MANA TAK CEPAT TERASA , NAK KENA FIKIR BAB KENA SAMAN LAGI BAAI, TU YANG KOYAK TERUK...

 



Ingatkan dah kena halau, dia belajarlah. Rupanya tak. Dia claim tak bersalah pulak. Cara dia cakap macam menteri tak mampu jawab soalan tentang royalti, sebab tu dia kena keluar.

Dia ni jenis tak tengok media sosial agaknya. Dia tak tahu berapa ramai orang yang tonton live atau video parlimen meluat dengan perangai dia.

Suka menyampuk tak tentu fasal, bahasa pun tak sopan. Jangankan speaker, kita yang kat luar ni pun rasa meluat sangat tengok perangai dia.

Kalau tanya soalan secara profesional, beradab dan sopan, siapa pun boleh terima. Tapi begitulah PAS dan PN. Mana ada adab sopan puak mereka ni.

Dia kata perkataan badut menghina dia. Tak pun sebenarnya. Sebab kelakuannya sendiri yang hina dirinya. Ikutkan badut pun tak sesuai. Sopan lagi. Sebab badut pun tak menyondol macam dia.

Tahniah Speaker. Bukan setakat arahkan MP yang biadab ni keluar, Speaker juga minta menteri tarik balik perkataan badut yang digunakannya.

Teruskan arah MP yang tak reti nak bahas dalam bentuk manusia normal keluar. Tak kisah daripada belah mana. Agar perbahasan dapat dibuat dalam keadaan yang lebih matang. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: