaiannya. 


23. Sebetulnya, saya tak setuju dengan equality atau kesamarataan secara mutlak. Persaingan terlampau bebas tanpa ihsan, perlu kita elak. Kita kena berpegang kepada keadilan sosial. Cabangnya adalah Equality. Equality atau SAKSAMA itu pun perlu kena pada cara dan gaya. Bukanya hanya “myopic” dan “binari” pelaksanaannya. Itu, in sya Allah, akan saya kupas dalam posting akan datang, kalau berpeluang.


24. Berbalik kepada isu pokok kita tadi, lepas ni Malaysia nak masuk pelbagai perjanjian. CPTPP, RCEP dan segala bagai. Belajarlah dari sejarah. Dalam Perjanjian Pangkor, kononnya British nak ajar kita betulkan pentadbiran. Namun, dalam diam dia merampas kuasa dan dijajahnya negara. Perjanjian yang dihulur oleh negara luar seharusnya perlu kita teliti dan santuni dengan cermat. 


25. Akhir kalam, berwaspadalah dengan penjajahan versi baru. Ingatlah nasib Seputum. Kalau perjanjian berat sebelah dan kita jadi “tipah tertipu”, Rakyat yang terkorban dulu…. 


Wallahu a’lam.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


LUKISAN FAHMI REZA BERKAITAN ISU SEMASA SEBENARNYA MENARIK UNTUK DIFAHAMI






 

TIKTOK..KEH..KEH MAT NUSI ADAKALANYA KELAKAR DAN BERTINDAK BODO UNTUK PARTINYA


 

TIKTOK-DENGAR APA LEBAI JAWAB BILA DIALOQ BANJIR DI LOJING-KES AIR KOKO DAN OREN


 

TIKTOK : Alhamdulillah berkesempatan bertemu Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.


 

TIKTOK : Nak harap apa lagi dengan PAS... PAS partai pelawok.

 


MB JOHOR KE LAUT RUPANYA.....




Nampaknya MB Johor yang kelakar orangnya ini jadi agak kelam kabut bila baca ajakan ke jalanraya oleh Sheikh Omar Ali. Kenapa agaknya?

Tak... Bukan dia takut kepada keganasan. Kita ada FRU dan polis serta banyak agensi lain yang boleh kawal keselamatan. Tak usah risau.

Tapi dia takut kalau rakyat menyambut ajakan itu. Dia, dan semua pemimpin UMNO/BN takut kalau nanti jalanraya dibanjiri rakyat.

Kerana itu akan membuka mata rakyat yang lain, terutama golongan atas pagar, serta pengaruhi fikiran mereka. BN boleh kalah kalau siri bantahan secara himpunan aman mendapat sambutan.

UMNO tak payah risau. Kalau betul jalanraya bukan cara orang kita, kalau betul UMNO sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan kalau betul rakyat tak tersiksa diperintah oleh UMNO, pasti himpunan ini nanti takkan mendapat sambutan.

Kalau anak jantan, benarkan sajalah himpunan ini dianjurkan. Tengok sendiri rakyat ikut atau tak. Kalau anak jantan la. Kalau sama jantina dengan Sajat tu lain la... Guane boh?

Raja Gelap

 

KOMEN YANG MENGHENTAM ANWAR AKHIRNYA TERBUKTI APA YANG DICAKAPKANNNYA BENAR

 

Masa aku tulis tentang pendedahan Tajuddin soal SD sokongan MP UMNO terhadap DS Anwar, aku baca pelbagai komentar di ruangan komen.


Ada yang katakan DS Anwar sanggup bersekongkol dengan kleptokrat demi kuasa. Ada pula persoal apa yang DS Anwar janjikan kepada MP UMNO.


Malah ada yang tak percaya bila aku katakan yang Zahid dan MP UMNO tarik balik sokongan terhadap DS Anwar kerana keengganan DS Anwar menutup kes mereka di mahkamah.


Berkeras dia kata sebab akar umbi yang tak mahu. Sedangkan dalam sejarah UMNO, tak pernah lagi pemimpin UMNO ambil kira kemahuan akar umbi.


Boleh baca penjelasan DS Anwar di pautan ini:

https://www.mediarania.com/2022/06/30/najib-batal-sd-lepas-kes-mahkamah-terhadapnya-dihentikan/amp/


NASIONAL

‘Najib Batal SD Lepas Kes Mahkamah Terhadapnya Dihentikan’

Kongsikan Artikel Ini
FacebookTwitterInstagramLinkedinPinterestWhatsappTelegramFacebook MessengerRedditEmail

PORT DICKSON, 30 Jun – 






Mereka itu sebenarnya bukan mahukan kebenaran. Mereka adalah pembenci DS Anwar. Tujuan mereka komen hanya untuk menimbulkan keraguan.


Aku memang tak berapa nak layan puak sebegini. Jelaskanlah apa sekali pun kepada mereka, yang pasti mereka tetap akan cuba timbulkan keraguan terhadap DS Anwar.


Sekarang dengan jelas DS Anwar sebut, Najib dan Zahid mahukan DS Anwar gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk menutup kes mereka.


Namun DS Anwar orang yang kekal berprinsip. Maka permintaan manusia durjana itu DS Anwar tolak walaupun itu menggagalkan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.


Aku cabar Najib dan Zahid saman DS Anwar kalau apa yang beliau sebutkan dalam artikel itu tidak betul. Kalau tak saman, maknanya perkara itu betul. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Makna di sebalik BARANG NAIK. #barangnaik #maluapaboskur



ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB
 

((LIVE)) ANWAR IBRAHIM: ISU HARGA BARANG- SUMBANGAN KEBAJIKAN RAKYAT BAG...


((LIVE)) ANWAR IBRAHIM: ISU HARGA BARANG, RASUAH - SUMBANGAN KEBAJIKAN RAKYAT BAGAN PINANG - KHAMIS - 30/6/22

RENTASAN 1158 | GEMPAR!! KINI SAH WUJUDNYA PAKATAN SULIT ZAHID-ANWAR?



MENARIK DALAM RENTASAN 1158
1. 65 TAHUN MERDEKA, TIADA PEGUAM BELA LAYAK UNTUK NAJIB? 2. TAK PATUT MENTERI KATA TENGAH JALAN PUN MATI 3. SIAPA YANG SEBENARNYA BERGANTUNG KEPADA KLEPTOKRAT?






Najib sokong saya jadi PM jika kes mahkamah tidak diteruskan, kata Anwar



Anwar Ibrahim berkata Najib Razak ada memberi surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau menjadi perdana menteri namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu “tidak diteruskan”.


Akuan Bersumpah | Saya tak dipilih jadi PM sebab enggan lindungi Najib -...


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan keengganannya membatalkan kes mahkamah membabitkan pemimpin UMNO, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyebabkan beliau tidak dipilih sebagai pemimpin negara, meskipun sudah mempunyai bilangan Akuan Bersumpah (SD) yang mencukupi. Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pendedahan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa wujud Sd dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong dirinya, cukup jelas untuk menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.



TAK CUKUP DENGAN KAYU, KINI LANTIK LAGI


 

ZAMAN ATOK SAKA ADA BAIK SIKIT-KERAJAAN KAPITALIS

 



KERAJAAN KAPITALIS

Zaman Atok, untuk tambah pendapatan negara, ini yang dibuat:

✅Menteri Kabinet potong Gaji dan Elaun bulan pertama memerintah

✅PH kenakan cukai lebih tinggi kepada golongan kayangan T20 hingga ke 30%

✅PH kenakan cukai durian runtuh kepada Kapitalis yang buat untung besaran2

✅PH rendahkan kadar cukai untuk PKS/SME

✅PH juga kenakan cukai hartanah CKHT lebih tinggi (target kepada T20)

⬇️PH juga menerima tamparan hebat apabila GST ditiadakan. Hilang RM45 billion cukai yang dikutip daripada rakyat pada zaman Najib. Mereka hanya boleh kutip RM28 billion saja melalui SST.

⬇️PH juga turunkan bilangan cabutan judi dari 22 kali ke 8 kali. Sebabnya taknak rakyat jadi tahi judi. Makanya, cukai daripada judi juga turun sebanyak RM3 bilion ringgit.

Punya banyak polisi yang mendahului Rakyat, bukan kapitalis. Tapi yang dipropagandakan Zaman PH Rakyat merana 😂😂😂

Datang seorang ex-PM, lagaknya pandai, nak diajarnya PM sekarang.

Takde pulak dia mintak PM potong gaji Menteri. Yang dia mintak:

❌Naikkan harga petrol untuk golongan marhein, sebab dia taknak T20 salah guna. Yang ni lawak😂😂😂

❌Mintak rakyat keluar duit KWSP sendiri untuk tampung belanja ketika pandemik.

❌Tarik subsidi minyak dan buat apungan harga, harga barang2 naik tu belakang cerita.

❌Buatlah GST sekarang, nanti rakyat senang 😂😂

Dia tak sedar diri, masa zaman GST dialah inflasi paling tinggi.

Nanti macai dia jawab, zaman dia, dia bagi BRIM. Ok what?!

Cai oiii, setakat BRIM RM100 sebulan, apa yang nak dibuat makan?

Zaman sekarang RM100 bukan setakat tak cukup satu troli, nak beli minyak masak 2 botol pun tak cukup la….

Nota kaki: Minyak masak sekarang dah nak sampai RM50 sebotol berbanding RM20 dulu. Cai suka la, ada peningkatan “30 henggek” di situ 😂😂😂


 LIYANA MARZUKI