[GEMPAK] TMJ! “SILA PINDAH KELUAR DARI JOHOR” dan AMARAN DS ZAHID HAMIDI...



Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain. "Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad. "Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda dalam kenyataan malam tadi. Menurut Tunku Ismail, keputusan itu diambil dengan mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak dan kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Pada 7 Okt lalu, Tunku Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025. Tunku Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. ============================================================================= Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengulangi peringatan kepada ahli parlimen serta Adun parti itu supaya tidak membuat "onar" yang boleh menggugat kerajaan perpaduan, maklum Ketua Pembangkang DUN Kelantan Mohd Syahbuddin Hashim. Katanya, pada sesi "pre council" BN yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC), Ahmad Zahid mengingatkan wakil rakyat bahawa kerjasama yang terbentuk itu sehingga pilihan raya umum ke-16. Syahbudin yang juga Adun Galas berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan tentang akujaji yang telah dimeterai antara wakil rakyat dengan parti. "Datuk Zahid menekankan apa yang telah diputuskan iaitu kerjasama ini sehingga PRU-16, maka jangan ada usaha-usaha untuk menggagalkan ataupun merencatkan ikatan ini. "Dia tak mahu mana-mana pihak terutamanya dalam kalangan wakil rakyat, yang mana kita terikat dengan akujanji dan juga perjanjian sebagai wakil rakyat, kita akan dikenakan saman RM100 juta.