BOSSKU" JATUH KERANA PENASIHAT-PENASIHAT SEPERTI ISHAM JALIL



SELEPAS NAJIB JATUH DIA SOKONG ATOK SAKA DAN MUHYIDDIN YANG MENJATUHKAN BOSSNYA.


Pada tahun 2017, "Bossku" telah bertemu Trump di Rumah Putih dan berikhtiar untuk membeli 25 biji Boeing dengan kos mencecah $10 bilion (RM43 bilion) dalam masa 5 tahun.


"Bossku" telah berikhtiar: “We want to help you in terms of strengthening the US economy.”

“(Kami mahu bantu anda mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat)”


Ikhtiar ini dibuat dalam keadaan tidak wujudnya ancaman tarif terhadap produk-produk Malaysia ke AS. 


8 tahun kemudian, pada tahun 2025, Malaysia mengulangi komitmen hampir serupa, iaitu 30 biji Boeing dengan kos mencecah $9.5 bil (RM40 bil) dalam masa 5 tahun.


Cuma bezanya pada kali ini, perisytiharan dibuat dalam keadaan wujudnya ancaman tarif 25% terhadap produk-produk Malaysia ke AS.


2017

Kos: RM43 bil

Pulangan: 25 biji Boeing

Tempoh: 5 tahun

Keadaan: Takde ancaman tarif

Kesudahan: "Bossku" tumbang dan masuk penjara


2025: 

Kos: RM40 bil (lebih murah)

Pulangan: 30 biji Boeing (lebih banyak pesawat)

Tempoh: 5 tahun (tempoh yang sama)

Keadaan: Ancaman tarif 25% (wujudnya ancaman)

Kesudahan: Tarif diturunkan kepada 19%


Kalau dibandingkan, perisytiharan di zaman PMX dibuat kerana ancaman dan tekanan tarif terhadap Malaysia. Kalau takde deal, Malaysia kene hadap lah dengan tarif 25%. Ini jelas.


Tapi di zaman "Bossku" pula, takde hujan takde angin takde ribut, takde ancaman tarif, tiba-tiba Malaysia hulurkan RM43 bil kepada Trump.


Apasal takde hujan takde angin takde ribut, takde ancaman tarif, tapi Malaysia hulur pula RM43 bil kepada Trump?


Itu kita kene tanyalah mantan penasihat-penasihat "Bossku" seperti Isham Jalil. Isham Jalil dakwa diri terlibat dalam RMK, dakwa diri terlibat dalam PMO, ini itu. Isham Jalil ialah orang terpaling. Maka kita tanya Isham Jalil.


Selain itu, kita tanya juga Isham Jalil.


Apasal selepas "Bossku" dijatuhkan, Isham Jalil berdiri sepentas dan berganding bahu pula dengan Tun M dan Muhyiddin, iaitu tokoh-tokoh yang menjatuhkan bos dia?






No comments: