LEBAI PUN TAK PAHAM... MACAMANA WALAUN NAK OAHAM

 

Nik Hasuddin


Dari perkara main-main kita masuk yang sungguh-sungguh





Semalam laporan Ketua Audit Negara ke atas laporan kewangan kerajaan persekutuan dibentangkan di Parlimen.


Seperti tahun-tahun yang lalu saya akan ulas beberapa perkara. Ini akan mengalihkan perhatian dari perkara main-main seperti bolasepak kepada benda sungguh-sungguh ia itu pengurusan kewangan negara.


Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah terimaan kerajaan persekutuan dalam tahun 2024 yang berjumlah RM 326 bilion adalah lebih tinggi dari RM 315 bilion yang dikutip di dalam tahun 2023. Di dalam masa yang sama perbelanjaan kerajaan yang berjumlah RM 405 bilion di dalam tahun 2024 adalah lebih rendah dari perbelanjaan tahun 2023 yang berjumlah RM 407 bilion.


Prestasi di atas telah mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan kepada RM 79 bilion sahaja di dalam tahun 2024 berbanding jumlah yang lebih besar RM 91 bilion di dalam tahun 2023.


Untuk orang yang tidak tahu maksud defisit, ianya ialah hutang yang kita hantar ke masa hadapan untuk dibayar oleh anak cucu kita. Jika kita panjang umur pula, kita mungkin menaggungnya di dalam bentuk cukai yang tinggi atau perkhidmatan kerajaan yang berkurangan.


Kerajaan berjaya mengurangkan nisbah defisit kepada keluaran dalam kasar negara (perkiraan sama ada kita ni joli atau tidak) dari 5.0% dalam tahun 2023 kepada 4.1% di dalam tahun 2024.


Angka-angka ini telah diaudit. Jadi tak bolehlah kita katakan ianya adalah khayalan semata-mata. Ini perkara sungguh-sungguh.




No comments: