Ramai yang memuji tentang keberanian Nor Salwani Muhammad yang menyimpan satu dari 60 salinan laporan asal audit 1MDB yang diarahkan supaya dimusnahkan oleh bos dia sendiri and dia juga berani menyimpan salinan audio asal pengkhianatan audit asal 1MDB oleh Najib DAN kuncu2nya.
That is why there is an idioms not all heroes wear capes. Integriti ini biasanya bermula dari tabiat yang kecil macam menepati janji dan masa sampailah kepada satu tahap di mana keseluruhan moral hidup seseorang diuji bila berada di kedudukan yang tinggi.
Ada orang boleh menolak rasuah RM50 tapi mula cair bila ganjaran dinaikkan kepada 5,000; tapi ada juga yang sanggup mempertaruh nyawa DAN nama baik melawan korupsi dari menerima suapan 5 juta.
Ada juga yang sebelum rasa manisnya dunia berapi-rapi melawan kezaliman; bila Allah bagi rasa sedikit sahaja cebisan nikmat dunia terus lempar jubah DAN serban sanggup mendamba diri jadi khadam serupa olamak PAS...
Kita boleh tengok tebalnya sijil dan tingginya kedudukan bukannya bukti kejujuran; lihat Ali Hamsa; siap pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sebagai KSN lepas tu ada PHD dari Oklahoma State University pun melutut dengan korupsi. Siap boleh ikut arahan Najib untuk pecat peguam negara.
Itu belum masuk lagi mereka-mereka yang bersubahat bersetuju dengan pindaan audit 1MBD yang sudah merugikan rakyat berbilion ringgit. Mungkin mereka ingat yang Najib berkuasa selamanya kut, tapi mereka lupa yang No Kings Rules Forever.
Bila Najib dah jatuh habis maruah mereka DAN nama baik mereka tercemar kerana mereka tidak ada rasa malu pada Allah dan Rasul.
Nor Salwani ini berani kerana dia berpegang pada kebenaran walaupun kebenaran dimasa itu ibarat menggenggam bara api. Inilah ciri-ciri orang yang bertakwa pada Allah dan tidak takut pada mahkhluk.
Ini sangat berbeza dengan pewala'-pewala'. Sudahlah ulama mereka dicucuk hidung jadi tukang halal skandal 1MDB dengan perkataan infamous "kami berpuas hati dengan skandal 1MBD"; mereka hari ini rela menjadi pelindung-pelindung kepada MCA yang menghina hukum Allah DAN redha pada korupsi.