ANWAR UMUM BERTANDING DI KULIM-BANDAR BARU


KULIM 27 Julai- Dalam satu ceramah di Bandar Kulim yang di adakan di dewan Kelab Hiburan Cina Kulim dan dihadapan lebih 10,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan. Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan dengan menyatakan bahawa beliau akan bertanding di Kulim sekiranya tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah.


“Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru ini.Terima kasih kepada saudara YB Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” demikian jelas Anwar lagi.

YB Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bnadar baru mempunyai 67.93 % undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.

Anwar juga menjelaskan bahawa jika beliau jadi bertanding di Kulim, pasti mereka (BN) akan menghentam beliau dengan berbagai tuduhan seperti kes liwat, kaki perempuan, dan berbagai lagi tuduhan yang sebenarnya memalukan politik negara demi menghalang beliau dari menjejak kaki ke parlimen.Malah sanggup mengusung tilam untuk memfitnah beliau dahulu.malah berjuta ringgit akan dihabiskan untuk menarik pengundi.Jika diberi duit ambil namun undi adalah untuk Pakatan Rakyat.

“Baru-baru ini saya dipaksa mengisi borang yang mengaitkan saya mangsa rogol,malah dikatakan diarahkan oleh orang atasan.Seluruh badan saya diperiksa dan ini amat memalukan saya,saya menghalang gambar saya dari diambil kerana menjaga maruah saya.Kenapa saya di buat begini adalah kerana saya melawan mereka ”

“Saya dipenjara , saya keluar saya lawan,saya di telanjang,saya pakai baju dan saya lawan,saya di pukul ,saya berubat dan saya balik dan bebas , saya akan lawan habis –habisan”.walau dihina dan diaibkan rakyat bukan bodoh malah kerajaan Arab Saudi menghantar kapal terbang untuk menjemput saya ke Arab Saudi.Yang penting bukan Anwar, tetapi kebajikan rakyat adalah penting.

Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang Melayu . Kerana itu ada usaha memecah belahkan Pakatan Rakyat kononnya PAS-UMNO akan bersatu.



“Sebelum saya ke Kulim saya telah menlefon Ustaz Hj Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Ustaz Hj Hadi memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan.bagi membantu saya di Kulim.Begitu juga dengan Sdr Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” demikian jelas Anwar lagi.



”Saya tidak bermusuh dengan ahli UMNO, tetapi saya menentang pemimpin UMNO kerana mereka khianat kepada orang Melayu,menyapu kontrak dan diberi kepada kroni dan anak pinak”, demikian jelas beliau lagi

Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa rakyat khasnya bangsa Melayu menerima pemimpin yang korup dan menyeru agar mereka menolak dan tidak memilih pemimpin Melayu yang korup , malah banyak pemimpin Melayu yang baik dan kerana itu tidak ada usaha menyatukan rakyat bawahan dimana adanya perasaan syak wasangka antara bangsa Cina ,Melayu dan India.kerena itu pimpinan atasan boleh mengaut kekayaan dan membiarkan rakyat bahwan bermusuh dan tidak bersatu



”Kita telah merdeka selama 50 tahun dan kekayaan negara ini sepatutnya tidak membebankan rakyat dan meningkatkan mutu pendidikan kepada rakyat. Ilmu adalah penting untuk memartabatkan bangsa dan kita mampu meningkatkan kemudahan dan kita mampu melakukannya jika kewangan negara diurus dengan baik .Masaalah kita ialah kerana kita tidak menguruskan kewangan dengan baik. Kekayaan negara sebanyak 10 billion ringgit telah habis di mana dipercayai telah disalahgunakan oleh pimpinan negara” .jelas Anwar lagi.

Beliau juga menjelaskan dan menyebut “Demi Allah” bahawa jika berjaya memerintah, Pakatan Rakyat akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat dan bukan untuk kita(PR) menunjukkan sombong, angkuh dan ganas. Dibawah pemerintah Pakatan Rakyat pemimpin tidak sekali-kali akan merompak kekayaan negara untuk mengenyangkan poket pemimpin sebagaimana yang berlaku pada kerajaan hari ini.




“Saya tidak boleh berjanji untuk menurunkan semua harga barang ,namun saya boleh berjanji untuk menurunkan harga minyak dan melakukan yang terbaik.Malah ada seorang jutawan Arab yang mempunyai kekayaan individu sebanyak 10 billion USD iaitu sebanyak RM34 billion datang bertemu saya menjanjikan pelaburan berbillion ringgit untuk memajukan negara kita ini.Malah beliau menyakan bahawa sekiranya hari ini saya menjejak kaki memerintah negara ini, esoknya beliau akan membawa kekayaan dan pelaburan ke negara kita.Bukan itu sahaja malahan dari Hong Kong,Cina dan juga dari negara teluk ”jelas Anwar lagi.

Namun bagi UMNO mereka berkata saya bermimpi disiang hari. Ini adalah kerana program ekonomi yang di anjurkan kita adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada rakyat negara kita dan tidak ada rasuah dalam menguruskan ekonomi.





No comments: