Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol


Rencana

Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Sakmongkol

September 25, 2013
Siapa Bumiputera yang Umno maksudkan? Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan daripada Bumiputera bukan Melayu. Melayu Umno didahulukan daripada Melayu bukan Umno. Maka, bila Umno bercakap mengenai Bumiputera dan Melayu - tidak semesti yang dimaksudkan itu, Melayu kebiasaan. Seperti yang saya katakan banyak kali, 4 juta lebih Melayu kali ini tidak menyokong Umno secara keseluruhannya.

Apa boleh kita buat, ini standard pemikiran pemimpin Umno.  Kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. Beberapa minggu sudah berlalu sejak Najib berucap mengisytiharkan pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ia memberi peluang kita meneliti pelan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam pelan itu. Sayang sekali, saya percaya, pelan itu akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Pelan ini suatu retorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengisytiharan.


Apa punca utama ia akan gagal? Sebab prinsip asasnya tidak betul. Prinsipnya ialah habuan/hadiah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang-undang dan peruntukan di bawah undang-undang. The Reward System cannot be legislated or arranged by setting out laws and regulations. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dengan meletakkan sumber pengkayaan secara langsung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan. The Reward System must be based on qualifications- those not academically inclined qualify to get rewards by sheer hard work and diligence; those who are academically and technically competent are rewarded in accordance to their marketed talent.
Saya bukan bercakap mengenai mereka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekurangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada sistem jaringan keselamatan sosial.

Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan mereka perkara  ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu pelan yang penceritaan dan pencanangannya  hebat, tapi pelaksanaannya lemah .

Pelan mengayakan Melayu dan pemilihan Umno

Sekarang ini, apa sahaja kenyataan oleh pemimpin Umno, kita kena lihat dalam konteks pemilihan Umno. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu daripada Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu Umno.

Tiga penyandang bermuafakat dan menyatakan mereka perlu dipilih semula untuk mendokong dan mengembangkan wawasan Najib. Mereka yang lebih layak dan ada kerasian meneruskan wawasan Najib.

Apa dia wawasan Najib?  Yang terbaru ialah pelan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Tidak ada pelan lain yang meminatkan Melayu Umno daripada suatu pelan yang mengayakan mereka.

Kita kena faham bahawa dalam Umno, perjuangan pemimpinnya bukan kerana suatu idealisme atau ideologi. Umno tidak ada ideologi. Perjuangan dalam Umno ialah perlumbaan mendapat kuasa dan kedudukan. Sebab daripada kuasa dan kedudukan, yang dipilih akan dapat memberi naungan dan habuan kepada penyokong. Mukhriz Mahathir misalnya - berkata bahawa kerajaan negerinya tidak akan bantu sekolah Cina sebab Cina menolak MCA. Dia mahu berlaku adil, tapi dia mesti tolong orang yang sokongnya dahulu, kalau ada lebih, baru tolong orang lain. Inilah dia dia quotient kenegarawanan yang ada dalam diri Mukhriz.

Jadi kita tengok, semua orang berlumba-lumba menunjukkan mereka lebih Melayu berbanding Melayu lain. Isa Samad, Ali Rustam semua menunjukkan kemelayuan mereka.  Kerana itu, orang Melayu bila dengar omongan Najib tentu gembira. Suka hati kerana Najib buat banyak langkah untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu. Inilah peluang mengayakan diri dan memaksa pelaksanaan, pemberian lesen, monopoli dan keistimewaan lain atas nama mendepankan kepentingan ekonomi bangsa Melayu. – sakmongkol.blogspot.com, 25 September, 2013.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments: