KUMPULAN UTUSAN NAK BANKRUP?HA DOK FITNAH LAGI





UMNO-UNITED MALAYS NASIONAL ORGANISATION









Oleh AHMAD ZAKI ISMAIL

RAYUAN, tuntutan dan saranan bagi menyelamatkan khazanah negara dan waris sejarah perjuangan bangsa berwadah media cetak yakni Kumpulan Utusan sudah jelas menunjukkan bahawa ia dalam tahap kritikal.

Malah isu ini bukan satu pekara yang terpinggir atau sekadar sebahagian daripada rutin dunia perdagangan komersial semata-mata. Tentu ada perkara yang lebih besar agendanya, hebat cabarannya dan buruk impaknya jika tidak kita berikan perhatian yang wajar

Ini bukan satu gimik atau sinikal tidak juga dengan niat provokasi, tetapi lebih merupakan satu hakikat. Ia mesti dilihat secara serius bukan sahaja oleh golongan pejuang bahasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau pemimpin politik kerajaan. Malah ia juga patut diberikan perhatian sewajarnya oleh seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama kerana legasi akhbar ini mempunyai pertalian khusus dengan sejarah pembentukan negara Malaysia yang merdeka.


Peranan besar Kumpulan Utusan tidak memerlukan sebarang hipotesis kerana mempunyai banyak bukti yang amat nyata. Tetapi, cubaan memusnahkan kredibilitinya sudah menjadi kenyataan apabila teras utama Kumpulan akhbar Utusan Melayu dikuburkan tanpa nisan atau sebarang upacara pada 29 Januari 2006.




Hanya selepas diadakan pelbagai bantahan oleh golongan yang masih peka, maka empat bulan kemudian ia diterbitkan semula sebagai sisipan percuma. Dengan kata mudah tanpa nilai komersial tetapi lebih bersifat obligasi nasional dan sosial semata-mata.


ADA LAGI NAK SALIN MALAS LAHHHHH........






BACA NUKILAN SAJAK DI BAWAH....ELOK UNTUK RENUNGAN...KALAU RENDRA BACA SEDAP NIIII




AKHBAR Melayu tidak akan pupus dengan sebab ada orang Melayu pulau Akhbar Melayu.

AKHBAR Melayu tidak akan pupus hanya sebab orang Melayu malas nak beli akhbar tersebut.

AKHBAR Melayu tidak akan pupus walaupun parti yang memegang sahamnya tersungkur…

AKHBAR Melayu akan pupus bila yang ditulis bukan lagi maklumat tetapi fitnah melata.

Akhbar Melayu akan pupus bila yang disajikan bukan lagi berita tetapi sampah minda


Akhbar Melayu akan pupus bilamana ruh bangsa (jawi) tidak dibela - beri akhbar percuma tak dikira.


Akhbar Melayu akan pupus bila sang wartawan berpakat dengan penguasa letak Melayu di kelas dua.


Akhbar Melayu akan pupus bila pemegang saham sendiri bertutur bahasa asing lebih fasih.


Akhbar Melayu akan pupus bila anak-anak dididik bukan dengan bahasa ibundanya.

Akhbar Melayu akan pupus bila rasuah diangkat dan perasuah diputihkan oleh akhbar

Akhbar Melayu akan pupus bila para penjudi memasang iklan padanya


Akhbar Melayu akan pupus bila pengkhianat bangsa dinobatkan sebagai wira pendekar

Akhbar Melayu akan pupus bila adu domba dibajai dan digemburkan

Akhbar Melayu akan pupus bila aurat wanita bangsanya dijadikan lapik penghias mukasurat

Akhbar Melayu akan pupus bila nilai beritanya lebih murah dari nilai kertas mencetaknya

Akhbar Melayu akan pupus bila mengampu sang kaya yang berharta

Akhbar Melayu akan pupus bila menghina sang miskin yang hina dina

Akhbar Melayu akan pupus bila nilai perjuangan bangsa tidak disandarkan kepada ilmu agama


Akhbar Melayu akan pupus bila nilai perjuangan bangsa disandarkan kepada harta dan benda

Akhbar Melayu akan pupus bila mana pejuang Melayu tiada tempat tetapi merempat

Akhbar Melayu akan pupus bila berita disebar adalah racun-racun berbisa

Akhbar Melayu akan pupus bila ia memutar belitkan berita dengan niat terpendam

Akhbar Melayu akan pupus bila sang penulis mengemis tetapi sang pengampu yang bernafas

Jangan dirayu Melayu dengan sepotong berita

Jangan dimalu Melayu dengan selonggok janji

Jangan dihina Melayu dengan iklan-iklan bernanah

Jangan dibodohkan Melayu dengan akhbar jawi tanpa jiwa

Jangan dicaci Melayu dengan iklan judi dan sundal

Jangan diinjak Melayu dengan berita-berita tempang

Jangan dimomok Melayu dengan bulan dan bintang

Jangan dirayu Melayu untuk bertafakur pada simayat hidup

Jangan didesak Melayu menangis untuk si penconteng arang


Jangan digesa Melayu bersekongkol dengan tipu daya penjahanam bangsa



Jangan minta sesaat Melayu untuk akhbar PENJILAT BANGSA*



*Dimana anda ketika pejuang bangsa mempertahankan maruah pengajaran Sains dan



Matematik didalam Bahasa Melayu? Anda tiada malah mengkhianat lagi



SHAHRUL PESHAWAR-DUNIA KEMANUSIAAN











No comments: