Scammer ditangkap dalam 7 hari!!!
Minggu lepas ada orang tag saya kisah Saudari Liz tentang
ayahnya yang jadi mangsa scam. Ayahnya, Encik Kamaruddin ialah pesara guru
berusia 85 tahun.
Saya terus hubungi Liz untuk tahu lebih lanjut. Dia bagitau
saya, ayah tuanya menangis setiap hari memikirkan nasib yang menimpa.
Saya tak dapat bayangkan betapa beratnya ujian ayah Liz. Wang
berjumlah RM50,000 hasil keringat selama ini hilang macam tu je, dalam sekelip
mata.
Itu satu hal. Lagi satu Liz bagitau saya, pihak berkuasa lambat
sangat nak ambil tindakan. Masa tu musim cuti akhir tahun. Dia risau kalau
dilengah-lengahkan nanti scammer confirm akan terlepas.
Saya segera tinjau dan berjumpa pihak berwajib, termasuk BSN Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia (
Royal Malaysia Police ) untuk bertindak cepat.
Mujur, masih ada sinar di sebalik kesedihan.
Kerjasama antara Kementerian Kewangan
Malaysia , BSN, Lazada, pihak
telco, dan pihak polis telah berjaya memberkas scammer tersebut dan berjaya
menyelesaikan siasatan dalam masa 7 hari sahaja!
Tapi... ada satu benda yang paling menyakitkan hati.
Rupa-rupanya, scammer tu ialah pembantu rumah Encik Kamaruddin. Bayangkan,
orang yang paling dia percaya pun boleh tikam belakang dia. Harapkan pegar,
pegar makan padi.
Anak-anak Encik Kamaruddin semuanya sayang ayah mereka. Justeru mereka begitu ambil berat kes ini sampai turun beberapa kali jumpa polis, pihak bank dan sebagainya. Saya ajak mereka kita sama-sama lawan scam lepas ni. Terima kasih atas kraftangan yang dihulurkan.
Si scammer ni memang ada direct access kepada phone Encik
Kamaruddin, dan telah guna kemahiran IT sehingga berjaya menggodam akaun BSN
majikannya itu untuk beli lambakan barang kemas dan emas di Lazada. Dia
leburkan RM50,000 dan kemudian bercadang untuk terbang ke Filipina.
Nasib baik Polis kita cekap dan sempat menangkap si scammer pada
saat-saat akhir, sebab dia sudah pun membeli tiket kapal terbang dan bersedia
untuk larikan diri!
Kajian menunjukkan bahawa 37% pendeposit mendedahkan password
kepada orang lain. Ini antara perkara yang paling serius kita kena jaga. Tak
dinafikan, zaman sekarang ni memang mudah untuk melakukan pelbagai urusan
perbankan melalui telefon. Tapi tolong, jangan sesekali dedahkan password kita
kepada orang lain.
Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Inspektor
Sivalingam dan ASP James Lim, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPD
Brickfields yang telah bertindak pantas menyelesaikan kes ini. Pengalaman
peribadi saya melihat kecekapan PDRM buat saya rasa amat kagum. Saya harap
kes-kes lain juga akan mendapat perhatian sebegini rupa, supaya kita akan hidup
lebih aman damai.
Kepantasan respon pihak berkuasa merupakan antara elemen paling
penting untuk tangkap si penyangak dan merampas semula wang yang dicuri.
Masa saya bertemu dengan Bank Negara, saya telah gariskan 4
perkara utama yang perlu diteliti dan ditambahbaik segera:
1)Keselamatan
(Security) - sistem keselamatan yang lebih utuh bagi mengelakkan scam.
2)Tindak balas
(Response & Recovery) - tindak balas pantas dari pihak berkuasa pelbagai
jabatan dalam menjejaki scam dan memulangkan semula wang kepada mangsa.
3)Jaminan
(Guarantee) - perkongsian liabiliti antara bank dan pendeposit supaya pihak
bank tidak mencuci tangan dan pendeposit terpaksa tanggung kerugian sepenuhnya.
4)Hukuman
(Penalty) - undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah laku.
Kita mesti kena perangi scam habis-habisan. Amat penting untuk
keseluruhan rakyat dan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan lawan!
Sesiapa yang ada pengalaman kena scam, saya minta anda untuk
terus kongsikan kisah anda, ataupun hantarkan cadangan-cadangan yang berkaitan
untuk memerangi scam. Saya rekod pandangan yang dihantar kepada saya selama ini
untuk diserah kepada pihak berwajib.
Saya akan terus lawan bermati-matian bagi menumpaskan
sindiket-sindiket scam kewangan durjana. Ini soal wang simpanan rakyat, wang
pesara, wang orang susah.
Jalan teruih!