ISLAM TERANCAM DI BAWAH PH???



Pasti kita terbiasa membaca pernyataan-pernyataan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Islam terancam di Malaysia, Islam tidak terbela, Islam dihina di bawah pentadbiran PH.

Namun apabila membuat perbandingan apa berlaku di bawah Pakatan Harapan terutamanya  pentadbiran Islam, kita melihat sesuatu sangat berbeza dengan apa didakwa, misalnya peruntukan diberikan Kerajaan kepada pentadbiran Islam jauh lebih tinggi dengan apa diperuntukkan sebelum ini.

RM1.2B diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 berbanding RM1.1 billion pada tahun 2018.

Peruntukan kepada Sekolah Tahfiz RM50 juta, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta dan Institusi Pondok RM 25 juta. RM11.8 juta untuk pendaftaran Tahfiz, Latihan Pengurusan dan bantuan per kapita.

YB Menteri DS Mujahid Yusof mengumumkan wang RM2.6 juta dan melancarkan Tabung Kebajikan Guru KAFA Seluruh Malaysia contoh mudah menjaga kebajikan  para guru KAFA. Wang diagih mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri, Kelantan mendapat peruntukan terbanyak RM388,000.00. Tabung ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan Guru-Guru KAFA bukti keprihatinan Kerajaan melihat kebajikan para guru KAFA sebagai keutamaan.

Kerajaan berusaha mengangkat para guru KAFA ke satu tahap lebih tinggi, bukan lagi sebagai "Guru Kelas Kedua" seperti sekarang dengan proses menawarkan jawatan tetap kepada guru KAFA yang memiliki ijazah.

Mengikut catatan disediakan  jumlah dana yang diagih kepada Guru-Guru KAFA mengikut negeri :

1. Kelantan - RM388,000.00
2. Terengganu - RM250,400.00
3. Perak - RM249,760.00
4. Kedah - RM241,920.00
5. Selangor - RM202,640.00
6. Sarawak - RM194,320.00
7. Pahang - RM192,320.00
8. Sabah - RM176,720.00
9. Johor - RM167,200.00
10. Negeri Sembilan - RM159,040.00
11. Pulau Pinang - RM123,200.00
12. Melaka - RM113,760.00
13. Wilayah Persekutuan - RM88,480.00
14. Perlis - RM52,480.00

Usaha memperkasakan perundangan syariah di negara mesti dimulakan dengan memperkemas sistem mahkamah syariah dan instrumen berkaitan dengannya, termasuk hakim dan peguam syarie.

Antara usaha dilakukan Kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah.

i.  Menyelaraskan skim perkhidmatan pegawai-pegawai yang berkhidmat  di Mahkamah Syariah. 

ii. Mewujudkan sistem E-Syariah untuk menyelaras dan menyeragamkan sistem pengurusan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia 

iii. Mewujudkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah untuk menyelaraskan pemakaian hukum Syarak dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;

iv. Melaksanakan kaedah Sulh bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang bersesuaian dan menepati matlamat undang-undang dan hukum Syarak;

v. Mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua negeri-negeri seluruh Malaysia bagi melancarkan proses penguatkuasaan perintah-perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

vi. Melantik Pegawai Syariah wanita ke jawatan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-73, yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006. 

vii. Menyediakan infrastruktur dengan membina Kompleks Mahkamah Syariah yang baru di negeri Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang;

viii. Penempatan Pegawai Syariah sebagai pegawai kader di agensi-agensi Kerajaan bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia. 

ix. Membina sistem E-Faraid bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kes-kes faraid di dalam kalangan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah selari dengan kehendak hukum syarak. 

Contoh kejayaan yang telah dicapai ialah Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekuan 2019 diluluskan parlimen pada 16 /8/2019 tingkat profesionalisme peguam syarie, mewujudkan Mahkamah Khas kes Nafkah dan Hadhanah, peningkatan kompetensi Hakim Syarie dengan dihantar ke Arab Saudi mendalami ilmu berkaitan Al-Qhuda’, meluluskan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 (Akta 505) (Pengawalan Sekolah Agama dan Pusat Tahfiz  berdaftar) dan mewujudkan Mahkamah Fast-Track mempercepatkan perbicaraan kes-kes  perceraian.

Islam Terancam dan Dihina???

Kerajaan tegas menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW terutama melibatkan media sosial, ia boleh dilihat satu talian khas diwujudkan menerima aduan untuk disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan tegas.

Data dikeluarkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama JAKIM sebanyak 5000 aduan diterima, 53 tindakan telah diambil diambil SKMM dan PDRM, dan hukuman lebih berat  dikenakan seperti apa berlaku kepada kes Wai Foo Sing, Yazid Kong Abdullah, Danny Anthony, Alvin Chow Mun Fai.

Ini boleh dijadikan kayu ukur ketegasan kerajaan menangani isu penghinaan agama dan Nabi Muhammad SAW, jadi dimana terancamnya Islam jika Kerajaan berusaha memastikan langkah pencegahan dan membendungnya sewajarnya.

Isu Islam terancam dan dihina kadangkala tenggelam sebentar kemudian timbul semula dalam politik kepartian negara kita.

Fundamental yang menjadi teras kewujudan negara Malaysia, Islam sudah terjamin, pertamanya, Islam agama rasmi Persekutuan terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. 

Keduanya, Islam diberikan tempat tinggi di setiap negeri di Malaysia, kerana pentadbiran agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri dan ketua agama berautoriti di bawah Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu.

Ketiga, setiap negeri ada Majlis Agama Islam Negeri dipengerusikan Tuanku Sultan atau Raja Muda mengawal dasar dan polisi menjaga Islam, manakala Jabatan Agama Negeri bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi tersebut.

Keempat, peruntukkan khusus dalam perlembagaan tentang pengawalan pengembangan agama-agama lain di bawah Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan juga Enakmen-enakmen di negeri.

Kelima, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara Malaysia adalah Melayu Islam. 

Keenam, komposisi Ahli Parlimen Melayu Islam di parlimen sekarang mewakili 60% daripada jumlah keseluruhannya, begitu juga komposisi Jamaah Menteri, iaitu 31 Melayu Islam dan 18 bukan Melayu yang terdiri dari menteri dan timbalan menteri.

Jadi, dimanakah Islam Terancam??? Bukankah yang terancam itu ialah politik kepartian pembangkang tertentu yang telah kehilangan sokongan setelah melihat kejayaan demi kejayaan dilakukan Kerajaan PH dalam memastikan pentadbiran Islam di Malaysia terjaga dan terpelihara

Tepuk dada tanya Iman??? Islam terancam atau survival politik mereka sebenarnya terancam.

No comments: