Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

23 MAC — Sekali lagi kita digemparkan dengan video pendedahan mengenai aktiviti seks seorang ahli politik.

Heboh seluruh negara dengan video tersebut.
Media arus perdana memainkan isu ini sepanjang siang dan malam.
Mungkin mereka (baca: media) terlupa anak-anak kecil yang sedang membesar turut menonton warta berita di televisyen.

Penat lelah golongan ibubapa apabila diminta menjelaskan mengenai “liwat”, “sodomi” dan “China Doll”.
Kerajaan kelihatan “seronok benar” kerana mungkin akan mendapatkan keuntungan politik daripada pendedahan mengenai aktiviti seks ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Cuba fikirkan, apa kena mengena aktiviti seks seseorang dengan kehidupan masyarakat?
Jika benar sekalipun, mengapa pekung seseorang itu mahu dihebahkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik?

Bukankah aktiviti seks itu hak peribadi dan tiada kena mengena dengan permasalahan orang ramai?
Rakyat Malaysia perlu jelas mengenai perkara ini.

Masalah moral biarlah diuruskan oleh individu itu sendiri dan bukan tugas negara untuk menguruskannya.
Sudah sampai masa Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menjadi lebih matang.
Pisahkan urusan peribadi dengan permasalahan orang ramai.


No comments: