VIDEO PENEROKA KELUAR KETIKA TUN M BERUCAP. KERAGUAN MENGENAI WUJUD ESTET DAN DIURUS KRONI ?






KUALA LUMPUR – Peneroka Felda boikot Tun M?
Itu gambaran diberi beberapa pemimpin UMNO ekoran tular video sebahagian peneroka keluar beramai-ramai semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Insiden itu berlaku semasa Perdana Menteri berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin hari ini.
“Peneroka Felda Merana! Ini adalah reaksi mereka terhadap kerajaan PH yang terbukti Gagal menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan peneroka,” tulis Zahida.
Ada juga tular gambar beberapa pemimpin UMNO berdiri di luar khemah semasa perasmian dibuat seakan-akan protes namun ia tidak dapat disahihkan.
Namun menurut seorang netizen antara punca warga felda bertindak sedemikian adalah kerana Tun M mencadangkan agar menggabungkan tanah -tanah peneroka menjadi estet besar dan diuruskan oleh seorang profesional.
Alasan Mahathir ialah jumlah keuntungan adalah diagihkan mengikut keluasan tanah yang dijana dari kawasan tanaman itusebelum dibahagikan dengan bilangan peneroka.Selain itu Mahathir mencadangkan kepelbagaian tanaman dikawasan terbabit.
 mengurus projek penananman baru, ulas Mohd Fadzil lagi.
Peranan kerajaan sepatutnya meningkatkan pemasaran sawit dan getah bukan membuat projek baru tanam sayur, buloh dan sebagainya.Beliau turut menempelak Mahathir dan Azmin dan mengingatkan tidak semua warga felda tidak mampu menilai apa yang kerajaan sekarang sedang lakukan, kerana warga peneroka juga sedang mengikuti perkembangan ekonomi negara, juga bagaimana aset negara dijual dan sebagainya.
Selama ini pun, zaman BN, sebahagian warga felda mampu menguruskan ladang sawit dan getah dengan baik dan mampu menjana pendapatan lumayan. Namun bagi warga felda kawalan harga adalah bergantung kepada kebijaksanaan kerajaan menguruskannya.Jadi hakikatnyaialah bukan  kerana peneroka malas, tidak pandai mengurus atau saiz ladang yang keil tetapi pihak kerajaan sendiri yang memanipulasi keadaan untuk kepentingan politik dan kroni mereka.

No comments: