MACAM INILAH SAUDARA.LEBIH BAIK BUBAR SAHAJA UMNO CAWANGAN BATU 8, DAN MASUK PKR,PAS ATAU DAP.LEBIH MUDAH DAN LEBIH TELUS DAN MENGAMALKAN DEMOKRASI.
Inilah ketua pemuda UMNO batu 8 yang telah dihalau dalam satu majlis yang dihadiri oleh Datuk Fuad,Mahathir,Mukriz dan juga Khir Toyo.Beliau adalah seorang profesional yang sememangnya tidak pernah tampil kehadapan.Antara kenapa para profesional muda tidak mahu tampil kehadapan ialah kerana yang kurang profesional berada dihadapan untuk menyekat daripada berlakunya pertandingan.yang kurang bijak pula mendapat berbagai kontrak melalui cawangan-cawangan dan akhirnya yang mengepalai UMNO ialah yang kurang bijak.
Di Pulau Pinang, antara ahli UMNo yang kurang bijak tetapi mendapat gelaran Dato dan kaya raya ialah antaranya Yb Shabudin yang tidak mahu meletakkan jawatan sebagai YDP majlis Agama Islam Pulau Pinang, Cikgu sahar Suib calon Permatang Pasir lulusan SPM-berhenti kerja guru-menjadi guru KEMAS,Dato Musa syeikh fadzil-kaya tapi balun hasil DEB,Dato Azhar, cikgu sekolah lulusan SPM,Dato Saidin -orang kaya Kepala Batas-lulusan SRP,menjadi ketua UMNO Kepala Batas .Bukan menghina tetapi sekadar ingin menjelaskan betapa rendahnya UMNO kerana ditadbir yang kurang cerdik tetapi rakus menghengtam duit rakyat.Ini adalah kerana kurangnya ilmu dan kurangnya akal fikiran untuk berfikir bagi pihak orang lain.Orang inilah yang akhirnya menguasai UMNO dan menghalang generasi muda profesional mengetuai UMNO.
Akhirnya ramai ahli profesional ini membenci UMNO kerana tidak ada pemimpin UMNO yang mendekati golongan muda ini.Sebaliknya kepimpinan Barisan Rakyat nampak lebih mudah didekati,mesra alam dan mesra rakyat. maka kerana itu UMNO dalam keadaan DARURAT.
Umno dalam darurat - Tengku Razaleigh
M Khaleel Kas Fri Apr 04, 08 12:53:58 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Umno kini dalam darurat dan telah memusnahkan demokrasinya sendiri apabila perlembagaannya dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak bertanding jawatan Presiden hendaklah mendapatkan pencalonan sebanyak 30 peratus daripada bahagian Umno.
Menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah parti itu kini dalam keadaan "darurat" sokongan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum kerosakan yang berlaku di dalam parti merebak sehingga menjejaskan asas tamadun dan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang telah dibina sejak 1946.
"Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, melibatkan perwakilan Umno yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup Umno selama 60 tahun," katanya dipetik oleh Bernama ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, hari ini yang dihadiri 2,000 pemimpin, ahli Umno dan pemerhati politik.
Seramai anggota 423 perwakilan daripada 191 cawangan Umno bahagian itu hadir pada mesyuarat itu bagi meluluskan usul untuk mendesak Majlis Tertinggi Umno supaya mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincangkan punca prestasi teruk Umno pada pilihan raya umum lalu.
Tengku Razaleigh berkata muhasabah itu bertujuan membincangkan kelemahan dan kesalahan Umno selama ini dan memikirkan visi baru Umno untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
"Rakyat hari ini tidak sabar lagi dengan rakyat 40 atau 30 tahun yang lepas (dan) harapan mereka tidak sama lagi dengan harapan ibu bapa atau nenek mereka.
"Umno perlu terus relevan dengan cita- cita, harapan dan tuntutan mereka," katanya.
Beliau menggariskan beberapa perkara yang menjadi punca kelemahan Umno mulai tahun 1980an sehingga pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Antara kelemahan itu adalah musnahnya demokrasi dalam Umno apabila perlembagaannya dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak bertanding jawatan presiden hendaklah mendapatkan pencalonan sebanyak 30 peratus daripada bahagian Umno, kata Tengku Razaleigh.
Beliau berkata langkah itu bermaksud calon yang ingin bertanding untuk jawatan presiden memerlukan pencalonan daripada 58 bahagian Umno.
"Tujuan kononnya untuk mengelak supaya tidak sebarang anggota parti sesuka hati mengemukakan dirinya sebagai calon presiden atau jawatan lain. Saya tidak fikir anggota Umno yang tahu diri dan berbudaya sesuka hati saja mencabar presiden Umno," katanya.
Tengku Razaleigh berkata bahawa sebelum kuota itu diperkenalkan, Umno pernah mengadakan peraturan iaitu calon perlulah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja dan peraturan itu disifatkan sebagai munasabah.
"Untuk menyelamatkan Umno dan menjadikan parti itu terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan di dalam Umno," katanya. - mks.