NGO desak Khalid ikut arahan parti


Bukan sahaja NGO desak ditebalkan muka nya.?....Syed Hussein nak berjumpa pun tidak dilayan.? Malahan Anwar sendiri pun nak bersembag dengan beliau , tidak di endahkannya.? Ini lah Khalid dalam keadaan sekarang ini.?  ORANG INI TIDAK BERHAK BERADA DI DALAM PARTI JIKA MENGAMALKAN SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH PADA ARAHAN PARTI.????

 
Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah.
khalid ibrahim



PETALING JAYA: Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) menuntut agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela hati untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Pengerusi PRIHATIN Datuk Mat Ghazali Abd Rakim gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana Khalid merupakan anggotanya, serta keputusan parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

“Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Maka berdasarkan keputusan ini  PRIHATIN mengesa agar Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan PR,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Dalam pada masa yang sama, PRIHATIN memohon agar Khalid tidak mengheret rakyat dalam kancah politik dalaman parti politik.

Selain itu amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk mengundi dan memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan.

“Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Khalid menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bila nama beliau dicadangkan oleh PR, seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB.

“Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah,” ujarnya.

Sewajarnya Khalid dengan aman dan rela hati berundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah.

“Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan Khalid sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat.

“PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan individu sebagai MB atau PM,” jelasnya.

Mat Ghazali turut menjelaskan bahawa PRIHATIN berpegang teguh kepada prinsip di mana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan tataetika badan pertubuhan, dimana setiap  NGO, parti politik mempunyai jawatankuasa,  dan keputusan jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli.

“Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan ahli jawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu melihat Khalid mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam seperti MB Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan  Datuk Seri Khir Toyo.

“PRIHATIN juga sependapat dengan keputusan PKR dan PR untuk menukar Khalid kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya isu  air yang berterusan, isu kenaikan caj fee perniagaan yang melambung hingga 500 peratus, isu kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan Kuis, isu kegagalan menyelesaikan ribuan hak milik tanah,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor).


Selain itu, berkenaan isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai, isu kegagalan membina rumah mampu milik yang ditunggu-tunggu rakyat, isu kegagalan membuka peluang pekerjaan kepada anak muda, isu kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan, isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan turut menjadi punca.


“Isu senggaraan dan baik pulih jalan dan longkang, isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi , isu KIDEX, isu kegagalan meningkatkan pendapatan golongan petani dan nelayan,” tambah beliau.




No comments: