Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta
Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Angka rasmi himpunan 29 Ogos, 200,000 peserta

Dianggarkan lebih 200,000 peserta Bersih 4.0  membanjiri Dataran Merdeka semalam  setelah mereka yang berhimpun di lima lokasi sebelum ini, iaitu Sogo, Masjid Negara, pasar Seni, Dataran Maybank, dan Brickfields mula memasuki kawasan itu.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, usia dan latar belakang dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan BangsArt sambil turut menyanyi bersama. Vokalisnya Amir Abd Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram.

DSC_0451 

Kelihatan beberapa pemimpin NGO dan parti politik, antaranya Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mat Sabu, dan ramai lagi mula memasuki kawasan itu.

Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah “rakyat Malaysia” untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.
Kata Maria, Perdana Menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.

“Oktober ini kita mesti usulkan undi tidak percara kepada perdana menteri,” katanya.








DSC_0478

No comments: