ELOK MENTERI PERTAHANAN MULA CELIK




Aku pada mulanya merasakan untuk mencurahkan bakti mkembantu mangsa-mangsa banjir.Walau ada perdebatan antara berbagai parti untuk membantu,tapi aku percaya bahawa kerajaan Kedah memberi bantuan mana yang cukup.Cuma ianya di sensasikan sebagai tidak mendapat bantuan secukupnya oleh kerajaan negeri.


terfikir kemudianya..apa gunanya tentera..selama ini kita menghantar berbagai misi di luar negara ..namun di negara sendiri diketepikan.Sepatutnya telah di mulakan seawal banjir..negara kita belum ada sebarang bentuk peperangan,akan tetapi di adakan latihan di kawasan pilihanraya,juga tidak berlakunya sebarang bentuk peperangan baik kecil mahu pun besar...

Cerita kecil di bawah ini sebenarnya adalah cerita bagaimana rakyat sendiri seolah-olah di ketepikan.Kalau luar negara bukan main lagi tentera malaysia menabur bakti..misi itu dan misi ini..Namun di dalam negara sendiri, apabila berlakunya banjir....alahai tentera kita sejuk dalam kem....


LAIN KALI AWAL SIKIT HANTAR BANTUAN BAGI MEMBANTU KERJA AMAL DAN TANGUNGJAWAB UNTUK RAKYAT NEGARA SENDIRI.........



Pasukan khas ATM bantu mangsa

BAGAN DATOH 6 Nov. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain ATM, turut terlibat dalam pasukan khas itu ialah Polis Diraja Malaysia.

"Penubuhan pasukan khas ini merupakan tanggungjawab sosial bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kedua-dua negeri berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Koperasi Wanita Waja Bagan Datoh Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Kor Jurutera ATM telah dikerah untuk menjalankan kerja membaik pulih kemudahan awam yang rosak akibat banjir yang disifatkan terburuk itu.

Setakat ini, jelasnya, 200 anggota Rejimen Askar Wataniah telah bergerak membantu mangsa banjir terbabit.

"ATM turut membentuk sebuah lagi pasukan khas sebagai persediaan membantu mangsa banjir sekiranya bencana itu berlaku di Pahang dan Johor," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga bersedia membantu mangsa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia sekiranya ada permintaan kerajaan negara itu.

No comments: