Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PM YAKIN PARTI KERAJAAN BERPELUANG CERAH MENANG PRN

PM yakin parti kerajaan berpeluang cerah menang PRN
on:
Isu pilihanraya merupakan agenda penting dibincangkan pada mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn pada Selasa.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat bersetuju untuk jawatankuasa berkaitan pilihanraya ditubuhkan bagi merencana strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) terutamanya dalam pembahagian kerusi.
“Pengarah-pengarah pilihan raya akan bersidang dalam tempoh seminggu ini dan menetapkan penyelaras. Ketuanya adalah pengarah pilihan raya parti-parti. Jawatankuasa Pilihan Raya (juga) akan segera bincang (pembahagian kerusi),” katanya ringkas.
Dalam pada itu, Anwar yakin dengan wujudnya sekretariat akan memantapkan potensi sebenar Kerajaan Perpaduan yang mewakili 2/3 daripada landskap politik Malaysia.
“Kerusi pula, memang setakat ini, mencatat 148 kerusi, dua pertiga. Kalau lihat dari segi dukungan, kita satu-satunya gabungan yang mewakili semua kaum, semua daerah, semua suku kaum di negara kita.
“Ini memberikan kelebihan kepada kita. Kenyataan saya lakukan ini adalah untuk kuatkan tekad kita bekerja sebagai satu pasukan yang padu dan mantap. Ini telah kita sepakati malam ini,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar tiba di Menara Dato Onn kira-kira jam 7.40 malam bersama beberapa pemimpin kanan HARAPAN termasuk Presiden Amanah, Datuk Seri Mohammad Sabu dan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke.
Penampilan Anwar di bangunan Umno itu merupakan yang pertama kali dalam tempoh 25 tahun selepas dipecat daripada kerajaan dan UMNO pada 1998
PERKENAL TEKNOLOGI MESIN KOMPOS HASIL BAJA DARI SISA MAKANAN

Perkenal teknologi mesin kompos hasil baja dari sisa makanan
Teknologi memproses sisa makanan menjadi baja akan diperkenalkan bagi menghasilkan baja kompos dari sisa pepejal makanan atau lebihan sayur sayuran.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir, teknologi itu lebih menguntungkan dan mesra alam sekitar berbanding cara membuang bahan makanan di tapak pembuangan sebagaimana yang berlaku hari ini.
“Pernah tak kita terfikir setiap kali kita ke Cameron Highlands nak beli sayur, ke mana pergi sisa sayur-sayuran bila tak habis terjual dan rosak ?
“Bukan sikit masalahnya, sehingga 30 tan sisa sayuran yang dihasilkan setiap hari hanya di Cameron Highlands.
“Bayangkan punya banyaknya sisa sayuran, dalam seminggu sahaja, berapa ratus buah lori kita perlukan untuk muatkan sisa ini.
“Jika tak diurus dengan baik, akhirnya berpuluh-puluh tan sisa sayuran berakhir di tapak pelupusan haram. Belum lagi cakap tentang sisa makanan. Soal pelupusan sampah ini bukan isu main-main, bandar yang kotor dan busuk boleh menyebabkan kemarahan rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook selepas temuramah bersama stesen penyiar kerajaan dalam program Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi.
Justeru, Akmal telah memperkenalkan secara ringkas mengenai mesin yang boleh digunakan bagi memproses sisa sayuran menjadi baja cecair yang amat berguna untuk pertanian.
“Jadi tadi saya dalam segmen Selamat Pagi Malaysia telah terangkan tentang Inisiatif Hijau Cameron Highlands oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp yang bertunjangkan penggunaan teknologi mesin kompos yang boleh menghasilkan baja dan cecair kompos untuk kegunaan pekebun sebagai baja organik hasil kerjasama dengan pihak Japan International Cooperation Agency (JICA).
“Khamis ini, saya sendiri akan ke Cameron Highlands dan kongsikan kepada saudara saudari keberkesanan teknologi ini seterusnya menyokong ke arah kitaran ekonomi. Nantikan,” katanya lagi.
ADUAN SURI BERJAYA SELESAI 95 PERATUS ADUAN

Aduan Suri berjaya selesai 95 peratus aduan
Sebulan setelah dilancarkan pada 11 Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyelesaikan 95 peratus dari 909 aduan diterima melalui aplikasi WhatsApp Aduan Suri.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan ketiadaan bekalan, kenaikan harga dan penipuan pembelian dalam talian.
“Pada pelancaran Aduan Suri di Kedah bulan lalu, kita edarkan 500 pelekat peti sejuk yang mempunyai kod QR saluran aduan melalui WhatsApp, hasilnya 909 aduan diterima setakat ini.
“Melalui mekanisme ini, pengadu hanya imbas kod QR dan ianya akan disalurkan terus ke aplikasi aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Johor menjadi lokasi kedua kita edarkan lagi 500 pelekat peti sejuk Aduan Suri.
“Daripada 909 aduan yang kita terima, 95 peratus berjaya diselesaikan dan direspon dalam tempoh 14 hari. Malah menerusi inisiatif Aduan Suri juga maklum balas akuan penerimaan aduan segera dibuat dalam tempoh dua jam berbanding sehari sebelum ini,” katanya.
Fuziah berkata begitu dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Aduan Suri dan Program Jualan Rahmah peringkat Johor semalam.
Sementara itu jelasnya, statistik penerimaan aduan menunjukkan inisiatif Aduan Suri mampu memperkasakan hak suri rumah sebagai golongan pembeli dan pengguna.
Bagi menyebarluas penggunaan aplikasi itu, pihak kementerian juga jelasnya berhasrat memperkasakan penggunaan Aduan Suri dengan meletakkan kod QR itu di pasaraya dan kedai.
Selain itu perbincangan turut diadakan untuk untuk kemas kini sistem agar ia menjadi lebih efisien.
BERSAMA PAS LEBIH BANYAK KONFLIK BERBANDING BERSAMA UMNO BN

Bersama Pas lebih banyak konflik berbanding bersama Umno BN
Ungkapan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa akan berlaku konflik sekiranya Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Umno BN untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap mengarut oleh Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali.
Bagi Umar, pemimpin Pas perlu mencermin diri mereka sendiri kerana sewaktu parti berkenaan bekerjasama dengan mana mana parti pun sebelum ini konflik tetap wujud.
“Pas sendiri tidak pernah lekang dari konflik. Nik Amar perlu cermin diri. Bermuhasabahlah. Jangan sampai jadi ibarat “meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri”.
“Sejak Pas bersama Semangat 46, Gerakan Rakyat (GERAK), Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat pun, konflik sentiasa wujud.
“Dalam sejarah terdekat Pas bersama parti-parti gabungan, Pas juga tidak dapat elak konflik khususnya selepas ketiadaan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
“Pada waktu itu, konflik Pas ialah sama ada untuk meneruskan gabungan parti itu dalam Pakatan Rakyat atau berkerjasama dengan UMNO yang disebut-sebut sebagai kelompok pro Unity Government atau UG,” katanya.
Akibatnya, kata beliau, Pas berpecah dua sehingga melahirkan Amanah yang lebih setia bersama PH.
Malah katanya sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 lalu pun, Pas berkonflik apabila terapat dua puak bertentangan. Satu kelompok mahu bersama Umno dan satu kelompok lagi bersama PN.
“Konflik tidak perlu dijangka-jangka. Konflik akan tetap berlaku apatah lagi dalam politik. Tambahan pula politik Malaysia hari ini semakin rencam.
“Persoalannya, bagaimana kita dapat dan akan menguruskan konflik. Di situlah letaknya peranan kepimpinan dan kepemimpinan.
“Dan saya cukup yakin, dengan barisan kepimpinan serta kekuatan setiap parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala konflik yang timbul akan dapat diuruskan dengan berhemah serta bijaksana,” katanya.
Sejak kelmarin, Pas dan parti pembangkang lain cuba mengatur serangan apabila PH bersama parti parti kerajaan menubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk pembahagian kerusi dan strategi bersama menghadapi PRN di 6 negeri yang dijangka selewat lewatnya bulan Jun ini.
PROGRAM BANTUAN GANTI KELUAR KWSP, TUNGGU BELANWAJAN 2023

Program bantuan ganti keluar KWSP, tunggu belanwajan 2023
Kerajaan merancang untuk mewujudkan program atau skim bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat gugatan ekonomi pasca pandemik Covid 19 yang mahu mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menampung kehidupan keluarga.
Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, akan diperkenalkan program menggalakkan golongan terkesan itu untuk menambah pendapatan mereka dan akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.
“Ada beberapa perkara yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kita tunggu pengumuman bajet. Ini termasuk contohnya membuka peluang kepada B40 ke bawah menjana pendapatan tambahan.
“Dalam masa sama, harapan kita melalui kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 12, kita melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji. Tidak boleh letak kepada kos sara hidup semata, tetapi pastikan kenaikan gaji dan hal itu tidak diserah semata mata kepada kepada pasaran (menentukan). Ini adalah perkara jangka sederhana dan panjang.
“Kalau kita berjaya memastikan program subsidi disasarkan kepada kumpulan benar benar memerlukan maka kesan kenaikan kos sara hidup akan ditangani dengan lebih baik. Ini sekumpulan dasar yang perlu dilakukan sekali gus,” katanya dalam sidang media selepas Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi: “Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat” di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, tengah hari tadi.
Menurut Rafizi, kerajaan amat tidak menggalakkan pengeluran KWSP kerana Malaysia menuju ke arah negara menua dengan bertambahnya golongan pesara berbanding remaja.
Katanya, kehidupan waktu tua pada waktu akan datang memerlukan kewangan yang lebih banyak berbanding sekarang dan seharusnya rakyat mempunyai simpanan.
“Kita perlu berhati hati mengeluaran KWSP biar pun buat masa sekarang diperlukan, tetapi kos yang mereka bayar itu tinggi.
“Dalam keadaan masyarakat kita semakin menua dan kos melalui hari tua itu bertambah tingi di masa akan datang maka kita akan pastikan rakyat kita ada simpanan mencukupi,” katanya lagi.
TAK DUDUK LAGI DI MALAYSIA- DIA PANDAI KOMEN
·
(1) Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Negara
Malaysia dan Badminton Association of
Malaysia - BAM, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas
pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak
menetap di Malaysia.
(2) Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan
mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang
dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.
(3) Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi
atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.
(4) Saya ulangi pendirian - sukan mesti bebas daripada sebarang
unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi
kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial
masing-masing.
Hannah Yeoh
13 Februari
2023
DARIPADA SHAHRIZAT, SERIBU KALI LEBIH BAIK AZALINA
Entah kenapa, tiba-tiba saja nama Shahruzat Jalil ditonjolkan semula untuk memimpin Wanita UMNO bagi menggantikan ketua sedia ada, Noraini Ahmad.
Sementara ramai yang bersedia melihatnya bertanding semula sebagai laluan memimpin pergerakan itu, tidak kurang pula yang mendesak agar Noraini mengundurkan diri.
Maksudnya, mereka mahu Shahrizat menang percuma saja.
Ehh..ehh…banyak cantik?
Kenapa Shahrizat cuba ditonjolkan semula, apakah ini menunjukkan Wanita UMNO tiada pemimpin lain yang berkelayakan?
Tidak sedarkan Wanita UMNO bahawa Shahrizat yang berundur sebaik UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu bukanlah pemimpin yang bagus sangat, malah terbeban dengan isu lembu NFC yang menjadi salah satu sebab UMNO jadi kebencian ramai ketika itu?
Kenapalah pemimpin sebegitu mahu diangkat semula?
Lagi pula, membawa kembali Shahrizat yang sudah berundur untuk memimpin semula Wanita UMNO adalah langkah ke belakang yang tidak langsung menunjukkan suatu pembaharuan.
Tidak bolehkah ditonjolkan daripada kalangan barisan kepimpinan Wanita UMNO sendiri jika benar Noraini tidak begitu berdaya dan mahu ditukar?
Mengapa mesti dikorek daripada tong kitar semula?
Setakat ini pemimpin kitar semula yang tidak dipertikai dan diterima ramai hanyalah Tun Mahathir Mohamad ketika beliau dinamakan semula sebagai calon Perdana Menteri bagi tujuan menyingkirkan Najib Razak pada 2018 dahulu.
Adakah Wanita UMNO berasakan Shahrizat setanding dengan kehebatan dan keupayaan Tun Mahathir?
Dalam hal ini, jika pun dalam barisan kepimpinan Wanita UMNO tiada yang dirasakan cukup menonjol untuk diangkat bagi berlawan dengan Noraini bagi memimpin pergerakan itu, kenapa tidak ditonjolkan saja Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang ini?
Beliau bukan saja hebat sebagai menteri dalam kemampuan berhujah dengan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan di Parlimen pada Disember lalu, malah pernah cemerlang ketika mengetuai Pergerakan Puteri UMNO sebelum ini.
Daripada Shahrizat, seribu kali Azalina lebih baik lagi.
Noraini bukan lagi menteri dan Shahrizat pula menteri pencen, setidak-tidaknya dengan Azalina yang masih berjawatan menteri, Wanita UMNO lebih mudah untuk diperkasakan jika berada di bawah kepimpinannya. – ShahbudinHusin 13/02/2023.
PAS HILANG NILAI ISLAM
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan secara tidak terrizab dan untuk menarik balik semua fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas YAB dan menyatakan kekesalan dan permohonan maaf saya yang tidak terhingga ke atas ungkapan tersebut.
“Saya juga berjanji tidak akan mengulangi ungkapan di atas dalam apa jua bentuk, cara atau sebagainya pada masa hadapan.
Agong harap Anwar PM terakhir sebelum berangkat 'pulang ke Pahang'
Al-Sultan Abdullah bertitah terpahat dalam sejarah negara bahawa baginda merupakan satu-satunya Agong diberi keafiatan memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat Jemaah Menteri berlainan.
BARU 100 HARI DIA DIKRITIK HEBAT- SISTEM IDME YANG DIBANGUNKAN OLEH MENTERI LEPAS MEMANG PERANGKAP BESAR BUAT BELIAU.
Kritikan Dr. Anuar Ahmad tentang YB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan. Artikel penuh boleh dibaca di: https://bit.ly/3xbQOyx. Bagi aku kritikan ini biarpun pedas
namun semuanya berpaksikan realiti.
Untuk seorang marhaen yang tidak terlibat secara langsung dalam
bidang pendidikan, aku melihat kelemahan menteri dari segi mengambil input dari
bawah. Kelihatan menteri begitu berharap kepada pegawai kementerian.
Kalau aku boleh beri cadangan, aku nak cadangkan dibentuk satu
jawatankuasa khas pendidikan yang anggotanya adalah pengkritik-pengkritik tetap
kementerian ini.
Sebagai contoh, Dr. Anuar Ahmad, Dr. Othman Talib dan Cikgu
Fadli Salleh mesti ada dalam JK tersebut diikuti wakil guru dan pejabat
pendidikan dari setiap negeri atau daerah. Wakil guru ini boleh datangnya dari
persatuan guru, NUTP misalnya.
Kemudian masukkan sekali wakil ibu bapa, juga dari setiap
negeri/daerah - daripada PIBG. Akhir sekali, jemput tokoh-tokoh akademik dari
universiti tempatan mahupun luar negara. To top it off, ajak Dr. Maszlee
sekali.
Dari JK ini, kumpulkan segala isu, dari pihak ibu bapa, guru dan
pejabat pendidikan, dibincangkan bersama dan dibahagikan mengikut isu lokal dan
isu nasional sebelum diselesaikan secara tuntas.
Kehadiran tokoh dan pakar boleh membantu dalam menjana jalan
penyelesaian. Kemudian bentangkan perolehan dari JK untuk tindakan dari pihak
menteri dan kementerian. InsyaAllah banyak masalah boleh diselesaikan.
Sekarang ini, menteri lebih banyak berziarah ke sekolah.
Kemudian tabur peruntukan. Sedangkan isu pokok yang jadi topik hangat di bawah
ini belum lagi terusik. Sebab itulah kementerian ini dilihat perlahan walaupun
menteri rajin berjalan.
Walaupun aku tak terlibat dalam bidang pendidikan, tetapi ini
satu kementerian yang aku sangat cakna kerana aku sedar, inilah kementerian
yang bakal bentuk masa depan negara.
Dan aku jadi penyokong DS Anwar semenjak zaman beliau jadi
Menteri Pendidikan lagi kerana sebagai pelajar, aku rasa sangat terkesan dengan
setiap cara dan tindakan beliau.
Aku amat berharap agar Menteri dapat ubah cara kerja secepat
yang mungkin. Jangan sampai rakyat mula muak dan mual dengan kementeri ini.
Please. Guane boh?
.
KEH..KEH..KERJA WALAUN MEMANG MAKI JE- SEBAB LEPAS TU BARU FIKIR. NAK HARAP MELAYU , TAK ADA..CINA JADI TAUKE, INDIA BAWA LORI, KENA LA CARI BANGLA BUAT KERJA.......KENA CARI
Sinar Harian siarkan berita ini, kekurangan pekerja punca
bekalan telur terganggu. Menjengah ke ruangan komen, aku lihat berkenduri
walaun maki hamun Abg. Mad.
Kata mereka, apa kena mengena pekerja dengan telur ayam? Aku pun
tak faham, kenapa benda yang simple begini pun walaun tak boleh fikir.
Memanglah kerja ayam bertelur je. Tapi ayam-ayam ni perlu diberi
makan, kandangnya perlu dibersihkan dan perlu ada penyelenggaraan. Bukan boleh
biar begitu saja.
Katakan sebuah ladang ada 20 reban. Ia perlukan 5 orang pekerja
untuk siapkan kerja penyelenggaraan. Tapi pada masa sekarang, ladang itu hanya
ada tiga orang pekerja saja.
Nak buat macamana? Dengan jumlah pekerja yang ada, hanya 12
daripada jumlah reban itu yang boleh digunakan.
Boleh kalau nak pakai kapasiti penuh tapi akibatnya pekerja kena
kerja lebih masa. Itupun paling tidak 5 reban akan tidak terselenggara.
Akibatnya, mungkin ayam tak cukup makan hingga jadi tak produktif atau lebih
teruk, mati.
Ladang akan kerugian. Jadi, suka tak suka terpaksa tutup 5
reban. Atas sebab itu jumlah pengeluaran pun berkurangan. Siapa kata kekurangan
pekerja tak berkaitan dengan pengeluaran telur?
Nak bisnes ni, bukan boleh main belasah je. Kena ada kira-kira.
Kena tengok jumlah pekerja, bajet, masa dan banyak lagi. Kena tengok segala
sudut.
Walaun ni kalau bisnes, memang tak sampai enam bulan dah
bengkrap. Tak reti nak plan langsung. Tahunya cuma nak kondem orang je. Cuba
buat kira-kira sikit.
Apa pun, isu ini dan sampai ke menteri dan menteri pun dah kata
akan ambil tindakan segera. Semoga dapat diselesaikan secepat mungkin. Guane
boh?
MAK AIIII...15 BILLION BUKAN KECIK ANAK WOIII
Johor intai pelaburan bernilai RM15 bilion dari Singapura.
Bernama
-

SINGAPURA: Johor berpotensi menerima pelaburan bernilai antara RM10 hingga RM15 bilion daripada beberapa syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, ini berikutan pertemuannya dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa antaranya AirTrunk, sebuah syarikat pusat data berskala besar terbesar di Asia Pasifik dan Jepun, dan juga syarikat Wilhelmsen, salah satu kumpulan maritim terkemuka di peringkat global.
“Semua ini menunjukkan Johor terus kekal menjadi destinasi pilihan utama bagi pemain industri bertaraf global,” katanya lagi.
Menurut beliau, kerajaan negeri dengan bantuan Persekutuan komited untuk menjadi pemudahcara dari segi penyediaan utiliti dan infrastruktur, sehinggalah kepada insentif cukai bagi menghasilkan suasana perniagaan yang lebih mesra pelabur dari serata dunia.
Pertemuan itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Mohammed Ridha Abd Kadir; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Badrul Hisham Kassim.
Selain itu, hadir sama Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Singapura, Vinothan Tulisinathzan; Ketua Eksekutif Invest Johor, Zarina Abdul Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (Jetco), Saifuddin Abdul Rahim dan Pengurus Invest Johor, Sarkawi Zainal Abidin.
SAMA ADA KAKITANGAN TAK CUKUP ATAU YDP TAK CEKAP
Nga Kor Ming
Selaku Menteri ,saya berasa amat kecewa & terkejut dgn prestasi lemah YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan yg jelas gagal menangani masalah pengurusan sampah sekian lama sehingga menimbulkan kemarahan org ramai.Saya telah mengarahkan KP JKT utk ambil tindakan tegas dgn segera.
Subscribe to:
Posts (Atom)






