Rafizi Ramli
Di China, kita lihat perubahan sedang berlaku dengan pantas.
Robot-robot seperti Unitree yang dulu hanya mampu dibuat oleh syarikat gergasi kini dijual pada harga yang mampu milik untuk pelbagai fungsi.
Bila kos teknologi turun, automasi bukan lagi soal masa depan, tetapi sudah jadi realiti hari ini. China faham bahawa untuk kekal berdaya saing, mereka mesti gantikan kerja rutin dengan robot dan guna tenaga manusia untuk kerja yang lebih bernilai tambah.
Malaysia juga berdepan cabaran sama, kekurangan pekerja, kos buruh tinggi dan produktiviti yang perlahan. Kalau kita tidak mula fikir bagaimana automasi boleh bantu selesaikan masalah ini, kita akan terus ketinggalan.
Pada tahun 2024, Unitree diundang ke persidangan KL20. Sewaktu saya di Kementerian Ekonomi, saya cabar mereka cari jalan untuk tutup kekurangan pekerja di sektor perladangan dengan robot. Fokus saya jelas. Guna mesin untuk kerja berat dan berbahaya. Bagi ruang kepada pekerja kita bergerak ke kerja yang lebih mahir dan lebih gaji.
Kita tidak semestinya tiru sepenuhnya model China, tetapi kita boleh belajar bagaimana mereka menyesuaikan teknologi dengan realiti tempatan, dari ladang sawit, kilang hinggalah perkhidmatan.
Saya sentuh hal ini dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 16, bagaimana automasi dan robot bukan sekadar tentang masa depan industri, tetapi tentang masa depan peluang kerja, ekonomi dan cara kita membina semula daya saing negara.
Apa pandangan anda kalau satu hari nanti robot mula bantu kerja harian kita, dari pejabat sampai rumah?

No comments:
Post a Comment