PENTINGNYA PERSAHABATAN.. WOIII LEBAI... BUAT OA TU?



Nazri Hamdan





 

 Sebenarnya persabahatan Anwar–Erdogan ni dah lama terjalin, sejak zaman Anwar jadi pemimpin pembangkang lagi. 


Tahun 2019, Erdogan jemput Anwar ke Ankara untuk Kongres Parti AK, siap bagi penghormatan macam pemimpin negara. 


Bila Anwar jadi PM, hubungan tu makin kukuh dan Erdogan antara leader dunia pertama yang ucap tahniah. 


Jadi bila berlaku isu rakyat Malaysia ditahan Israel masa misi flotila GSF, Erdogan tak anggap ini kes biasa. 


Dia terus setuju guna channel diplomatik Ankara–Tel Aviv. Contoh paling dekat, masa 2010 dulu, Turki pernah kerah segala kekuatan diplomasi selepas tentera Israel serang kapal Mavi Marmara, aktivis dari lebih 30 negara kena tahan. 


Tekanan Turkey waktu tu berjaya buat Israel lepaskan tahanan dalam masa beberapa hari. Jadi kali ni, Malaysia dapat manfaat dari “track record” yang sama.


Kalau kita tengok dari sudut leverage, Turki memang penting bagi Israel. Walau hubungan dengan Israel tegang, dua-dua negara masih ada hubungan diplomatik dan dagang hampir US$7 bilion setahun, dari produk kimia sampai teknologi pertanian. 


Jadi bila Erdogan “tegur”, Israel tak boleh buat tak tahu. Malaysia pula masuk atas tiket sahabat baik, jadi suara kita jadi lebih berat. 


Bandingkan kalau kita tak ada hubungan baik dengan Turki, mungkin ambil masa berminggu, malah Israel boleh syaratkan tahanan dihantar balik ke negara ketiga. 


Tapi sebab ada “Turkey factor”, 23 rakyat Malaysia boleh balik direct ikut channel rasmi.


Kesan besar dia? Malaysia bukan saja nampak berjaya selamatkan rakyat sendiri, tapi juga tunjuk kat dunia yang hubungan kita dengan kuasa serantau macam Turkey bukan sekadar simbolik. 


Bayangkan kalau Malaysia tak ada network ni, mungkin aktivis GSF kita masih terperangkap lebih lama.


Jadi inilah realpolitik: Malaysia kecil, tapi bila ada kawan macam Turkey, kita boleh punch above our weight. 


Sama macam ASEAN guna EU untuk amplify suara, Malaysia guna Turkey untuk amplify suara Palestin dan rakyatnya sendiri.



No comments: