SUSPEK "JENAYAH PILIHANRAYA DIBEBASKAN"



YB RAVEEN DAN KHAIRL PELAJAR USM YANG DITAHAN



AHMAD NASIR YAHAYA DAN LEE BOON CHANG




PEGUAM PKR BEKAS YB MCA DATUK KRAMAT DAN GERAKAN LIM BOO CHANG (KANAN) DAN PAUL (2 DARI KIRI) BERSAMA DENGAN SEORANG TAHANAN DARI KAMPUNG PERMATANG JANGGUS




BERSAMA YB RAVEEN( TENGAH) MOHD KHAIRI HARUN BERBAJU MERAH




TERIMA KASIH PDRM.KOMEN DARI SEMUA TAHANAN.ADA YANG MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK SEMASA MEREKA DITAHAN.

kerja-kerja nak buat macamana......




PERMATANG PAUH, 23 JULAI (SK)- Pihak polis hari ini membebaskan empat suspek yang ditahan berhubung insiden pukul jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu.
Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan Polis dari Balai Polis Butterworth di antara pukul 3 hingga 5 petang tadi.
Keempat mereka ialah Timbalan Ketua Bahagian Batu, Mohd Nor kamil Abu Samad, Khairil Irfan Othman, Ahmad Nasir Yahya dan Khairi Harun.
Menurut peguam yang mewakili tiga diantara mereka, Lee Boon Chang, kesemua mereka perlu melaporkan diri di mahkamah majistret Butterworth pada 23 September ini. Kamil diwakili Ngeow Chow Ying.
Kamil sejurus di bebaskan berkata, beliau tidak terlibat dengan insiden keganasan tersebut malah berniat untuk menghalang jurugambar berkenaan dari dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya.
Seorang lagi tertuduh, Khairil Irfan yang merupakan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia berkata, beliau juga tidak terlibat dengan insiden berkenaan dan hanya mengambil motorsikalnya yang diletakkan pada jarak 30 meter dari tempat kejadian.
Beliau yang ditahan sejurus membuat laporan penafian apabila gambarnya tersebar sebagai suspek kes tersebut di tahan pada 12 tengahari 22 Ogos dan disoal siasat selama lima jam tanpa henti.
Beliau turut mengadu Polis menafikan haknya untuk makan dan menunaikan solat selama beliau disoalsiasat atas alasan ia adalah satu prosedur.
Menurutnya lagi, beliau turut diambil keterangan sebanyak 3 kali dari pegawai-pegawai POlis Bukit Aman dan tiada kawat cam dilakukan keatas mereka.
Sementara itu, Polis turut membebaskan dua ahli KeADILan yang ditahan di bawah peruntukan 9 (1) akta kesalahan pilihanraya setelah satu laporan Polis dibuat keatas mereka yang dipercayai dilakukan oleh ahli-ahli Umno.
Kedua mereka ialah Mohd Afendi Ali dan Mohd Asri Zakaria yang juga diwakili Lee Boon Chang.
Mohd Affendi Ali ditahan atas dakwaan membina bilik gerakan KeADILan atas tanah milik awam manakala Asri Zakaria dituduh mengugut seorang ahli Umno supaya tidak berniaga di satu kawasan ceramah yang dianjurkannya.
Menurut Afendi yang juga merupakan pengerusi Kadun KeADILan Permatang Pasir, bilik gerakan KeADILan yang dibina di satu kawasan di Permatang Pasir merupakan tanah hak milik awam.
Tambahnya lagi semasa pilihanraya lalu, Umno dan BN mendirikan bilik gerakan di situ.
Ujarnya, mungkin kerana pihak Umno dan BN tidak berpuashati dengan tindakan beliau, lalu mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak Polis dan menuduh beliau sebagai penceroboh.
Manakala Mohd Asri yang berasal dari Seberang Jaya berkata, beliau ditahan kerana dituduh mengugut seorang peniaga yang di percayai dari meniaga di satu kawasan ceramah Pakatan Rakyat.
Beliau menafikan perkara itu dan berkata hanya menasihati peniaga itu supaya menutup kedainya buat sementara waktu.




BERITA DARI SK ONLINE OLEH NIZAM

No comments: