NAK HERAN APA..PECACAI UN&PN NI BUKAN MAU ELOK ELOK...DEPA MAU SEMUA FREE JA....

 







Ada yang berseloroh, bahkan meremehkan, apabila acap kali saya berkongsi kejayaan Kerajaan MADANI membaiki tandas di sekolah dan kuarters penjawat awam yang sudah lama dibiar bobrok. Namun, saya harus bertanya, apakah Malaysia boleh bangkit maju jika hak manusia paling asas seperti kebersihan dan keselamatan tidak boleh dijamin?


Hatta, tatkala ucaptama saya di Majlis Perasmian The International Conference on Islamic Economics & Finance (ICIEF) tahun ke-15 pada pagi ini, sayugia saya berkata kemajuan dan keberadaan itu tidak hanya boleh diukur dengan statistik dan data ekonomi semata. Pengajaran ekonomi Islam sudah lama menganjurkan pembangunan manusiawi berlandaskan prinsip agama. Justeru apabila Kerajaan MADANI dibentuk, saya mahu memastikan teori dan didikan daripada ekonomi Islam ini dipraktikkan di dalam pentadbiran negara — yakni lebih daripada sekadar dibincang di menara gading dan pelantar akademik.


Kerangka Ekonomi MADANI yang diketengahkan oleh Kerajaan saya bukan sahaja ingin mendambakan pengejaran materialistik dan kecanggihan dunia. Usaha Kerajaan adalah untuk berlaku adil kepada semua, rahmatan lil alamin, waima kaya atau miskin; muda atau tua; Islam mahupun bukan. Itulah mengapa Kerajaan berikhtiar untuk menoktahkan kemiskinan tegar.


Negara tidak boleh maju jika kesenjangan kekayaan kekal ada, hak kemanusiaan dan batil tidak diberi kepada semua, serta keadilan sosial dinafikan kepada sesetengah kelompok. Walhasil, bagi kesejahteraan semua, Kerajaan MADANI akan kekal ikhtiar untuk membawa Malaysia ke paras ekonomi yang lebih tinggi.


#MalaysiaMADANI



No comments: