Monday, October 17, 2016

Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam


Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkanDatuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan
Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
"Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi.
Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim.
"Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?.
"Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya.
Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih.
"Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau.
Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas.
"Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya.
Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan.
"Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama.
"Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat.
"Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk.
Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas.
"Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers