Kejatuhan nilai ringgit tingkatkan harga barang, inflasi – Penganalisis
Biar pun kerajaan BN memberi pelbagai jaminan, termasuk mengumumkan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM390.2 bilion pada 15 Jun lalu, nilai ringgit terus mencatat kejatuhan paling teruk berbanding dolar Amerika dalam tempoh 10 tahun, pada 29 Jun. $1, daripada 3.7660/7690 untuk AS$1 pada 26 Jun.Beberapa hari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar meminta agar rakyat tidak panik dengan kejatuhan berterusan matawang kerana, katanya, kebanyakan barangan isi rumah seperti makanan dikeluarkan di dalam negara.
Mengulas isu tersebut, penganalisis ekonomi Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud berkata, kenyataan Wahid itu amat menyimpang dan lebih kepada cubaan untuk menutup keresahan umum. Menurut Dr Wan, kebanyakan makanan untuk rakyat adalah diimport dari luar dan harganya terdedah kepada naik atau turun nilai ringgit.
“Apa yang dikatakan Wahid tidak berasas dan tidak tepat sam
a sekali. Realitinya, kita masih bergantung kepada negara luar dalam produk makanan. Misalnya gula kita import dari Filipina, beras kita import dari Thailand, daging pula diimport dari India dan Austarlia.
“Setahun kita mengeluarkan sebanyak RM26 bilion untuk import makanan. Dia (Wahid) ukur dari segi apa? Barang asas yang kita tak import hanyalah minyak sawit. Kenyataan itu bagi saya, seolah-olah cuba menipu rakyat dan memutar belit keadaan ekonomi semasa,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Berhubung isu tersebut, Dr Wan menggesa kerajaan BN mempertahankan nilai ringgit agar tidak jatuh lebih teruk dan menyebabkan kadar inflasi meningkat dua kali ganda.
“Kerajaan kena ambil tindakan segera mempertahankan nilai matawang. Kalau tidak ia akan mengalami kejatuhan yang akan menyebabkan barang mahal, cukai bertambah dan impaknya ialah kadar inflasi meningkat sekali ganda terutama selepas pengenalan GST pada April lalu,” jelasnya.