JANGAN LUPA KES INI

 


LIP SERVICE 






Seminggu dah tulis pasal Zara, Faris jangan kita lupa. 


Faris was not as lucky as Zara. 


Masa mula2 kesnya terjadi, walau punya fakta yang scandalous sekali. Dia tiada pejuang politik, pejuang aktivis yang membantu. Kes bunuh dia cepat2 ditutup sebegitu. 


“Pelajar tahfiz ditemui mati tergantung di sebuah Maahad di Kok Lanas” selepas itu difitnah lagi bunuh diri. 


Patutnya sudah boleh menggerakkan solidariti seluruh Kelantan. Tapi ini tidak terjadi. 


Mangsa dan ibubapa nya dibiarkan mencari keadilan seorang diri. Ahli Parlimen mereka sanggup merentas Laut Cina Selatan mencari keadilan untuk seorang Adik di Sabah. Tapi untuk Faris, dari dulu beliau buat tak endah. 


Ketika saya bersetuju bantu kes ini bersama rakan2. Banyak points vivid yang boleh ditunggang. Untuk bangkitkan emosi dan buat persepsi. Tetapi kami tahu batas kami. 


Walaupun cover up obvious. Sekolah dan YIK jelas cuai dalam menjaga kebajikan mangsa. Arwah difitnah dirasuk jin juga 🙄 


Yelah, mencari pembunuh satu hal. Mereka yang lindungi jenayah, siap fitnah mangsa. Musnahkan crime scene juga. Perlu ambil tanggungjawab ya. 


Walaupun begitu, takdelah pulak kami main sentimen kebencian. Suruh pemimpin politik letak jawatan. Atau buat persepsi VVIP Kelantan terlibat. 


Walau ada butiran yang sangat menjengkelkan, saya marah pada mereka ni tahap gaban. Saya tahu, menjaga aib Faris lagi mustahak. Biar semuanya terbuka di Mahkamah. 


Tapi ini halangannya sekarang. Pemimpin politik masih main wayang. 


Memorandum keluarga minta Menteri Besar agar  diberi laluan untuk saman YIK dan Sekolah di Mahkamah. Ini tidak dijawab. Dia pusing tanggungjawab ke Kerajaan Pusat. 


Kerajaan Pusat sudah buka kes kembali. Sanggup berjumpa kami walau pun kami menyaman PDRM dan Menteri. AG dah beri janji. 


Tapi di peringkat Negeri berpusing2 lagi. 


Dalam DUN nampak ikhlas dah nak membantu Faris. Tapi sampai sekarang macam lip service. Ibubapa menanti. Tiada siapa yang kunjungi. 


Kalau tiada sambutan. Maknanya kami kena pergi ke autoriti lebih tinggi. Dan bawa Kuasa Rakyat bersolidariti. 


In sya Allah hingga keadilan tertegak, kami tidak akan berhenti. 


Doakan untuk Faris rakan-rakan. Jangan give up dengannya. 12 tahun menunggu di alam sana. 


Moga para Penguasa terbuka hati membantu menegakkan keadilan. Buat seorang Hufaz & pengawas, penghafaz Al-Quran. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: