Bajet pilihanraya tidak beri keselesaan berpanjangan

Pengumuman bajet oleh Menteri Kewangan Najib Razak di Parlimen semalam tidak mendatangkan sebarang kesan besar kepada rakyat. Hanya perkhidmatan awam yang menerima durian runtuh, sedangkan kakitangan swasta kekal ‘kais pagi makan pagi’.

Pakatan membentangkan belanjawan sehari sebelum BN


Lebih menjengkelkan pemberian ‘one off’ yang dilakukan kerajaan jelas seperti ingin memperbodohkan rakyat. Umum tahu tarikh pilihanraya semakin hampir dan pemberian RM100 untuk pelajar serta RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah dijadikan umpan agar rakyat mengundi BN. Kos hidup yang tinggi dineutralkan dengan pemberian sekali dalam 5 tahun. Amat jelas bagi rakyat seperti menyamakan minda mereka dengan golongan tidak berpelajaran dan tidak tahu berfikir sama sekali

“Banyak perkara yang diumumkan bersifat ‘one off’. Semua itu dapat dicover balik oleh kerajaan kerana kerajaan tidak memberikan jaminan subsidi harga minyak dan keperluan asas yang lain tidak akan dikurangkan pada 2012.

"Rakyat akan berhadapan dengan kos sara hidup dan belanjawan hari ini tidak menyelesaikan masalah seperti yang diuar-uarkan iaitu hendak menyelesaikan masalah beban kos sara hidup rakyat," kata ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar di lobi parlimen selepas pembentangan belanjawan.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad berpendapat Najib dalam keadaan yang tertekan akibat pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat sehari sebelum itu. Belanjawan PR menekankan pengagihan hasil kekayaan negara kepada rakyat yang memerlukan, terutama berpendapatan rendah.

“PR pernah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

BN dijangka menaikkan harga barang subsidi mengumbangi bantuan yang diberikan


"Tetapi persoalan yang kita utarakan, bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sahaja bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Dr Dzul juga berpendapat kakitangan swasta tidak akan berpuas hati dengan bajet yang hanya menumpukan kepada kakitangan awam. Tiada penegasan mengenai gaji minimum untuk kakitangan swasta yang diperjuangkan oleh mereka. Sebaliknya, kerajaan menaikkan potongan caruman KWSP majikan sebanyak 1 peratus. Kenaikan yang seolah-olah memperlekeh sumbangan kakitangan swasta terhadap ekonomi negara.

“Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut,” katanya.

Anwar selepas sessi bajet

Sementara itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan cara kerajaan berbelanja mewah sedangkan masalah defisit negara berlarutan sejak 14 tahun berturut-turut. Bermakna hutang negara semakin tinggi dan semua pemberian kerajaan kepada rakyat adalah dengan berhutang. Dalam masa sama negeri-negeri yang diperintah PR seperti Pulau Pinang dan Selangor, katanya, mampu memberi pelbagai sumbangan kepada rakyat dengan bajet tahunan yang berimbang. Iaitu perbelanjaan kurang atau sama banyak dengan pendapatan.

“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut (peruntukan) tidak realistik. Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan,

“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," jelas Anwar.

Bagi penganalisis ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang Chales Santiago dasar liberalisasi perdagangan yang diumumkan najib amat dipersoalkan. Katanya, dasar itu hanya akan mempermudah dan memperbanyak kemasukan syarikat asing ke dalam negara yang kesan akhirnya perniagaan bersaiz kecil dan sederhana tempatan akan bermasalah.

Lebih banyak hyper market asing, kedai kecil gulung tikar

“Syarikat-syarikat tempatan akan menghadapi cabaran besar untuk bersaing dengan syarikat-syarikat multinasional yang lebih besar. Ini adalah kesan langsung daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani oleh Malaysia, yang membolehkan pemilihan 100 peratus kepada syarikat-syarikat asing dalam perniagaan yang ditubuhkan di negara ini.

“Kesan daripadanya, rakyat Malaysia akan ke luar negara untuk menubuhkan syarikat dan kembali untuk menubuhkan perniagaan di sini mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai tersebut.

“Industri kecil dan sederhana pula akan terjejas akibat kemasukan peniaga besar asing yang akan datang dengan kilang, hospital, proses pengeluaran dan perkhidmatan mereka

“Satu lagi, dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan dibuka, tanpa apa-apa sokongan untuk rakyat Malaysia, apa yang berlaku seterusnya ialah skim insurans penjagaan nasional akan dilaksanakan. Ini bermakna ia menyediakan landasan bagi pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan skim insurans kesihatan nasional,” katanya.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

MALU APA BOSSKU : Najib 'tok dalang' SRC, Darurat ada udang sebalik batu, SKMM perlu tegas...