Iktibar di Thailand: Kuasa Raja berdaulat jatuhkan pemimpin zalim

Raja-Raja yang berdaulat punya kuasa untuk membela rakyat



ntbn
Sun | Dec 02, 07 | 7:15:42 am MYT

Pemerintahan Thaksin dipenuhi dengan isu dan skandal penyelewengan. Seorang Jutawan telekomunikasi menceburkan diri di dalam politik untuk kemudahan dan kekayaan dirinya. Cuba untuk melahirkan bentuk demokrasi yang mirip seperti demokrasi Malaysia.

Berpolitik sambil berniaga. Hampir 90% ahli politik BN di Malaysia mempunyai perniagaan mereka masing masing dan kerana sikap ini lah maka, lahirlah pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri serta keluarga mereka.

Berikut adalah ciri ciri pemerintahan Thaksin yang mirip sikap pemimpin negara kita.

1. Korup dan menyalahgunakan kuasa
2. Mengerah dan menggunakan pihak berkuasa untuk menekan rakyat
3. Melantik kroni kroni untuk memonopoli perniagaan dan pemerintahan
4. Anak-anaknya menjadi jutawan kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri, rujukan: Skandal anak Thaksin

5. Terlibat dengan pelbagai skandal, rujukan : Skandal Thaksin
6. Menipu di dalam pilihan raya, rujukan : Skandal Pilihan raya

Sepanjang perwajatannya sebagai Perdana Menteri, Thaksin telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa di dalam usaha penghapusan etnik yang berlaku di Selatan Thailand.

Pada 28hb April 2004, berlaku tragedi berdarah Masjid Krisek. Pada 16 November 2005, orang awam penduduk kampung - enam wanita dan tiga kanak-kanak - menjadi mangsa pembunuhan kejam. Selain dari itu berlaku banyak kejadian letupan bom yang mengorbankan bukan sahaja rakyat beragama Islam tetapi juga penganut Buddha.

Kisah paling menyanyat hati adalah tragedi Pembunuhan beramai-ramai 25 hb October 2007 di Tabai, Selatan Thailand. Keganasan tersebut telah dilakukan diatas arahan Thaksin pada bulan Puasa pada tahun tersebut.

Melalui peristiwa itu sahaja, Tindakan Thaksin telah menyebabkan kematian yang banyak. Berikut adalah perangkaan terperinci kematian: - Trak yang bernombor 19338, 21 terbunuh; Trak yang bernombor 19232, 5 terbunuh; Trak yang bernombor 19263, 6 terbunuh;Trak yang bernombor 13164, 23 terbunuh;Trak yang bernombor 531, 5 terbunuh;Trak yang bernombor 5256, 1 terbunuh;trak yang bernombor 530, 6 terbunuh dan 11 mati dalam kenderaan yang tak dapat di kesan nombornya.

Berikutan kekejaman dan huru hara yang berlaku, Raja Thailand telah bertindak merampas kuasa menggunakan kuasa tentera yang berlaku pada, 11 September 2006. Ketika itu Thaksin di dalam jadual berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Dalam sekelip mata Thailand (Bangkok) berada di bawah naungan kuasa tentera, Panglima Tentera Darat, Jeneral Sondhi Boonyaratglin yang mengetuai rampasan kuasa di Thailand memberi amaran, Thaksin Shinawatra akan didakwa atas tuduhan jenayah jika bekas Perdana Menteri itu pulang ke Bangkok. Sehingga kini, Thaksin tidak pulang kerana bimbang akan nasibnya.

Begitulah kisah pemimpin zalim yang korup di Thailand. Mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 2001 dan berakhir pada Sept 2006. Semuanya kerana terlalu tamak dan haloba serta menggunakan kuasa berlebih lebihan sehingga menyebabkan rakyat sengsara.

Ia adalah risiko seorang pemimpin yang melibatkan diri di dalam perniagaan ketika dan sebelum memperolehi kuasa kepimpinan. Berikutan kejatuhan kuasa Thaksin, barisan talibarut talibarutnya turut dilucutkan jawatan.

Namun, kejatuhan Thaksin tidak akan terjadi jika tiada campurtangan dari Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej yang tidak sanggup membiarkan rakyat nya menderita ditekan oleh kuasa politik Demokrasi ciptaan Barat bawaan Thaksin.

Peristiwan tersebut merupakan contoh terbaik kepada semua Raja agar jangan membiarkan pihak yang tidak bertanggung jawab sewenang wenang nya menggunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sehingga menyusahkan rakyat.

Mungkin contoh ini juga boleh dijadikan iktibar kepada pemimpin pemimpin negara lain, kerana sesungguhnya, sabar rakyat ada tempatnya dan perlukah rakyat menanti sehingga terkorbannya banyak nyawa, baru mahu merubah kepimpinan yang ada?

Ciri ciri kepimpinan yang bongkak dan sombong memang sudah ada dimana mana, ciri ciri penyalahgunaan kuasa dan sistem KRONI pun sudah terbukti.

Majoriti? Majoriti boleh dicipta dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan raya dan kuasa media. Maka berjaga jaga kerana sikap sombong pemimpin tidak boleh kekal selamanya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. - ntbn.wordpress