Jatuh dan bangun semula: kisah Pakatan Harapan



Saya berbesar hati dapat berjumpa dan bercakap dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada kemunculan pertamanya selepas kembali dari lima minggu cuti sakit.
Saya selama-lamanya terhutang budi dengan rakyat Pulau Pinang kerana memilih saya pada 8 Mac 2008. Atas jasa rakyat Pulau Pinang, saya menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera sementara DAP berjaya membentuk kerajaan negeri baru dengan rakan-rakan parti sekutu lain. Pulau Pinang merupakan negeri barisan hadapan DAP pada 2008 namun bagi pilihan raya kali ini salah satu negeri yang menjadi pertarungan paling penting adalah di Johor.
Sebagai Pengerusi DAP Johor, saya menggesa rakyat Pulau Pinang untuk terus menyokong DAP dan Pakatan Harapan bagi membolehkan kami menewaskan BN dan seterusnya menubuhkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan. Memenangi Johor sangat penting bagi mencapai tujuan ini.
Pada Februari 2008, tiada sesiapa menjangkakan tsunami politik pada 8 Mac 2008 boleh terjadi. Kebanyakan yang berada di barisan pembangkang, termasuk DAP, selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya 1995, 1999, dan 2004, tidak boleh membayangkan lebih daripada sekadar memenangi beberapa kerusi yang ditandingi BN.
DAP mengumumkan barisan calon pada malam sebelum hari pencalonan pada 2008. Semua orang terkejut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih. Saya masih ingat riak muka muram Ketua MCA Bukit Bendera Tan Yoke Cheng apabila Lim Guan Eng dan saya menyertai sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Sukarelawan Pemadam Kebakaran di Air Putih. Tan berkerja keras dan membelanjakan banyak wang untuk meletakkan dirinya sebagai calon di kerusi selamat MCA ini.
Ketika bercakap kepada media pada hari pencalonan, Tan berkata Guan Eng “perlu ke merata-rata di seluruh negara bagi menghadiri urusan parti, sementara saya mempunyai lebih banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat dalam kawasan.” Tan cuma ingin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri barisan belakang untuk BN dan dia fikir, meskipun terpilih, akan cuma menjadi wakil pembangkang.
Selebihnya, seperti orang kata, adalah apa yang tercatat dalam sejarah.
Saya ditanya ketika melawat media di Johor Bahru pagi ini bahawa MCA Johor mendakwa bahawa pembangkang, terutama DAP, tidak mempunyai sumber dan tidak mampu memberi peruntukan dan perkhidmatan kepada rakyat dalam kawasannya, maka pengundi perlu memilih MCA. Jawapan saya mudah, undilah DAP sebagai sebahagian kerajaan baru Pakatan Harapan.
Dengan mandat yang diberikan rakyat, kita akan menggunakan sumber kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat dnegan lebih efektif berbanding kerajaan sekarang. Pemimpin MCA Johor sepatutnya belajar daripada rakan-rakan mereka di Pulau Pinang kerana mereka tidak tahun yang mereka akan menjadi pembangkang seterusnya. Nasihat saya, lebih baik mereka bersedia untuk kemungkinan itu, meskipun mereka susah gambarkannya ketika ini.
Tahun-tahun mencabar
Pada 10 Feb 2015, Anwar kalah dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan dimasukkan dalam penjara, seterusnya menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan pemimpin yang menyatukan kesemua parti komponen.
Dua hari kemudian, pada 12 Februari 2015, Mursyidul AM PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia. Nik Aziz merupakan watak utama yang menentenag kerajaan gabungan (UG) PAS-UMNO sejak 2008.
Pemergiannya memudahkan lagi golongan yang cenderung menyokong UMNO dalam PAS untuk mengetengahkan agenda kerjasama dengan UMNO atas nama Islam, yang menjadikan parti komponen dalam pakatan sebelumnya sepeti PKR dan DAP sebagai musuh.
Kita boleh bercakap tentang peluang menukar kerajaan selepas penubuhan pakatan yang menggabungkan parti asal pakatan sebelum ini (PKR, DAP dan Amanah) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, selain peristiwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbaik semula.
Pensejajaran kuasa anatara parti asal Pakatan Harapan dengan Dr Mahathir serta penyokongnya adalah sesuatu yang sangat sukar, penuh emosi dan mengambil masa kerana perasaan curiga dan rasa tidak percaya bekas perdana menteri itu terhadap pembangkang sebelum ini.
Dr Mahathir keluar dari UMNO pada 29 Februari 2016 dan melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016. Saya bersama seorang bekas menteri yang menyokong Dr Mahathir pada malam sebelum pelancaran deklarasi itu. Bekas menteri itu cuba bersungguh-sungguh untuk menghalang Dr Mahathir tampil bersama Kit Siang. Dalam DAP sendiri, kedengaran suara yang membantah Kit Siang tampil bersama Dr Mahathir.
Ramai yang mengatakan bahawa populariti Dr Mahathir di kalangan orang Melayu menurun selepas berkongsi pentas dengan Kit Siang. Ironinya, meskipun begitu, populariti Dr Mahathir di kalangan Melayu sentiasa lebih tinggi berbandig Najib sejak 2015. Kit Siang turut berdepan dengan keraguan daripada penyokong bukan Melayu.
Sejurus selepas pelancaran Deklarasi Rakyat, Dr Mahathir dan Kit Siang muncul sekali lagi pada 27 Mac 2016 di Shah Alam di hadapan khalayak yang lebih ramai bagi mengetengahkan idead kerjasama terhadap seteru lama untuk melawan kleptokrasi Perdana Menteri Najib Razak.
Ia bukan sesuatu yang mudah. Pengundi bukan Melayu dan golongan bandar hilang motivasi pada idea perubahab dan kemudian dikelirukan lagi dengan kehadiran Dr Mahathir dalam kem pembangkang, sementara pengundi Melayu masih tiada pemimpin dan organisasi yang jelas.
Idea untuk Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassim menubuhkan parti politik mula diperdebatkan sekitar Julai 2016 dan akhirnya menjadi realiti pada 9 September 2016 apabila parti itu didaftar secara rasmi. Pada September 2016, Dr Mahathir dan Anwar juga turut berjumpa dan bersalaman untuk pertama kali sejak 18 tahun dulu ketika Anwar dipecat pada 2 September 1998.
Dr Mahathir pertama kali bercakap tentang Bersatu menyertai Pakatan Harapan dalam konvensyennya pada 12 November 2016 ketika pemimpin Bersatu lain tidak kelihatan begitu tertarik dan lebih cenderung mahu menubuhkan pakatan baru dengan nama baru.
Bersatu dan parti asal Pakatan Harapan menandatangani perjanjian (MOU) pada 13 Disember 2016 sebagai langkah pertama untuk mengadakan kerjasama. Hanya pada 27 Mac 2017 Bersatu menjadi salah satu parti komponen Pakatan Harapan dan Pakatan mengambil masa empat bulan lagi mengadakan rundingan dan mesyuarat yang rumit bagi memformalkan struktur kerjasama Mahathir-Anwar dengan Dr mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden pada 14 Julai 2016.
Mengatasi cabaran
Pakatan Harapan mengambil masa setengah tahun lagi untuk melakukan sesuatu yang hampir tidak dapat difikirkan sebelum ini: menyelesaikan rundingan kerusi parlimen di semenanjung dan memformalkan kerjasama Mahathir-Anwar dengan menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh dan Anwar kelapan.
Dr Mahathir menggambarkannya dengan jelas dalam konvensyen Pakatan pada 7 Januari 2018 bahawa sangat sukar baginya untuk meninggalkan Umno yang disertainya pada 1946 ketika ia ditubuhkan dan kini perlu berjuang untuk mengalahkannya dalam pilihan raya. Pada masa sama, bekas perdana menteri itu dapat menjangka lebih sukar bagi Anwar dan keluarganya untuk menerimanya sebagai rakan sekutu kerana Anwar pernah dipenjara ketika beliau memerintah.
Namun kita akhirnya berjaya menghadirkan kepada rakyat Malaysia sebuah pakatan altenatif selepas ia dimusnahkan oleh Najib pada Februari 2015. Kita perlu berterima kasih kepada Najib kerana keraguannya untuk membuat keputusan. Sekiranya beliau membubarkan Parlimen pada 2017 sebelum Pakatan berjaya mendamaikan Dr Mahathir dan Anwar serta pengaruh kedua-duanya, BN mungkin akan terus berkuasa dengan sentimen negatif yang terpalit pada Najib hampir mustahil untuk BN meraih semula dua per tiga majoriti.
Dan tiada sesiapa yang menjangka Dr Mahathir akan pergi begitu jauh untuk menjadi pemimpin pembangkang pada umurnya yang lanjut, dan tiada sesiapa menjangka Kit Siang dan Anwar boleh berdamai dengan bekas seteru politik mereka untuk satu tujuan sama.
Politik Malaysia melalu perubahan yang begitu besar dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Pakatan pembangkan melalui pelbagi cabaran dan bangkit semula selepas dikuburkan, lebih kuat daripada sebelum ini. Kita kini bersedia untuk menewaskan BN dalam ibu kepada segala pilihan raya ini
*Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Kluang dan Pengarah Pendidikan Politik DAP