Sunday, December 27, 2015

KISAH 007 DALAM AMANAH PERAK

KESILAPAN KAMI ADALAH KERANA TERLALU BERSANGKA BAIK
26 DISEMBER 2015
Pemuda Amanah Negeri Perak terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap viral berkenaan seorang individu yang menyertai Amanah semalam.
Semalam Pemuda Amanah Negeri Perak telah mengadakan program turun padang ke Dun Changkat Jering. Kami telah menyusun program sepanjang hari bermula malam kelmarin hingga petang semalam.
Kami telah didatangi oleh seorang individu yang dikenali sebgai Zack atau nama sebenarnya Mohd Zakaria. Tanpa diketahui beliau hadir ke Pejabat Amanah Kawasan Bukit Gantang iaitu lokasi kami berkumpul.
Kami 'bermanis mulut' menawarkan beliau menyertai Amanah walaupun kami mengetahui bahawa beliau adalah individu yang sangat aktif dengan PAS. Beliau bersetuju untuk menyertai Amanah dengan alasan-alasan yang beliau luahkan kepada kami pada masa itu. Beliau turut bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada Adun Changkat Jering, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya.
Beliau bersetuju untuk mengisi borang kemudian dan akan berurusan dengan pimpinan Amanah Kawasan Bukit Gantang oleh kerana kekangan masa pada waktu itu disebabkan masing-masing telah diberikan tugas program seterusnya. Tambahan pula, beliau bukanlah asing dengan pimpinan Amanah kawasan.
Zakaria secara pantas terus memberikan khidmatnya kepada Amanah. Beliau membantu kami membeli barangan bantuan dan beliau turut menjadi penunjuk arah rumah yang kami lawati.
Di dalam perjalanan, beliau dengan penuh semangat menceritakan pelbagai perkara termasuklah kekecewangan beliau terhadap PAS hingga membuatkan beliau terdetik untuk menyertai Amanah.
Namun, ketika program sedang berlangsung, kelihatan beliau seolah-olah tidak tentu hala dan bergegas untuk pulang dengan alasan ada perkara yang perlu diselesaikan.
Tidak lama kemudian, kami menerima satu "screenshort" tentang penafian beliau menyertai Amanah. Dalam posting itu, beliau menyangkal dengan nama Allah bahawa beliau menyertai Amanah. Beliau mengatakan ia hanyalah borang kosong.
Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.
Sudah tentu kami sangat terkejut apabila beliau ingin menyertai Amanah, ini kerana kami sedia maklum mengenali beliau 'orang kuat' Ustaz Idris Ahmad dan beliau memang terlibat secara aktif dengan PAS Kawasan Bukit Gantang.
Kami mengakui kesilapan besar kami adalah terlalu bersangka baik kepada beliau. Ini kerana kami meletakkan keyakinan beliau adalah seorang ahli parti Islam yang komited dan melalui tarbiah secara langsung dengan Ustaz Idris iaitu salah seorang pimpinan yang berperanan besar mempelopori tarbiah PAS selama ini.
Apakan daya, sifat berprasangka baik kami ini adalah kesilapan besar dan kini kami dianggap penipu dan menyebar perkara yang palsu. Berita ini juga telah menjadi perbualan hangat di laman sosial dan turut dimuatnaik oleh Ustaz Idris Ahmad sendiri.
Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika beliau ingin 'u-turn' kembali kepada PAS kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan beliau menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Secara logik akalnya, kami yakin semua akan berfikiran matang untuk menilai perkara ini. Amatlah tidak masuk akal kami berbohong atau memaksa kerana beliau sendiri yang hadir kepada kami. Beliau turut memberi respon di dalam group Whatsapp Amanah Bukit Gantang.
Semoga sedikit pencerahan ini dapat menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilontarkan. Kami berlapang dada ditohmah, kami juga berharap kalian berlapang dada untuk mendengar penjelasan kami.
Kami mengharap fitnah ini dapat dihentikan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada ummah secara keseluruhan. Kami mendoakan kebaikan baik untuk saudara Zack, Ustaz Idris Ahmad yang menjadikan posting Zack ini viral dan juga kepada parti AMANAH yang kami cintai.
‪#‎FastabiqulKhairat‬
Belumba-lumbalah melakukan kebaikan
USTAZ MOHD RASHIDI NASHARUDDIN
Pengarah Komunikasi,
Pemuda Amanah Negeri Perak
‪#‎ustaz‬ idris ahmad tak terfikir ke bahawa zack ni bukan budak tadika lagi...tak payah lah perkara sebegini nak menunjukkan kita sebagai hero boleh mengembalikan balik pendirian orang lain...atau ini sebagai perancangan terancang..dan kepada walaunta dalam pas kena malulah sikit..
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers