Thursday, October 9, 2014

Agen Yahudi: Nik Abduh anak murid Mahathir?

 OLEH: AMIRULMUKMININ



Nik Abduh menegaskan sekali lagi tuduhannya terdapat konspirasi antarabangsa yang cuba menjatuhkan Presiden PAS Hadi Awang dan memencilkan Majlis Syura Ulama daripada mendominasi parti dan Pakatan Rakyat.

Namun kali ini Nik Abduh menyertakan sekali unsur Yahudi yang menyusup masuk ke dalam parti PAS.

"Sama ada sedar atau tidak sedar itu yang saya tegaskan, ahli PAS mesti mempunyai kesedaran yang tinggi, kadang-kadang kita fikir ini baik, tetapi kita tidak sedar ia dirancang, seperti disebutkan (wujud) gerakan antarabangsa (konspirasi Yahudi) sekiranya dirancang dan diberi sokongan pemikiran seperti ini, jadi ia akan mengubah PAS," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno Utusan

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya mendengar konspirasi Yahudi disebut oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Bagi Mahathir semua yang buruk berlaku dalam negara adalah disebabkan Yahudi walaupun beliau adalah pemimpin yang aktif bekerjasama dengan usahawan dan pemimpin pro Yahudi/Zionis di peringkat antarabangsa.

Mahathir Yahudi

Umum masih ingat tuduhan Mahathir ke atas Anwar sebagai agen Amerika dan di belakangnya konspirasi Yahudi menghuru-harakan kewangan negara untuk menjajah Malaysia. Salah satu alasan menyingkirkan Anwar dari kerajaan pada 1998 adalah kerana Anwar dianggap agen CIA dan agen Yahudi.

Kini Nik Abduh pula menggunakan alasan sama ke atas musuh politik puak UG dalam PAS. Adakah Nik Abduh mahu membina persepsi wujud ancaman Yahudi secara besar-besaran mahu menggulingkan kepimpinan ulama? Dengan kata mudah sesiapa yang mengkritik ulama adalah sama ada diupah atau menjadi penyokong Yahudi.

Nik Abduh AJK PAS Pusat dan dikenali sebagai jurucakap Majlis Syura Ulama. Telah didedahkan oleh beberapa paksi dalam PAS, kumpulan ulama UG sedang cuba mengambil alih kebanyakan kuasa daripada golongan profesional

Konspirasi Yahudi tentu sekali adalah ‘hint’ yang menunding ke arah penglibatan ‘orang-orang’ Anwar Ibrahim dalam PAS sebagaimana plot konspirasi yang dirancang Mahathir bagi menjatuhkan musuh politiknya dalam Umno.

Persoalan yang mengganggu kini adakah benar desas desus puak ulama sedang bersiap sedia untuk memecat sebilangan pemimpin PAS profesional sebagaimana yang diperbincangkan dalam kalangan pemimpin profesional PAS sejak dua bulan kebelakangan ini.

Pergolakan Harakah


Penamatan kontrak editor Harakah Datuk Tarmizi Mohd Jam lewat kontroversi whatsapp beliau yang mengkritik ulama mungkin menjadi petanda awal. Spekulasi kemudiannya menyebut Saari Sungip dan Hansul Baharuddin yang menyokong Dr Wan Azizzah sebagai MB baru Selangor merupakan pemimpin gelombang kedua yang akan dipecat oleh PAS pada 10 Oktober ini.

Tentulah gelombang ketiga jauh lebih besar membariskan nama-nama pemimpin profesional pro PR yang menjawat AJK PAS Pusat.

Apabila tuduhan penyusupan pengaruh Yahudi dibuat maka PAS dengan mudah akan memecat mereka dan mengindoktrinasikan ahli-ahlinya tentang perpecahan yang dirancang Yahudi.

Apatah lagi professional PAS seperti Dr Dzulkifly, Dr Hatta, Datuk Kamarudin Jaafar, Khalid Samad dll sejak sekian lama digelar puak Erdogan, yang bermakna penyokong Anwar di dalam jemaah.

Maka sekiranya mereka diambil tindakan, ahli biasa tidak akan membantah demi mempertahankan parti daripada pengaruh Anwar dan Yahudi. Sekiranya pembersihan ini benar-benar berlaku sedikit masa lagi maka PAS akan bergerak daripada parti yang toleran kepada pelbagai idea kepada parti jumud dan tertutup.

Kultus PAS

Kini, beberapa NGO Cina dan Melayu yang pro PR mula mengeluarkan pendapat PAS telah bertukar daripada parti politik kepada pergerakan kultus yang memuja pemimpin.

Mukatamar ke 60 menyaksikan pengikut PAS begitu ekstrem melindungi ulama mereka. Pada satu tahap Hadi boleh menghina pemimpin PR tetapi satu kritikan pun tidak boleh dilempar ke atas belaiu.

Ini adalah tragedi kepada parti yang berusia lebih 50 tahun. Apabila kewarasan mula tidak diedahkan dan kultus mengambil tempat.

Tiada seorang pun yang tidak boleh dikritik di dunia kecuali para rasul dan nabi. Tetapi dengan budaya baru dalam PAS, para ulama besar mereka juga tidak boleh dikritik.

Panglima perang PAS seperti Tantawi pula kelihatan menerima polisi Isma yang membela Umno. Polisi agama Isma amat jelas, iaitu sekiranya Umno melakukan apa sahaja maka ia tidak salah dalam pandangan Islam termasuk korupsi, menindas, menangkap secara zalim tetapi apa sahaja yang dilakukan PR walau pun mengikut sunnah adalah bercanggah dengan Islam dan wajib ditentang.

Octoberfest misalnya ditentang Isma, tetapi bukankah pada zaman BN memerintah Selangor masyarakat Cina dibenar mengadakan upacara ‘makan besar’ dalam kalangan komuniti mereka? Arak dihidang pada setiap meja dan penganjuran bukan di kawasan tertutup sebaliknya di tapak letak kereta.

Sekiranya polisi Isma diamalkan oleh ulama PAS maka perjuangan politik mereka berakhir. Bukan  sahaja orang Cina tidak akan mengundi parti itu tetapi juga orang Melayu tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak memikirkan kaum lain kecuali Melayu. Malaysia dibina atas persetujuan berbilang bangsa, sekiranya ia mahu ditumpukan ke atas satu bangsa maka kekacauan akan tercetus.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers