Penipuan kewangan digital (financial fraudsters) yang semakin serius sejak kebelakangan ini tidak mendapat reaksi balas sewajarnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, teguran yang dimajukan oleh pihaknya sebelum ini mengenai financial fraudsters dalam memorandum kepada Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah juga masih belum dijawab atau diambil tindakan.
“Sehingga hari ini malangnya tidak kelihatan sebarang tindakan segera daripada pihak BNM mahupun Kementerian Kewangan.
“Respon yang lembap ini adalah amat mendukacitakan,” katanya dalam sidang media mengenai penipuan kewangan digital, pagi ini.
Dalam sidang itu juga, Chean Chung mendedahkan satu lagi kes melibatkan seorang pemegang akaun di sebuah bank yang kehilangan wang berjumlah RM170,000 tanpa apa apa notis pengeluaran diberikan kepadanya.
“Sebanyak RM170,000 telahpun dikeluarkan tanpa penerimaan sebarang TAC/OTP oleh si mangsa. Tambahan pula, wang yang dikeluarkan tersebut bukan dalam akaun simpanan biasa, tetapi merupakan flexi account overdraft.
“Bayangkan jika bayaran ansuran rumah anda selama beberapa tahun tiba-tiba dikosongkan tanpa sebarang pengetahuan, apakah perasaan anda?
“Saya yakin terdapat ratusan kes-kes sebegini yang masih tidak mendapat perhatian dan keadilan sewajarnya,” katanya.
ADUN Semambu itu berkata, mengikut kenyataan Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Selangor, dalam separuh tahun pertama 2022, sebanyak 1,354 kes penipuan online telah direkodkan dengan kerugian sebanyak RM59.6 juta
Tegasnya, kelembapan dan ketidakcekapan Kerajaan bertindak adalah seumpama ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ buat ribuan rakyat biasa yang dijadikan mangsa, dan KEADILAN beranggapan situasi tersebut tidak boleh terus dilayan dengan cara yang remeh dan terpisah pisah seperti sekarang.
“Oleh itu, kami memberikan ultimatum kepada BNM dan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan cadangan penyelesaian dalam tempoh 7 hari.
“Jika permintaan ini masih tidak diendahkan, KEADILAN akan mengajak semua mangsa yang ditipu hadir ke BNM untuk membuat aduan supaya suara mereka betul-betul dapat didengari,” katanya lagi.
TAK KIRALAH NAIK KERETA BALIK KAMPUNG, TAPI KEADAAN STESEN BAS NI KALAU NAK BANDINGKAN DENGAN NEGERI CINA KAPIAQ DAP SANA JAUH LANGIT DENGAN BUMI. JADI TAK PAYAH LAH NAK JADI CONTOH ISLAMIK JIKA KEADAAN MACAM NI NAK DIJADIKAN CONTOH...SEMBANGGGG
KENAPA MINYAK MASAK PAKET TIDAK ADA DIPASARAN. INILAH DIA PENDEDAHAN. KAWASAN LAHAT DATU..DI SABAH SANA..MINYAK BOLEH TERBANG KE NEGARA JIRAN. SAMA JUGA DI UTARA SANA...SIAPA SYARIKAT YANG MNGENDALIKAN MINYAK PAKET DAN SIAPA PULA PEMBEKAL...KEMANA HILANGNYA MINYAK NI ?
SYARIKAT NI MENJADI PENGKHIANAT . KENAPA KERAJAAN TAK LIHAT DAN TAK DAPAT KAWAL. BILA NEGARA MERASUAH...MAKA SEMUANYA GAGAL.
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.
MAIL SABRI PULA CAKAP BEGINI.SEOLAH -OLAH TAK ADA KESINAMBUNGAN ANTARA PIMPINAN UMNO DALAM MENGENDALIKAN PARTI MEREKA. KONONNYA UMNO KUAT.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.
HAAAA....YANG INI SELALU PANDAI AMBIL KESEMPATAN SAHAJA DIA NI..MASA BERGOLAK DIA CUBA JADI WIRA....SELALU BILA UMNO ADA MASAALAH ..DIA BUAT BUAT KALUT...MASA DULU DULU PUN MACAM TU JUGA....HIDUP MELAYU....ORANG KATA PLAY SAVE...SAVE LA SANGAT ...
Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.
JADI HANGPA BOOLEH LA MENILAI BETAPA SERABUTNYA UMNO LA NI..
Jangan tanya orang Umno, bukan tahu apa..kalau budak makan dedak lagi lah..sebab tu umno hancur. sebab ahli tak boleh berfikir lebih jauh kehadapan . Tapi kenapa umno menang. Umno dah kalah lama dah.Sejak 1999, Umno dah kalah ketika itu. Masa itu Mca dan Mic jadi tongkat mereka. Kemudian kuasa dipegang kerana pengkhinatan terhadap PH oleh pengkhianat PH..contoh paling bangsat Zuraida , Azmin dan rakan rakan mereka dalam PKR. Nah sekarang semua ni sedang mengira tempat mana nak bertanding dimana dan parti mana...Aku rasa tak lama puak puak ni berada dalam arena politik. Orang nak tahu dimana mereka bertanding dan nak humban mereka ini dalam bakul sampah.Lain lain tak perlu risau...minta semua rakyat lakukan sebagaimana dilakukan dalam PRU yang ke 14. Balik mengundi keluar mengundi tumbangkan kerajaan yang membebankan rakyat.
Tengku Zafrul Aziz berkata, unjuran perbelanjaan subsidi tahun ini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Beliau berkata, tanpa subsidi kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4%.
“Namun, dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8%.
“Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-101 yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos.
Katanya, bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun), kerajaan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu.
“Subsidi ayam juga membolehkan harga ayam di Malaysia kekal sebagai antara yang terendah di rantau Asean,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.
Sementara itu, katanya, seramai 25,965 peserta telah berjaya ditempatkan melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun ini, setakat 17 Jun 2022.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.871 bilion kepada 357,827 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2.957 juta pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Setakat 17 Jun 2022, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU 1.0 dan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.958 bilion.
Bagi PSU 2.0, sebanyak RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,158 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 718,847 pekerja dan RM3.763 bilion telah disalurkan kepada 162,306 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja bagi PSU 3.0.
“Di bawah Pakej Pemulih, kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dan sebanyak RM2.557 bilion telah disalurkan kepada 163,471 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja.
“Setakat 17 Jun 2022, sebanyak RM185.095 juta telah disalurkan kepada 7,495 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 106,404 pekerja di bawah PSU 5.0,” katanya.
Mengenai penarafan S&P Global Ratings yang menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’, Tengku Zafrul berkata, prospek stabil itu mencerminkan jangkaan bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.