SOLAT HAJAT AKAN DI ADAKAN DI YAYASAN AMAN PENANTI YANG AKAN DI IMAMKAN OLEH USTZ HJ MOHD SOBRI ARSHAD. SEMUA DI JEMPUT HADIR
MASA; 8.00 MALAM
TEMPAT: YAYASAN AMAN
TARIKH 6 OGOS 2008
Anwar: I'll be charged tomorrow
Aug 6, 08 12:12pm
Anwar to be charged tomorrow for sodomy
23 ke 29 MUNGKIN TARIKH PENTING
Mungkin antara 23 ke 29 tarikh penting pilihanraya Permatang Pauh.Mungkin juga namun ini ramalan yang hanya untuk PKR bersiap sedia menghadapainya.dalam ramalan-ramalan pilihanraya siapakah antara calon paling terkenal untuk UMNO ?
1.Ezam-mudah untuk dijatuhkan kerana masayarakat Prmatang Pauh kenal siapa Ezam.
2.Calon lain ialah Dato Jalil
3.Anwar Saari mungkin juga akan bertanding ,mungkin juga sebagai calon bebas.
Umno tercari-cari calon lawan Anwar Muda Mohd Noor
UMNO KETANDUSAN PEMIMPIN BAHAGIAN
Memang UMNo ketandusan pimpinan bahagian.Ini adalah kerana sikap dan perananUMNO sendiri yang dianggap sebagai kacang lupakan kulit.Kalau boleh letak sahaja ketua pemuda UMNO Permatang Pauh. mungkin juga boleh menarik ipinan dari luar kerana ramai yang mengkritik Anwar di dalam akhbar kononnya beliau takut di kawasan lain dan hanya berani di Permatang Pauh.
Maka antara calon yang dianggap sesuai setelah UMNO Permatang Pauh gagal ialah
1.Hishamuddin Hussein
2.Syed Hamid yang popular dengan banyak komen
3. Khairi Jamaluddin-Menantu PM
4. Nazri Aziz
5.Noh Omar-gentleman sindrom
Mungkin mereka boleh meletak jawatan kerana menunjukkan gentleman di tempat lawan????
Apa kata kalau Anwar di tahan???
Rakyat Permatang Pauh akan membawa poster Anwar merata tempat,dan simpatisme akan bertambah mungkin dari ahli UMNO sendiri.Barangkali juga kerana semakin hangat berita penangkapan beliau dan nampaknya BN/UMNO akan dibenci seumur hidup dan dianggap dayus kepada Anwar.Malah populariti UMNO makin kusut.Percayalah dengan keadaan sekarang ini UMNO tidak boleh lagi mendabik dada kerana peranan mereka kini terletak di tangan parti PAS.malah PAS sendiri dianggap sebagai parti yang membela kaum Melayu berbanding UMNO.
EMPANGAN MENGKUANG PERLU DI PERBESARKAN.
KERAJAAN PUSAT CUBA "MENDERA" RAKYAT PULAU PINANG
Permatang Pauh 3 HB- Lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan YB Lim Guan Eng ke Empangan Mengkuang bersama Pengurus besar PBA Pulau Pinang , Sdr Jasmin Maidin Syah dan juga ADUN Permatang Pasir YB Hamdan Abdul Rahman, PAS Permatang Pasir serta Exco kerajaan negeri merangkap Exco Pengguna Pulau Pinang YB Abul Malik ,Ahli Parlimen bukit Mertajam YB Chong Eng,ADUN Padang Lallang YB Chong Eng adalah bertujuan meninjau projek yang sepatutnya mendapat kelulusan dan diteruskan oleh kerajaan pusat, kini telah ditangguhkan pembinaannnya.
Ini adalah kerana dengan pendedahan betapa rancangan pembesaran empangan Mengkuang ini yang menjadi nadi sumber utama bekalan air utama kepada membekalkan air di Pulau Pinang dan Seberang Perai telah ditangguhkan pembinaaanya.Empangan mengkuang yang terletak di bawah parlimen Permatang Pauh adalah antara empangan yang terbesar di Pulau Pinang yang siap dibina pada tahun 1985 adalah empangan yang paling besar di Pulau Pinang dengan kapasiti 23.6 billion liter air ini seharusnya dibesarkan mengikut rancangan Malaysia ke 8 dan kini rancangan Malaysia ke 9 seharusnyalah memulakan pembinaannya pada tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2012 agar masalah perbekalan airnya mencukupi sehingga tahun 2024.
Pembesaran Empangan ini yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan ke 9 seharusnya telah memulakannya proses pembesarannya kerana semua tanah milik penduduk yang berdekatan telah disukat dan dikenalpasti, tetapi sehingga penggumuman yang dibuat kerajaan Pusat untuk menangguhkan pebinaannnya sehingga tarikh yang tidak pasti menggusarkan kerajaan negeri.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBA Pulau Pinang pembesaran ini dalah perlu kerana mengikut kajian Lembaga Penduduk Pulau Pinang , pertambahan penduduk akan bertambah dalm masa 10 tahun akan datang iaitu dari 1.52 juta penduduk pada tahun 2007 kepada 2.06 juta penduduk pada tahun 2020 berdasarkan kepada peningkatan purata tahunan jumlah kelahiran dan pertambahan penduduk dengan kadar 2.36% setahun.
Status : Empangan Mengkuang Isi padu (billion liter)
Isipadu sekarang /Existing 23.6
Pertambahan /Expansion 86.4
Perbezaan /Difference 62.8
Empangan Mengkuang akan membolehkan simpanan meningkat kepada 3.7 kali jika di lakukan pembesaran
Perkara utama dalam pembesaran empangan mengkuang ini ialah:
Meningkatkan ketinggian sebanyak 11 meter(iaitu dari 31 meter kepada 42 meter)
Membina dengan menyambungkan empangan yang sedia ada dengan membina empangan yang baru menyambungkan empangan lama yang dipanggil empangan mengkuang 2
Membina dan mengadakan sistem stesen pam yang baru
Ini adalah projek yang paling mustahak untuk keperluan penduduk Pulau Pinang
“ Kerajaan negeri memandang serius penangguhan projek pembesaran Empangan Mengkuang ini yang mana ianya merupakan salah satu projek yang diluluskan oleh Dewan undangan negeri Pulau Pinang dan mengharapkan kerajaan Persekutuan meneruskan projek ini. Ini adalah kerana ,semua penduduk Pulau Pinang adalah pembayar cukai, dan empangan Mengkuang ini terletak di kawasan parlimen Permatang Pauh,maka kerana itu saya rasakan kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab kerana menangguhkannya” jelas YB Lim Guan Eng lagi.
Projek ini harus dilaksanakan tahun ini atau awal tahun depan untuk menampung keperluan penduduk .Ianya harus di mulakan pada tahun hadapan atau siap pada tahun 2012, jika tidak bekalan air Pulau Pinang akan terjejas dan tidak mencukupi sehingga 2024 nanti.Malah akan meningkat lagi jumlah pebelanjaan pembinaannya dimana pada asalnya jumlahnya ialah sebanyak 950 juta, namun dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang pembinaan(simen dan besi) kosnya semakin meningkat iaitu sebanyak RM 1.1 billion.
Projek ini sebenarnya adalah pinjaman penuh daripada kerajaan Pusat dibawah rancangan Malaysia ke 9 dimana tanah-tanah yang telah dikenal pasti iaitu sebanyak 190 plot yang bernilai RM172 juta ringgit.Sehingga kini sejumlah 32 lots dengan jumlah 105 ekar telah dikenalpasti dengan nilai harga tanahnya berjumlah RM35 juta .Sementara itu dengan menambahkan 158 lot lagi, iaitu menjadikan jumlah 488.5 ekar adalah jumlah yang sepatutnya bagi pembinaan empangan baru dimana sejumlah RM137 juta adalah dari bantuan pinjaman dari kerajaan pusat.
Menurut YB Lim lagi, “saya tegaskan bahawa ini adalah projek rakyat ,kerajaan menegaskan ianya mengutamakan projek bekalan makanan , namun air adalah penting dalam kehidupan kita.Mungkin kita boleh berpuasa , namun kita memerlukan air dari makanan jika keadaan darurat, dan ini adalah keperluan asas dan kita merayu kerajaan pusat agar meneruskan, dan jika tidak akan disiapkan kita akan menghadapi bekalan air yang tidak mencukupi dan empangan yang besar adalah untuk menyimpan air,”
Menurut pengurus besar PBA En Jasni Amin Shah, “Pembesaran ini memberi impak yang besar kerana sewaktu berlakunya banjir diselatan Kedah empangan Mengkuang ini akan mengepam air yang berlebihan dan akan simpan didalam empangan Mengkuang ini.Ini memberi keuntungan kerana air yang berlebihan di alirkan ke laut. Sistem pam ini dilakukan pada musim hujan dan kita akan meminimakan banjir di SPU dan selatan Kedah. Pulau Pinang mengalami musim kemarau dari bulan Januari ke bulan Mei, jadi jika ini berlaku simpanan air akan mencukupi untuk keperluan penduduk”, demikian jelas En Jasni lagi.
Menurut YB Lim lagi, adakah kerana penangguhan projek ini adalah kerana ianya mungkin didalam kawasan Wan Azizah, yang kini di tandingi oleh Dato Seri Anwar dan mungkin dalam dua tahun lagi apabila Pak lah melepaskan jawatan dan pulang ke Pulau Pinang, apakah beliau akan sanggup menghadapi masaalah bekalan air” demikian jelas Ketua menteri lagi.
UMNO SIBUK SEKARANG
• Shahrir terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan
• Kemaruk kuasa’ di Kota Tinggi – Syed Hamid
RAKYAT MALAYSIA SILA KOMEN.BETUL ATAU TIDAK NAK TOLONG MELAYU
• Kemaruk kuasa’ di Kota Tinggi – Syed Hamid
RAKYAT MALAYSIA SILA KOMEN.BETUL ATAU TIDAK NAK TOLONG MELAYU
SEDIKIT GAMBAR-GAMBAR CERAMAH YANG DIAMBIL DI SEBERANG JAYA.
TEAM BLOGGER TIDAK DAPAT MASUK AKIBAT TERLALU RAMAI SELEPAS DSAI MERASMIKAN BILIK GERAKAN PEMUDA AMK
PENGGUMUMAN:
CERAMAH UMUM
KEBENARAN DAN KEADILAN
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAL(KETUA PENERANGAN PKR DAN MP BACHOK)
YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN(TKM PULAU PINANG)
JAM :9 MALAM
TEMPAT: PADANG MENGKUANG TITI
TARIKH: 7 OGOS 2008
ANWAR RASMI BILIK GERAKAN AMK
ANWAR RASMI BILIK GERAKAN AMK
Dato Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan dan merasmikan bilik gerakan AMK Permatang Pauh yang terletak berhampiran dengan pekan Permatang Pauh semalam.Turut hadir ialah Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar ,naib ketua AMK pusat Sdr Khairul Anwar (Jonah) ,para Exco-Exco pemuda dan juga pemuda bahagian.
Turut hadir ialah Pressiden PKR Datuk Seri Wan Azizizah dan puteri,serta calon PKR Permatang Pauh merangkap penasihat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis yang bermula sekitar jam 9 malam itu mendapat sambutan dan sokongan padu kepada kepulangan anak tempatan untuk bertanding.

Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan AMK Sdr Jonah dimana beliau mengajak para pemuda agar bersatu dan memberi tumpuan agar serangan UMNO yang sedang menggila pada masa kini ditepis dan adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan supaya isu yang berkaitan dengan permasaalahan rakyat tidak diberi perhatian, dan pilihanraya kecil ini tidak diberi laporan.

Sementara itu ketua AMK pusat Sdr Shamsul Iskandar pula mengulas betapa sokongan kepada DSAI dan kemenangannya akan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk beliau melangkah ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.
“Namun dalam kesibukan kita berkempen kita harus berhati-hati, kita tidak mahu ada permainan kotor dalam pilihanraya ini. Jika ada permainan kotor atau pengundi hantu, saya melantik saudara dan tuan-tuan agar menjadi “Ghost buster” “penangkap hantu.Kita cabar SPR menjadikan Permatang Pauh sebagai asas bagi menggunakan dakwat kekal dalam undi ”
Sdr Shamsul juga mengulas mengenai loporan yang dibuat oleh pihak hospital PUSRAWI dimana beliau merasakan bahawa apa yang berlaku kepada kes Linggam seakan-akan sama dengan apa yang berlaku kini.
“laporan yang dibuat dikatakan sebagai laporan palsu. Apabila ditanya kepada pengarah hospital perubatan PUSRAWI, sama sahaja nadanya macam kes Lingggam nampak macam laporan dari pihak hospital kami, tetapi bukan laporan yang kami punya.Malah saya mendapat maklumat bahawa kemungkinan DSAI akan ditangkap sebelum pilihanraya ini berjalan.Walau DSAI ditangkap , saya menyeru kepada semua supaya jika sekali pun DSAI ditangkap, kita akan tetap menyokong beliau.Malah laporan yang ada pada peguam negara belum dibaca , maknanya orang ramai rakyat Malaysia akan memperlekeh UMNO/BN malah rakyat akan membuka mata jika Anwar Ibrahim ditangkap , jangan main macam budak-budak ”demikian jelas Sdr Shamsul lagi.

Sementara itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang berucap selepas itu menyeru semua yang ada di pekan Sama Gagah dan seluruh Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia berpakat untuk menyokong Sdr Anwar. Datuk Seri Wan Azizah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan rakyat keatas beliau selama menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama ini.
“kita mesti sokong Dato Seri Anwar Ibrahim supaya beliau berjaya melangkah ke Putrajaya dan perjuangan harus diteruskan dan kita sama-sama membantu beliau untuk semua rakyat Malaysia” demikian ucapan ringkas beliau untuk memberi laluan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memulakan ucapan beliau dengan mengajak rakyat agar bersatu, kerana negara ini adalah negara rakyat dan sebagai negara rakyat, maka kita harus bersatu

“Negara ini bukan negara UMNO/BN punya ini adalah negara kita, negara rakyat.Saya ingin masuk ke Parlimen kerana apabila saya cakap di luar ramai yang tak dengar,malam ini(semalam) saya akan menyentuh bab ekonomi kerana BN kata saya cakap kosong”
Anwar seterusnya menjelaskan betapa sokongan kepada BN selama ini tidak juga dapat membantu rakyat. Bagaimana mungkin BN/UMNO bercakap untuk membantu rakyat dan orang Melayu.
"Ini soal rakyat, kita nak tentu macamana negeri ini boleh maju dan rakyat maju .Ini bukan soal Anwar.Dia(BN) mau hukum orang Melayu, kerana kempen mereka(BN) menyatakan orang Cina dan India sudah naik tocang .Saya punya kempen dan setiap kempen saya semua kaum datang, Melayu ,Cina dan India hadir. Saya orang Melayu, saya tak boleh tinggai Melayu, kita mahukan kerjasama kaum antara Melayu ,Cina dan India , saya mahu Melayu faham, dan kaum-kaum lain juga faham.Melayu senang ,Cina senang dan India pun senang. Jika dulu semua sokong BN maka kerana itu, masa susah BN minta tolong Melayu, masa senang dia hentam Melayu”, kata Anwar lagi.

Anwar juga menjelaskan bagaimana dalam kempen-kempen BN sekarang ini mereka nyatakan bahawa mereka (UMNO )mahu orang Melayu dijaga, namun bagi saja bukan sahaja kaum Melayu dijaga dan agama dipelihara,malahan saya mahu orang Melayu kuat(maju) dan juga agama dipelihara dan orang Cina dan India juga diberi bantuan dalam bidang perniagaan dan lain-lain yang sepatutnya.
“UMNO kata Malaysia mesti jaga kaum Melayu, tetapi saya kata Melayu mesti mau kuat depa kata ekonomi kukuh, kukuh bagaimana sehingga .ekonomi pelabur tak mau datang, orang Cina mau berniaga, untung banyak kita cukai siki.kita tak boleh tipu masa mau bayar cukai, ini untuk negara Ini kita kena ubah kerajaan supaya ekonomi kita lebih baik” demikian tegas Anwar lagi.
Anwar juga menjelaskan bahawa kempen mereka sekarang ialah mempersoalkan kenapa orang Permatang Pauh mahu menyokong Anwar kerana dulunya menyokong Wan Aziziah, malah kalau beliau bertanding di tempat lain pun mereka akan gaduh .

“Mereka kata saya takut mau lawan tempat lain Apa lagi yang mereka mau buat kepada saya, saya sudah merengkok dalam penjara, keluar penjara saya lawan, seluar semua sudah londeh periksa semua depan belakang, dan kini saya tak buat apa pun mereka mahu hentam saya “,
Dato Seri Anwar seterusnya menegaskan kepada rakyat bahawa jika ingin memilih ketua, pilihlah ketua yang baik .malah menjelaskan pada setiap kali pilihanraya kecil akan berlaku perubahan.misalnya di Ijok, dimana secara berjenaka beliau berkata 40 traktor semasa di Ijok di Permatang Pauh 100 traktor akan dihantar.

“Kenapa mereka mahu membawa ekonomi dan kemajuan semasa piliharaya?orang Permatang Pauh sudah bijak,mereka dah pandai berpolik dan matang dalam memilih pemimpin. Orang Melayu, Cina , India mau angkat ketua mesti pilih yg baik Ijok 40 traktor ,Permatang Pauh 100 traktor.mau makan pergi makan di markas UMNO/BN mau kerja datang markas Keadilan’, demikain jelas Anwar secara berjenaka”
Beliau seterusnya merasmikan pembukaan Bilik Gerakan Pemuda PKR…..

PAKATAN RAKYAT SOKONG ANWAR DI PERMATANG PAUH
PAKATAN RAKYAT SETUJU SOKONG ANWAR DI PERMATANG PAUH. JENTERA SUDAH BERSEDIA
TEMURAMAH JAM 930 PAGI DI AMPANGAN MENGKUANG. 3/8/08
Temuramah khas bersama YB Chong Eng Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam merangkap Timbalan Setiausaha Agong DAP Pusat dan juga Ketua Wanita DAP Pusat .
SK: Berhubung dengan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dan Pakatan Rakyat di parlimen Permatang Pauh, apakah pandangan DAP?
YB CHONG ENG: DAP akan memberi sokongan kepada PKR dan Dato Seri Anwar Ibrahim , dan DAP hendak kan beliau menang dan berhubung dengan tsunami politik pada 8 hb yang lepas, dan perubahan ini haruslah berterusan dan perubahan ke dua ini kita(DAP) mengharapkan perubahan yang lebih besar di peringkat Kebangsaan.
SK: Apa pandangan YB berhubung tindakan YB Datuk Seri Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.?
YB CHONG ENG : Beliau telah bertindak dengan sewajarnya. Dulu pun semasa Dato Seri Anwar Ibrahim yang pada waktu itu ,semasa penahanan beliau pada tahun 1998, Datuk Seri Wan Azizah telah “terpaksa”melibatkan diri dalam politik menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Datuk Seri Wan Azizah juga pernah menjelaskan bahawa jika DSAI bebas bertanding, maka beliau akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan kini masanya telah tiba untuk DSAI mengambil alih tempat beliau sendiri setelah bebas untuk bertanding.Saya rasa beliau bertindak untuk mengikut janjinya..
SK: Apa pandangan DAP dan persediaaan DAP bagi membantu dalam pilihanraya Permatang Pauh ini?
YB Chong Eng: DAP sentiasa tahu bahawa akan ada satu pilihanraya kecil, dan selepas perletakkan jawatan DSWA , DAP telah megadakan satu mesyuarat perhubungan peringkat pusat dan Setiausaha Agong DAP dan semua wakil rakyat Seberang Perai dan Pulau Pinang malah YB Lim Kit Siang telah mengarahkan semua pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat. DAP akan membantu dalam pilihanraya ini.

TEMURAMAH KHAS DENGAN PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI PULAU PINANG.EN MUSTAFFA KAMAL ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN PANGGILAN PAK MUS
TEMURAMAH KHAS DI PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI JAM 240 PETANG 03/08/08
SK: Pak Mus sebagai pengarah pilihanraya negeri apakah pandangan tentang pilihanraya kecil ini dan kerjasama, terutamanya sokongan dari komponen Pakatan Rakyat.
PAK MUS: Pilihanraya ini melibatkan seorang tokoh besar di Malaysia dan luar negara , dan sudah tentunya menjadi perhatian didalam dan luar negara .Sehingga kini, PKR dan pejabat pilihanraya negeri telah bersiap sedia hampir 100% untuk mengekalkan jentera, persiapan,pengangkutan,strategik, pemuda, wanitanya semuanya sudah sedia. Ini adalah untuk menjamin kemenangan Permatang Pauh di tangan PKR khasnya dan PR umumnya.Persediaan dan sokongan dari parti komponen DAP dan PAS yang turut memberi komitmen yang tinggi dalam membantu kemenangan Dato Seri Anwar Ibrahim dan pihak pejabat pilihanraya negeri juga seringkali bermesyuarat dengan komponen parti dalam Pakatan Rakyat.
SK:Sehingga kini bagaimanakah persediaan jentera pilihanraya Permatang Pauh dan juga jentera pilihanraya AMK Keadilan di Permatang Pauh.
PAK MUS:Jentera pilihanraya Permatang Pauh dan AMK Pemuda Permatang Pauh kini bergerak dengan lebih baik dan maju kehadapan lagi dari pilihanraya yang terdahulu kerana AMK Permatang Pauh dan wanita mempunyai bilik gerakan sendiri ,untuk membolehkan jentera pilihanraya dari luar kawasan bergerak ,.Jika dibuat perbandingan dengan pilihanraya lepas, AMK bahagian tidak mempunyai pejabat atau bilik gerakan khas . tujuan utama ialah untuk memudahkan susunan dan pergerakan serta mobilasi semasa pilihanraya.Jadi ini satu perkembangan yang cukup baik, dan saya rasa ini adalah satu persediaaan awal yang dibuat malah telah beroperasi sejak 3 Ogos lagi.

Permatang Pauh mempunyai 28 daerah mengundi dan setiap pusat kita mempunyai bilik gerakan bagi menjalankan operasi gerakan pilihanraya, dimana pusat bilik gerakan induk berpusat dari Yayasan Aman
SK:Bagaimana pula kerjasama wanita PKR bahagian Permatang Pauh dengan muslimat PAS bahagian Permatang Pauh serta komponen PR khasnya DAP.
PAK MUS: Nampaknya sehingga kini , kita telah bersedia dan telah beberapa kali bermesyuarat Cuma apa yang hendak dilakukan kini ialah memperkemaskan lagi jentera ini khasnya untuk menarik pengundi wanita.
SK: Bagaimana pula dengan harapan dan peluang untuk PKR mengekalkan kerusi Pematang Pauh ini?dan apakah kesannya jika meletakkan Sdr Ezam.
PAK MUS: Kita tidak mengambil mudah siapa pun lawan kita, calon mana yang akan di letak oleh BN khasnya UMNO di Permatang Pauh ni.Tentang persiapan kita, (PKR) telah bersedia dan siapa pun lawan kita, kita tetap membuat persiapan yang cukup rapi dalam pilihanraya kecil ini.
TEMURAMAH KHAS DENGAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI DATO ZAHARAIN BIN HASHIM
TEMURAMAH DI PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI JAM 315 PETANG 03/08/08
SK: Sebagai pengerusi perhubungan negeri,Apakah perasaan Dato menjadi tuan rumah dan tumpuan dari dalam dan luar negara berhubung dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Dato Zaharain Hashim; Terima kasih kerana SK sudi untuk menemuramah saya, dan sebenarnya kita telah menjangkakan pilihanraya ini akan berlangsung di Permatang Pauh kerana Kak Wan(Datuk Seri Wan Azizah) sendiri pernah melahirkan hasrat beliau iaitu jika DSAI bebas, beliau akan memberi laluan kepada suaminya. Bagi PKR negeri kita mengambil tanggungjawab besar ini sebagai satu yang cukup penting dan bermakna kerana ianya menjadi perhatian bukan sahaja di dalam negara malahan di mata dunia. Maka kerana itu satu sistem yang kemas,kerjasama yang mantap.adalah diperlukan bagi menggambarkan bahawa kekuatan sebenar yang sememangnya telah wujud di Permatang Pauh ini di perkukuhkan lagi dan kita mengharapkan kejayaan ini akan terus bertahan dan kita optimis ianya bertahan.InsyaAllah.
SK: Sehingga kini bagaimanakah dengan persiapan menerima kehadiran jentera dari badan-badan perhubungan dari negeri lain .
Dato Zaharain Hashim: Persediaaan kita telah atur, dimana kita telah membincangkan dimana dan bagaimana penempatan para penyokong dari badan-badan perhubungan dari negeri-negeri lain, dan ini hampir selesai penyusunannya. Cuma apa yang sedang kita aturkan ialah membahagikan kawasan tertentu bagi setiap negeri yang menghantar jentera pilihanraya ini bagi membantu menguatkan lagi jentera pilihanraya kita.Saya kira penduduk Permatang Pauh sendiri sudah matang berpolitik dan ini bukan kali pertama menghadapi pilihanraya ..malah Dato Seri Anwar sendiri juga bukan orang luar.Beliau bertanding di kawasan beliau sendiri.
SK: Pada pandangan Dato sendiri , adakah pilihanraya ini akan Berjalan dengan telus, adakah PKR menjangkakan sesuatu yang diluar jangkaan.
Dato Zaharain: Pada pandangan saya , pilihanraya ini seharusnya berjalan dengan telus dan kita berharap ianya akan menjadi pilihanraya yang bersih.Kemenangan itu memang kita harapkan dan dengan persiapan seluruh jentera dan kematangan politik pengundi Permatang Pauh sendiri yang mengundi, saya kira kemenangan itu boleh menjadi hak kita.Walau bagaimanapun kita tidak mahu terlalu bongkak dan yakin ,yang penting maklumat, persiapan kemas dan rapi, susun atur gerakerja,mobilasi pengangkutan jentera pilihanraya semuanya haruslah digembeling agar kemenangan yang bersejarah ini akan menjadi seusatu yang cukup manis bagi penduduk Permatang Pauh dan rakyat Pulau Pinang sendiri serta kita dapat melangkah ke Putrajaya mengikut jadual yang di tetapkan.
TEMURAMAH KHAS DENGAN YB HAMDAN ABDUL RAHMAN.ADUN PAS PERMATANG PASIR
TEMPAT PEJABAR KEADILAN NEGERI JAM 400 PETANG
03/08/08
SK: Bagaimana kerjasaman PAS dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh
YB HAMDAN: Kerjasama kita tidak berbelah bahagi kerana ADUN Permatang Pasir adalah salah satu dari bahagian Permatang Pauh.jadi soal kejasama ini adalah menjadi misi utama jentera PAS.Begitu juga di pihak pusat apabila Presiden sendiri mengarahkan kerjasama maksimum untuk membantu jentera di Permatang Pauh.
SK: Bagaimana pula sokongan dari PAS pusat?
YB HAMDAN: Kerjasama PAS pusat memang telah ada, dan sekarang saya telah diarahkan untuk mendapatkan beberapa buah rumah bagi kegunaan jentera wanita PAS Pusat dan juga jentera kempen PAS Pusat.Sehingga kini saya telah mendapatkan beberapa buah rumah untuk kegunaan pihak PAS untuk berkempen di Permatang Pauh.
EZAM DIJANGKA HILANG WANG PERTARUHAN
PERMATANG PAUH-2 OGOS..jika menjadi kenyataan raja sesumpah Ezam akan menjadi ahli UMNO pertama di Permatang Pauh mendapat undi dan hilang wang pertaruhan.caranya mudah sahaja ialah pertamanya dengan :
1. Memperdengarkan semula ceramah beliau ketika berkempen dahulu
2. Sumpah seranah beliau dan janji beliau memaki hamun UMNO dan juga janji beliau untuk tidak memasuki UMNO.
Dua perkara ini tidak termasuk lain-lain strategi untuk menghalang beliau dapat digunakan bagi membuktikan beliau bakal menerima kekalahan yang mengaibkan.

DUA SAHABAT EZAM BERCERAMAH
CHEROK TOK KUN 1 OGOS-Satu crri ceramah yang didakan sempena kempen pilhanraya kecil Permatang Pauh kini telah diatur.Penceramah pertama ialah YB Ong Kim Woon dimana beliau mempersoalkan tindakan kerajaan Psat yang mendiskriminasikan beberapa projek kerajaan negeri.terutamanya projek kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Beliau juga mempersoalkan kenapa menteri kewangan kedua iaitu Mohd Nor Yaakub masih gagal untk mengawal harga bang yang selalunya sentiasa naik dantidak ada tanda-anda akantrin.
Penceramah kedua pula ialah Sdr Zulkifli Ibrahim seorang mahasisiwa yang terpaksa berhenti belajar setengah jalan kerana memperjuangkan reformasi dimana Sdr Zulkifli ini adalah antara beberapa individu yang ditahan pihak berkuasa malah bersama-sama Tian Chua menghalang kenderaaan FRU sewaktu era reformasi dulu.
Beliau yang akan turun dan berjanji untuk menangkis serangan Ezam, berjanji akan mengikut Ezam walau kemana Ezam pergi di Permatang Pauh kerana beliau percaya Ezam yang kini dimakan sumpah beliau merupakan raja sesumpah paling terkenal kini.
“Apa yang Ezam tidak kata kepada UMNO, apa yang Ezam tidak maki hamun UMNO, Kini beliau kembali kepada UMNO dan memperlawa diri untuk bertanding”,
Demikian jelas saudara Zulkifli lagi.
Sementara itu YB Raveen seorang pengamal perundangan menarik perhatian para penceramah dengan menyatakan bahawa jika DNA dinasour yang berusia ribuan tahun masih lagi digunakan mana mungkin jika DNA yang baru berusia 10tahun sudah tidak boleh digunakan.janganlah memperbodohkan rakyat kerana kini rakyat telah tahu hakikat yang sebenarnya.
“ Jika kali pertama Saiful mengaku dipaksa , kali kedua dipaksa dan kali ke tiga juga di paksa sehingga kali kesembilan dalam sebulan saya kira ini sudah luar dari tuduhan malahan inilah rekaan yang paling hebat kini.Jika hakim yang mengendalikan kes ini bijaksana sudah tentu kes ini dibuang dan beliau percaya sistem kehakiman akan jujur jika tidak masyarakat antarabangsa akan hilang keyakinan kepada seluruh sistem yang ada di Malaysia” demikian jelas YB Raven lagi.
persembahan kompang berirama dari kanak-kanak sek agama semasa rehat 10 minit
Beliau juga berkata bahawa para YB –YB pernah di panggil oleh DSAI denga para penceramah dari luar negara dengan memberikan pendedahan dan kursus bagaimana menunaikan 5 janji kepada rakyat.”kami dipangil ke Kuala Lumpur untuk mendengar ceramah dari para penceramah dari luar negara dan diberi taklimat bagaimana untuk menunaikan 5 janji kepada rakyat. Maka kerana itu saya percaya apa yang diberikan kepada kami para ahli yang berhormat adalah untuk menunaikan janji kepada rakyat. Mana mungkin jika DSAI akan memungkiri janji beliau kepada rakyat terbanyak dan saya percaya janji-janji beliau akan beliau tunaikan” , demikian jelas YB Raveen.
Saya pernah dipanggil DSAI kerana saya mewakili pengundi majoriti kaum Melayu di Batu Uban, malah saya juga tahu akan kebenaran hakikat kebenaran maka kerana itu DSAI menyatakan kepada saya bahawa saya harus membela kaum Melayu tanpa meminggirkan kaum lain dan tanggungjawab kepada pemerintahan reformasi.saya kaum India, saya mewakili kaum Melayu dan kaum-kaum yang lain.
Sementara itu Ckgu Bard pula memulakan ucapan dengan laungan reformasi kerana menurut beliau ada maklumat bahawa kemungkinan pencabar DSAI ialah Ezam.Beliau memulakan dengan menegaskan bahawa PKR tidak sekali-kali akan membiarkan sesumpah bertapak di Permatang Pauh.
“UMNO mengharapkan agar Melayu,Cina ,India berparang ..kita bukan berperang bukan tujuan untuk mendapatkan kuasa bagi membalun harta negara.UMNO juga berperang bukan kerana untuk membela Melayu,MCA berperang bukan untuk kaum Cina,MIC dah lenyap…Kita (PKR) berperang untuk membela nasib rakyat”.beliau seterusnya mempersoalkan kepada hadirin
“Ada mesyuarat UMNO bergaduh untuk membincangkan nasib rakyat? Adakah UMNO bermesyuarat untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat ?demikian tanya beliau kepada rakyat..mereka bertempur kerana kuasa.” Demikian jelas Cikgu Bard lagi.
Ada juga segolongan manusia yang mempersoalkan apa yang dibuat oleh Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Malah semasa memangku jawatan Perdana Menteri diketika Mahathir berada di luar negara.
“Anwar telah meminda sistem pencegahan rasuah dimana sesiapa antara ahli politik dan pihak berkuasa yang setelah meninggalkan jawatan jika masih lagi bersabit dengan rasuah boleh disiaat oleh pihak BPR,Ada ahli UMNO pada masa tersebut yang berasa terancam telah berjumpa Mahathir yang ketika itu bercuti 3 bulan, memberitahu akan apa yang dibuat oleh Anwar , Maharthir lantas balik dan seterusnya akta tersebut di gantung” .
Kini ulang tayang kes yang sedang dibicarakan adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat. “Ada sesumpah yang baru masuk UMNO menyatakan bahawa rakyat patut menyokong Pak Lah kerana melakukan pembahruan,kononnya namun apa yang dibuat adalah untuk melanjutkan khidmat Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi suruhanjaya Pilahanraya kerana memenangkan beliau pada tahun 2004”
Beliau seterusnya menceritakan kes penangkapan DSAI dan juga peristiwa lama yang di ubahsuaikan semula bagi mengalih perhatian rakyat kerana masa hamper tiba bagi rakyat Malaysia menyokong pakatan rakyat dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional..
GAMBAR-GAMBAR CERAMAH DI TO' KUN
ADUN BUKIT TENGAH PKR-ONG CHIN WOON
SDR ZULKIFLI OTHMAN
ADUN TELUK KUMBAR-YB RAVEEN
SDR CHEGU BARD
YB NURUL IZZAH TIDAK DAPAT HADIR ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN DAN TIDAK DIBENARKAN MENINGGALKAN KL.
gangguan teknikal....akan dimasukkan berita seberapa segera nanti

CERAMAH AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
CERAMAH DI CHEROK TO' KUN
TEMPAT GALARI PEJUANG
TARIKH:1 OGOS 2008
PENCERAMAH
YB NURUL IZZAH ANWAR
CIKGU BARD
laporan berita akan muncul
TEMPAT GALARI PEJUANG
TARIKH:1 OGOS 2008
PENCERAMAH
YB NURUL IZZAH ANWAR
CIKGU BARD
laporan berita akan muncul
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG LULUS RM 1 JUTA BAGI BANTUAN SEK AGAMA RAKYAT DI PULAU PINANG
BANDAR PERDA-Dalam satu majlis forum sembahyang hajat perdana dan forum bersama rakyat yang di hadiri oleh Ustz Dr Badrul Amin dan juga YB Fairus Khairuddin merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ,beliau telah menjelaskan beberapa perkara menarik dimana kerajaan negeri telah meluluskan sejak beberapa bulan dulu iaitu:
1.Meluluskan bantuan kepada rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang dengan subsidi pemotong melalui PBA(pihak berkuas Air) sebanyak RM120 sebulan.
2.Meluluskan bantuan kepada SAR di Pulau Pinang sebanyak RM 1juta
3. menghapuskan miskin tegar dimana 120 individu dikenalpasti dan selama 100 hari pemerintahan telah berjaya menghapuskan sebanyak 4 individu yang miskin tegar dan ada 116 lagi dan dijangka kan akan semuanya dihapuskan menjelang tahun hadapan.
4 Mengumpulkan golongan cerdik pandai untuk dibawa berbincang bersama UPE bagi meningkatkan bantuan kepada golongan miskin meningkatkan pernyertaaan bumiputera dalam bidang ekonomi.
Dalam forum semalam beliau bersama Dr Badrul Amin yang merupakan pensyarah beliau telah menjelaskan betapa fitnah adalah bukan perbuatan orang islam yang beragama kerana fitnah itu lebih berbisa daripada mata pisau. Mereka berdua juga membicarakan tentang betapa pentingnya umat islam mendengar menepis beberapa perkara yang diaggap tidak benar melalui memahami perkara-perkara tertentu tu dengan merujuk kepada orang yang lebih tahu dan memahaminya.
AKAN MEMBUAT LAPORAN BERKAITAN FITNAH KEPADA BELIAU
YB Fairus juga menjelaskan betapa fitnah kepada DSAI juga telah menjalar kepada beliau sejak 3 bulan yang lalu melalui SMS diseluruh negeri dan beliau telah mengetahui indidvidu terbabit dan senarainya telah ada untuk di siasat polis.
"Bukan itu sahaja, malahan terdapat senarai beberapa individu yang bekerja dengan kerajaan negeri dan juga majlis tempatan yang mengamalkan rasuah dan tinggalkan lah perbuatan yang tidak baik ini, dan saya akan mengambil tindakan tidak lama lagi,senarai panjang individu yang menabur fitnah dan rasuah ini ada pada saya" demikian jelas YB Fairus lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)