SOKONG ATAU TIDAK IANYA TELAH DIPUTUSKAN

Kalau dibaca entri dibawah ini setelah polemik ini berjalan sejak sebulan lalu, ianya sememangnya telah di teruskan dan akan diteruskan. Ianya tidak memaksa mana-mana parti atau badan-badan tertentu untuk menyertai atau pun tidak, untuk menyokong atau pun tidak.

Melakukan himpunan ini bukannya untuk kepentingan PKR ,Anwar atau pun orgsmisasi tertentu, akan tetapi himpunan ini ada lah jelas untuk menentang penipuan.Kita sertainya bukan kerana Anwar atau Mat Sabu atau Ambiga menyertainya, atau pun bukan kerana Hj Hadi tidak menyertainya atau Nik Abduh menerima hakikat.

Penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat yang merasakan diri tertipu. kalau pemuda pas merasakan ianya bukan menjadi agenda sehinga membuat sidang akhbar, itu dikira sesuatu yang amat besar untuk dijadikan sebagai agenda pemuda PAS.Terus atau tidak 22 semua rakyat yang merasakan diri tertipu, wajib turn. Tidak ada walla,tidak ada hadia atau surah untuk menyuruh rakyat turun.

 

 

Pemuda PAS sokong himpunan Black 505 diteruskan

Anis Nazri, 15 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan yang menentang dan membantah penyelewengan pilihan raya umum.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap itu.

Nasrudin berkata, sokongan itu dinyatakan kerana pihaknya berpandangan pilihan raya perlu dilaksanakan dengan adil dan telus, tanpa sebarang penyelewengan dan salah laku.

"Kita menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan rakyat jika pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan tanpa salah laku. Kalah menang dalam pertandingan itu kita terima," kata beliau kepada media.

Justeru, beliau menyatakan sokongan kepada himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.

Sementara itu, menyentuh soal larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan pada tarikh tersebut, Nasrudin hanya menyerahkan kepada pihak penganjur.

"Kita serahkan kepada penganjur. Jika mereka meneruskan himpunan aman itu di situ, kita teruskan. Begitu juga jika mereka pinda tarikh atau sebagainya," tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS turut menumpukan perhatian khusus berhubung daftar pemilih dan undi awal bagi persiapan sayap itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, penumpuan itu akan diberikan bersama jawatankuasa postmortem
yang dibentuk Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS yang turut memberi input kepada jawatankuasa postmortem di peringkat pusat.

Sidang media itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

No comments: