Menderma tu tak salah.


Aman Mohammad


Yang salah tu menderma kepada orang yang salah.


Konsep asal menderma ialah membantu golongan yang susah.

YB PAS tu bukan orang susah.

Dia bergaji dan elaun berpuluh ribu sebulan.

Dia bukan orang miskin.

Dia hidup sebagai elitis.

Dia ada rumah dan kereta.

Dia ada anak-anak dan keluarga yang tidak kelaparan.

Dari apa jua sudut sekalipun, dia tidak layak langsung menerima sebarang bentuk derma.


Kalau ada pun layak bantu dia, maka yang layak bantu dia adalah ahli-ahli Parlimen PAS yang lain.


PAS ada 43 orang Ahli Parlimen.

Tertinggi dalam sejarah.

kalau setiap 43 orang tu bantu RM20,000 seorang.

Maka sudah cukup untuk lunaskan saman fitnah RM800,000 tu.


Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang bergaji dan berelaun puluhan ribu sebulan ni tidak diarah menderma pun kepada YB PAS tu.


Yang dikerah menderma pula ialah ahli-ahli dan walaun bawahan yang memang hidup miskin dan susah dengan bantuan kerajaan pusat.


Lebih teruk lagi, PAS mempergunakan agama untuk memperdaya walaun mereka dengan istilah 'derma jihad' kononnya bantu YB PAS bayar saman fitnah tu dapat pahala dan dijamin ke syurga.


Jadi betul sungguh apa yang Nabi kata, ulamak jahat ni adalah sejahat-jahat manusia. Apa jua ulamak jahat berbohong atas nama agama, pengikut ulamak jahat seperti walaun akan terus percaya.


Berdoalah kepada Tuhan agar kita umat Islam tidak terpedaya dengan puak ulamak jahat ni.


:)


MB Terengganu “Dijemput” Kerajaan UK, Tapi Program Buat di Kedai Pakistan?






Baru-baru ini, Menteri Besar (MB) Terengganu sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri seminar ekonomi di United Kingdom pada Disember 2024. Lawatan itu dikatakan atas jemputan kerajaan UK, kononnya untuk membincangkan peluang pelaburan dan pembangunan negeri. Namun, apa yang mengejutkan, program yang dimaksudkan itu rupa-rupanya diadakan di sebuah kedai milik komuniti Pakistan di sana.


Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan dan kritikan daripada rakyat. Ramai mula mempertikaikan sama ada lawatan tersebut benar-benar atas jemputan rasmi atau sekadar alasan untuk berjalan ke luar negara. Malah, ada yang menyindir bahawa program itu hanyalah gimik politik yang tiada impak besar kepada rakyat Terengganu.


Lebih parah, program kecil seperti ini dihebohkan seolah-olah ia satu pencapaian besar. Sesetengah pihak menyifatkan ini sebagai “masuk bakul angkat sendiri” kerana hampir semua aspek, dari penganjuran hingga promosi, dilakukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri. Situasi ini mengingatkan peribahasa “ayam bertelur sebiji, riuh sekampung”.


Rakyat turut membandingkan lawatan ini dengan usaha lebih signifikan yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu. Jika lawatan seperti ini benar-benar ingin membawa pelaburan, mengapa lokasinya di kedai kecil dan bukan di tempat yang lebih sesuai seperti pusat ekonomi atau pelabur besar?


Kritikan ini mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keutamaan yang diambil pemimpin negeri. Bukannya membawa pulang pelaburan atau peluang kerja untuk rakyat, tetapi lebih kepada mencipta publisiti murahan. Sehingga kini, ramai masih menanti laporan sebenar tentang manfaat lawatan ini, atau ia hanya satu lagi cerita yang gah pada nama tetapi kosong pada hasil.


Mantoba @ King Jason

Aktivis Bloggers



FITNAH TU MAHA DAHSYAT


 

ZAMAN DIA KUKU BESI.... ZAMAN DIA OENUH SKANDAL.. TAK ADA SIAPA BERANI SIASAT.


 

PUNCA ZAHID NAJIB ADALAH KERANA TIDAK MAHU BUBAR UMNO


 

DIA BUKAN PI LAWAN DI TIMUR TENGAH, DIA FITNAH


 

WOIII WOII JANGAN BAGI DUIT HANGPA KE DAP.. DAP.. DAP..


 

BERTANGGUNG JAWAB LAH KAMU DI AKHIRAT NANTI

 



Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.


Katanya, hal ini kerana sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam.



MEMANG SIAPA YANG MAKAN GAJI AKAN TAHU.


 

Umpan Mercedes


Zainuddin Omar


Saya ada seorang kenalan playboy dan pada satu hari kami bersembang berkenaan hobi beliau yang pandai memikat perempuan. 



Nama beliau Osman (bukan nama sebenar). 


Osman mengaku berumur 49 tahun dan setiap tahun angka tersebut tidak pernah berganjak. 


Bila ditanya usia, beliau akan menjawab 49. 


Tetapi muka beliau memang awet muda dan tak nampak seperti berumur 55 tahun (jangkaan saya). 


Memang muka nampak ‘boyish’ dan saya rasa beliau ada cucuk susuk emas di muka. 


Osman suka mencerita kepada saya ‘exploits’ beliau menakel (tackle) dan ngorat gegirl. 


“Man, cerita sikit macamana taktik kau tackle gadis” tanya saya dengan curious. 


“Ji, sebenarnya tackle gadis ni mudah sahaja. Kau perlu konfiden, look rich, pakai kereta hebat dan jangan sayang duit untuk belikan mereka hadiah” jawab beliau dengan selamba. 


Osman memang pakai kereta Mercedes 320 yang menjalar panjang dan berpakaian kemas. 


Jam rolex submariner sentiasa di pergelangan tangan dan sebentuk cincin delima di jari. 


“Kadang kala kalau aku nampak gadis cantik yang sedang menunggu di stesen bas, aku berhenti dan pelawa dia naik merz aku dan kebiasaan mereka tak akan menolak” sambung beliau lagi. 


“Dalam kereta aku sembang jual ubat dan ajak dia makan di restoren bagus. Kemudian aku bawa dia pergi shopping dan aku belanja apa dia mahu. Mereka tahu aku dah kahwin dan mereka pun hanya mau ‘having a good time’ dengan aku. Kau tak boleh kedekut dan semua main duit kalau nak tackle mereka. Pastu kau boleh buat apa kau nak dengan dia” kata Osman sambil menyedut rokok penuh nikmat. 


“Dah berapa perempuan kau kerjakan” saya tanya direct tanpa berselindung. 


“Haha, kau mesti tak percaya tetapi lebih 50 belum cukup 100. Aku pun rasa nak tobat kerana bini aku dah mula cium jejak aku” jawab Osman yang mempunyai isteri artis suam suam kuku. 


“Kau tak rasa bersalah ke buat kerja tak baik gini” saya cuba mencungkil conscience beliau. 


“Ji, memang aku selalu fikir hal ini tapi nafsu aku selalu menang. Dulu pernah aku dikepung oleh orang kampung nak tangkap aku khalwat tapi aku lepas melarikan diri dari loteng dan buka atap. Masa tu aku memang nak tobat tapi selalu nafsu tarik aku buat perkara ini balik semula” Osman ceritakan semasa zaman muda beliau. 


“Kalau anak perempuan kau terkena dengan playboy seperti perangai kau, tentu kau akan marah kan. Aku berharap kau buat tobat nasuha dan tinggalkan kerja keji ini” nasihat saya pada beliau. 


“Terima kasih ji, insyaAllah aku cuba ikut nasihat kau dan jadi orang baik”. 


Cerita ini dah lebih 10 tahun lepas dan Osman pun telah tukar nombor telefon baru. Kami sudah terputus perhubungan. 


Berjaga-jagalah dengan casanova dan playboy yang menjaja kereta hebat BMW atau Merz untuk menawan hati anda, for their pleasures.


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



MUKA NAK SELAMATKAN MALAYSIA.. KAH.. KAH.. KAH... 🙄


 Tengok muka2 yang nak selamatkan Malaysia di poster tu...alahaiiiii....

Selamatkan Malaysia dari siapa?



MUKA NI NAK SELAMATKAN MALAYSIA??? HANGPA BOLEH KA NAK HADAP WARTAWAN BBC NBC BERDEPAN.... TU RINGAN LA... NAK PI FORUM EKONOMI BRICKS MISALNYA... HADAP MODI KOT NAK BELI BAWANG INPORT MASUK..

TANYA ANNUAR MUSA MASA DIA PEGANG MARA.... DIA SELAMAT APANYA. 



PENAFIAN DARI USTAZ MUHAIZAD

 PENAFIAN RASMI



Kami ingin menegaskan bahawa Al-Fadhil Ustaz Muhaizad dan Madrasah Ribat Al Musthofa tidak terlibat dengan sebarang urusniaga atau aktiviti scammer seperti yang ditularkan dalam gambar tersebut. Nama dan imej Ustaz serta Madrasah digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.


Kami menyeru semua pihak untuk berhati-hati dengan maklumat palsu ini dan tidak mudah terpedaya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk terus kepada pihak kami untuk pengesahan. Terima kasih atas keprihatinan anda.


-admin



DIA BUKAN GOYANG... DIA PIANG...


 

JEBAT DERHAKA BALUN WALAUN KAW KAW. KALAU TAK FAHAM JUGA SAJA MEMANG PIANG...


 

BANYAK KALI DAH DIA NI DOK POSTING FITNAH.


 

MAKSUD DIA BOLEH FITNAH... OK JA.. PAS HALALKAN.. GITU LA GAMOKNYE.

 

Apa maksud si takiyuddin kat bawah ni ?



"Takiyuddin berkata Mastura hanya menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin PAS apabila dia membuat kenyataan itu semasa kempen PRK Kemaman dan tidak melakukannya kerana niat jahat peribadi." FMT



LEKEH DAN KOMAN SPANA.

 Arina Riana


Apa la bengap sangat ni walaun. Xkan PMX nak tipu terang2 sampai post kat media sosial? Mestilah sebab dapat info dari Indonesia juga yang maklumkan Probowo demam.

 Yang bagi info tu pun si Probowo juga. Bukannya PMX main sembur x tentu hala macam kau Sufi. Sampai ada kes ceroboh rumah MB Selangor. 


Probowo dan Teddy mereka yg tak maklum hal yang benar. Itu yg patut kau pertikaikan. Bukan sibuk cari point nak serang PMX. Isu mcm ni pun nak serang. Makin lama makin bangang puak2 pembangkang ni.




PAS Dan Fitnah


Zuwairi Md Yusof


Kalau kutip “Derma Jihad” sebab nak kekal kuasa di Parlimen Kepala Batas di kira menuju LUBANG KUBUR jugakla kan.EXCO PAS Terengganu ada gelaran Doktor backup Dr Mastura kahkahkah https://x.com/Dr_AzmanIbrahim/status/1871439447545483736




#PASPengkianat #PASPenderhaka #PASKakiFitnah #PASPenghasut



Jamzuri Ardani

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." [Al Maidah:2]




KATA KATA PENIPU MAHATHIR

 

Adrian Lim Che Ann



Kata Tun M semasa jadi pembangkang, 100 orang ahli Dewan Rakyat adalah bilangan yang mencukupi.



Anehnya, Tun M semasa jadi kerajaan suatu ketika dahulu lain dibuat beliau.


Sepanjang pentadbiran Tun M sebagai PM, tiga persempadanan semula & penambahan bilangan ahli Dewan Rakyat dibuat.


1981: Tun M jadi PM

1984: 19 kerusi ditambah 114 kerusi -> 133 kerusi)

1994: 11 kerusi ditambah (133 kerusi -> 144 kerusi)

2002: 21 kerusi ditambah (144 kerusi -> 165 kerusi)


51 kerusi Parlimen baharu telah ditambah semasa Tun M jadi kerajaan.


Gitu rupanya.


Semasa jadi kerajaan 40 tahun dahulu, 114 kerusi tidak cukup.

Semasa jadi pembangkang 40 tahun kemudian, 100 kerusi sudah cukup.



KATA KATA HIKMAH HARI INI.


ZIKIR DAP DAP DAP DAP DAP DAP.... 




Desa HM


 Kalau derma, sama macam hampa derma kat DAP.


Kalau tak derma, ada PRK, ada peluang tukar pemimpin liabiliti. 


Ada ka orang lain punya salah, hampa kena tanggung?


😌



Tahniah kepada inovasi Puncture Proof Self Healing Tyre yang telah dinobatkan sebagai pemenang Episod 4 INNOVATHON Musim Kedua


Rafizi Ramli


 Tahniah kepada inovasi Puncture Proof Self Healing Tyre yang telah dinobatkan ( Musim Kedua. 


Inovasi ini adalah diinspirasikan daripada sifat pokok getah yang mampu ‘sembuh’ sendiri selepas ditoreh menjadi asas kepada inovasi ‘self healing rubber’ sebagai lapisan dalaman tayar motosikal yang kalis pancit dan tidak bocor sekiranya terlanggar objek tajam atau jalan berlubang.


Tahniah kepada Prof Raa Khimi Shuib dan pasukan atas inovasi dan kajian yang memakan masa hampir 7 tahun.


Kemenangan pada minggu keempat akan melayakkan mereka terus pusingan akhir untuk berentap dengan bakal-bakal finalis yang akan membentangkan inovasi mereka pada minggu seterusnya.


Jangan lupa untuk saksikan Episod 5 INNOVATHON pada jam 9 malam, 28 Disember (saluran Astro) dan 29 Disember (saluran RTM).


INNOVATHON adalah rancangan realiti televisyen yang menginspirasikan minda terbaik negara untuk mencipta penyelesaian dan inovasi kepada cabaran ekonomi dan sosial yang merupakan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).




NOOOHHHHH..... PUNYA KAWAQ...

 

Desa HM


Apa punya musibat...


Dalam stor sekolah, pun jadi kerja...


Konon serambi mekah!


🙄🙄🙄🙄🙄




SOLLY AAA BOSS.. BO CIAK BO POIII.... HAIYYYAAAAA


Che Ibrahim


Kita tunggu apa tindakan ke atas penganjur... Ambo rasa senyap dengan gitu jah, cukup dgn solly boss





 Exco Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati penganjuran majlis di dewan sebuah sekolah Cina di Tanah Merah itu tidak mempunyai lesen hiburan.

PAS ni... agama penting ker .. atau politik lebih penting?


Desa HM


Jelas... hukum dalam agama, fitnah itu dosa besar dan diharamkan dalam agama.


Jelas jugak... mahkamah jatuh hukum tukang fitnah didenda, kena bayar RM 750,000 ++ kepada yangg difitnah.


Kalau tak bayar, kerusi parlimen Kepala Batas akan dikosongkan, dan akan ada PRK. Dengan senario terkini, kalau diadakan PRK, PAS maklum sangat... chances utk menang amat tipis...


Kalau kalah.. maknanya hilang lagi satu kerusi. Makin lama makin kurang... bila nak cukop jumloh nya?


So... apa pilihan ya g PAS ada?


Nak harapkan MP Mastura untuk bayar RM 800 ribu lebih... sudah pastilah dia tak mampu... 

Nak harapkan Abah Cow Midin utk bantu... akaun ratus2 juta dia pun, banyak yang dah kena beku. Nak bantu menantu dia sendiri pun dia tak mampu... lari smpai tak balik2...


So pilihan yang ada pada PAS... hanya gerakkan Tin Milo...

Balik kdpada walaun dan walauntit. Kena pakat2 bantu sorang sikit...


Now... masalahnya sekarang, walaun dan walauntit pun sudah mula tanya... dapat pahala ker, kalau bagi duit bantu tukang fitnah?...Tak berdosa ker?


Maka... berbondong2 lah para ostad2 dan lebai2 tiga suku PAS mengeluarkan fatwa... 


Hukumnya harus... atas asbab bantu 'kawan2' katanya...


Sekarang... walaun dan walauntit tengah musykil...


PAS ni nak ikut hukum agama ker, nak ikut hukum politik?..


🤭🤭🤭🤭


.



PARTI KHAWARIJ PUAK MUNAFIK NI, DIA BUAT SEMUA BOLEH...


 

KATAKAN LAH DSAI NI TUMBANG... TAK MUDAH KALAU NAK TUMBANG. TAPI ISU GAJI DAN LAIN LAGI TELAH BELIAU SELESAIKAN


 

OWHHH... AKU PAHAM, SEBAB ORANG YANG TAK BETUL OTAK DIA SAJA MAKAN NASI BERKUAHKAN AIR OREN.


 

CYTRO SANUSI... PATUT LA.... PIANG JUGA... ME NO ENGLISH


 

DI KETIKA PIMPINAN PEMBANGKANG SIBUK ISU ELAUNS, JAWATAN, TEBUK ATAP......KITA SEBAK LIHAT STEVEN CARI RUMAH UNTUK TINGGAL- TAHNIAH CINA KAPIAQ DAP TOLONG ANAK KERAJAAN WALAUN







 Sebak tengok Steven carikan rumah 7 beranak tinggal dalam kereta

Kisah kepayahan tujuh beranak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas merantau daripada Kelantan ke Pulau Pinang mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong

Dalam satu hantaran video dimuat naik di X, lelaki dikenali sebagai Hilmi itu memberitahu sudah tiga bulan dia dan isteri tidur di dalam kereta bersama lima orang anaknya yang masih kecil.

Katanya, mereka sekeluarga ditipu pemilik rumah sewa dan dihalau daripada rumah walaupun deposit rumah sudah dibayar.


Dia sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk membina kehidupan yang lebih baik.

“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai pemandu lori tetapi Hilmi tidak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah itu, kereta itu juga dibawa ke sana ke sini buat Lalamove,” menurut hantaran Steven.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Steven mencarikan rumah baharu untuk keluarga berkenaan dengan jaminan sewa rumah ditanggung olehnya selama setahun.


Tidak hanya itu, beliau juga membelikan perkakas rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.

Steven turut menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 bagi meringankan beban mereka serta membelanja mereka sekeluarga makan tengah hari pada pertemuan itu.

Video berdurasi 2 minit itu menyentuh hati ramai dengan rata-rata pengguna memuji kesungguhan Steven membantu keluarga yang sedang kesusahan walaupun bukan di bawah kawasan Parlimennya.





Pengganas Israel Kali Pertama Akui Dalang Bunuh Haniyeh

 

Katz mengakui Israel menjadi dalang pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran. Foto AFP

BAITULMAQDIS, 24 Dis – Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, buat julung kali mengakui pembabitan dalam kes pembunuhan bekas Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran, tahun ini.

Serentak itu, Katz turut memberi amaran dan ugutan kepemimpinan Houthi di Yemen akan menerima nasib sama.

Menurutnya, rejim Israel akan menyerang Houthi pada skala besar dan memusnahkan pemimpin pejuang itu, sama seperti dilakukan ke atas Haniyeh, (Yahya) Sinwar, dan (Hassan) Nasrallah di Tehran, Gaza, Palestin serta Lubnan.

Katanya perang akan dilakukan di Hodeida dan Sanaa.

Kenyataan ketika satu acara di Kementerian Pertahanan itu menandakan pengakuan awam pertama mengenai peranan Israel dalam kes pembunuhan Haniyeh di Tehran, Iran, akhir Julai lalu.

Sementara itu, Katz dalam kenyataan, turut memberi amaran akan mengerat tangan pihak yang menentang Israel serta tenteranya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Hingga kini, Israel tidak pernah mengakui membunuh Haniyeh, namun Iran dan Hamas sejak sekian lama mengetahui kematian pemimpin politik kumpulan pejuang itu didalangi rejim berkenaan.

Haniyeh, yang dilihat mengetuai usaha rundingan gencatan senjata di Gaza, dibunuh di rumah tamu dekat Tehran pada 31 Julai lalu, dikatakan dengan menggunakan alat peledak yang diletakkan ejen Israel, beberapa minggu sebelum kejadian.

Sehari sebelum itu, Haniyeh menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Pada 27 September lalu, Israel membunuh Nasrallah dalam serangan bom di Beirut, Lubnan, diikuti pembunuhan pengganti Haniyeh, Sinwar, di Gaza, pada 16 Oktober.

Pegawai Israel berkata, Sinwar adalah dalang serangan Hamas ke atas Israel, pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.




‘Derma Jihad’ untuk Siti Mastura cubaan normalisasi fitnah? PAS patut ajar ahli parti dan pimpinan Pas jaga bab fitnah ini.



Tindakan Pas membela Siti Mastura Muhammad dengan mengarahkan ‘Derma Jihad’ digerakkan untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas itu melunaskan saman kepada DAP, mencetuskan persoalan adakah Pas cuba menormalisasikan amalan fitnah.

Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Syaheera Ghafar berkata, selepas satu Malaysia tahu bahawa Siti Mastura perlu membayar RM825,000 kerana memfitnah, adakah kini satu Malaysia akan tahu Pas sebuah parti yang cuba menormalisasikan fitnah.

Beliau juga tertanya adakah ahli Pas akan bersuara bahawa hal seperti ini adalah salah, atau mereka hanya akan menurut arahan pimpinan tertinggi tanpa bantahan.


“Satu Malaysia tahu Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura membayar RM825,000 kerana memfitnah pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.

“Seterusnya, adakah satu Malaysia pula bakal dapat tahu bahawa Pas sebuah parti politik yang cuba menormalisasikan fitnah dengan surat arahan dari pejabat agung supaya mengumpul ‘Derma Jihad’ untuk membantu Siti Mastura melunaskan tuntutan mahkamah?,” soalnya dalam satu kenyataan pagi ini.

Jika benar, maka setiap kali pemimpin tertinggi Pas disaman dan terbukti memfitnah, menjadi tanggungjawab bersama ahli-ahli parti pula untuk membantu melunaskan tuntutan mahkamahnya.


Beliau berkata, Pas sepatutnya memberikan pengajaran kepada mana-mana pemimpin mereka yang jelas melakukan dosa fitnah.

“Jika hal ini berterusan dijadikan amalan dalam PAS, maka sesiapapun tidak akan terasa beratnya kesalahan fitnah kerana sentiasa akan dibantu dan disokong oleh ahli-ahli parti.

“Pas perlu membuktikan pendirian teguh dengan ajaran agama Islam yang menolak politik fitnah,” katanya lagi.




HUKUM FITNAH. TAPI FISABILILLAH.. APA CRITA?

 

Apa hukum menderma Tabung Fitnah?….



            Zunar Cartoonist Fan Club



WOIII WALAUN... TAK PAYAH SPIN LA... PMX NAK NAIK GAJI DULU HANG LA KEPALA BAPAK DOK HASUT.. KEPALA BAPAK TU BUKAN MAKI. TAPI PUJI.. SANUSI KATA.

 


LAIN KALI JANGAN ADU DOMBA


 

BAHAYA FITNAH

 


KEH.. KEH.. KEH


 

JANGAN SOKONG PAS DAN BERSATU. MEREKA SEDANG KARAM DENAGN ADU DOMBA DAN FITNAH

 

Zuwairi Md Yusof


Fitnah Mainan PAS,Adu Domba Dan Menghasut Budaya PN



Sekarang terbukti dan jelas sekali pucuk Pimpinan PAS dan Pengikut2 mereka bukan mengamalkan Syariat ISLAM sebenar yang di turunkan ALLAH SWT. 

.Ini yang di katakan golongan yang amal ibadat mereka tidak di terima tuhan walaupun mereka solat 5 waktu,mengerjakan haji dan umrah,mengeluarkan zakat dan sebagainya.



Bersikap Asabiyah berpuak puak dan memusuhi sesama manusia adalah amalan jahiliyah yang di amalkan umat Nabi dan Rasul terdahulu.Tidak menghormati Khalifah iaitu Raja2,Sultan adalah tindakan biadap mereka kepada Amirul Mukminin di Malaysia.






PUAK JUHALA' TERUS MEREMEHKAN PERANAN YDPA DAN RAJA-RAJA APABILA MEMAINKAN ISU ISLAM DAN MELAYU KUNUNNYA TERANCAM SERTA MAHU DIHANCURKAN





#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham

(Nota Admin : PEMBANGANG tiada modal politik mahu lawan PMX dan Kerajaan MADANI lalu hanya mampu membohongi Rakyat)


SEDARKAH anda bahawa perkara-perkara tunjang dan dasar seperti kedudukan Islam, Melayu, Bumiputera Sabah & Sarawak, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu mempunyai SAFETY NET dlm Perlembagaan Persekutuan?


Sudah banyak kali saya jelaskan dlm artikel2-artikel terdahulu, meh saya ulang perjelaskan lagi supaya kita boleh terus sedarkan Rakyat terutama Pengundi Atas pagar bahawa PNunggang Agama dan Bangsa BERBOHONG kpd mereka dgn memainkan isu 3R.


Hakikatnya, berkurun sudah RETORIK KUNUN Islam dan Melayu terancam dan nak dihancurkan di Malaysia dimainkan sebagai sentimen politik. Sedangkan keduanya termaktub dan TERJAMIN dalam Perkara 3(1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Telah wujud Safety Net kerana YDPA dan Raja-Raja yg diberi kuasa melindungi kedudukan Islam dan Melayu. TIADA sebarang perubahan boleh dibuat terhadap KEDUDUKAN Islam dan Melayu di Malaysia tanpa persetujuan YDPA dan Raja-Raja. Ia disebut dlm Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.


Hanya puak JUHALA' shj yg percaya pd Retorik dan Fitnah PEMBANGANG yg meremehkan tugas dan tanggungjawab Raja-Raja terhadap Islam dan Melayu.


Sape yg percaya, pasti jadi walaun & untit JUHALA' yg sudah pajak otak pada lebai PNunggang Agama.


Wallahualam.


-Zus Din

24122024



"BAIK DIAM-DIAM, NANTI ORANG NAMPAK KAMU TAK CERDIK" LOKMAN RESPON FADHL...

Dengar Lokman adam cakap pasal Tun M dan Muhyiddin

LEBAI PAS CAKAP REFORMASI SUDAH JADI REFORMATI! BENARKAH DAKWAAN ITU MAR...



KEPAKARAN LEBAI PAS MEMUSINGKAN FAKTA DAN MEMFITNAH! LEBAI PAS CAKAP REFORMASI SUDAH JADI REFORMATI! BENARKAH DAKWAAN ITU MARI DENGAR KATA DR. ABU HAFIZ! Sumber Video Medsos dr Abu Hafiz Salleh





"TANYALAH DULU, KALAU TAK ERTI" PMX BIDAS PEMIMPIN PAS !



Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP. Hashim berkata, hal ini kerana sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam.
“Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia … Bagi saya, tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap PAS memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai kewajipan Mastura membayar RM825,000 dengan kadar segera, yang diperintahkan oleh mahkamah Menurut surat itu lagi, kegagalan membayar saman akan menyebabkan plaintif mengambil tindakan prosiding kebankrapan yang boleh menyebabkan Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, dan kerusinya akan dikosongkan.
“Pihak PAS telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan memutuskan bahawa PAS pada semua peringkat perlu turut sama mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut,” menurut surat itu. “(Ia) memandangkan Mastura, yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap DAP, melakukannya dalam keadaan yang berasas semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu pada kempen PRK Kemaman pada 4 Nov 2023.”
Dalam pada itu, Hashim mengakui belum menerima surat itu daripada pusat namun beliau telah dimaklumkan mengenainya. Pada 4 Dis lepas, Mastura kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok berhubung ucapan beliau yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin-pemimpin DAP tersebut, iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok.
Siti Mastura juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang untuk ketiga-tiga plaintif.


FITNAH DOSA BESAR DIANGGAP JIHAD APA CER? MUHYIDDIN CAKAP PAS INI PARTI...




Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP. Hashim berkata, hal ini kerana sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam. “Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia … Bagi saya, tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa,” katanya kepada FMT. Terdahulu, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap PAS memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai kewajipan Mastura membayar RM825,000 dengan kadar segera, yang diperintahkan oleh mahkamah
Menurut surat itu lagi, kegagalan membayar saman akan menyebabkan plaintif mengambil tindakan prosiding kebankrapan yang boleh menyebabkan Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, dan kerusinya akan dikosongkan.
“Pihak PAS telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan memutuskan bahawa PAS pada semua peringkat perlu turut sama mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut,” menurut surat itu.
“(Ia) memandangkan Mastura, yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap DAP, melakukannya dalam keadaan yang berasas semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu pada kempen PRK Kemaman pada 4 Nov 2023.”
Dalam pada itu, Hashim mengakui belum menerima surat itu daripada pusat namun beliau telah dimaklumkan mengenainya. Pada 4 Dis lepas, Mastura kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok berhubung ucapan beliau yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.
Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin-pemimpin DAP tersebut, iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok.
Siti Mastura juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang untuk ketiga-tiga plaintif.




[viral] USTAZAH PAS BAKAL BANGKRAP DAN HILANG KERUSI PARLIMEN KEPALA BAT...



Pas membuat rayuan sumbangan kewangan bagi membiayai perintah mahkamah sebanyak RM750,000 terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.
Menerusi surat yang beredar hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kegagalan Siti Mastura menyelesaikan tuntutan kepada tiga pimpinan utama DAP terbabit boleh menyebabkan prosiding kebankrapan. “… kesannya boleh menyebabkan Ahli Parlimen Kepala Batas hilang kelayakan dan kerusinya akan dikosongkan untuk suatu Pilihan Raya Kecil,” katanya.
Pada 4 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok. Hakim Quay memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mastura yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) itu berunsur fitnah dan pembelaannya atas dasar komen adil, keistimewaan bersyarat, dan penyebaran tanpa niat jahat tidak dapat dibuktikan.






Kenapa perlu jual agama?


Desa HM


Nk cari makan.. cari lah. Buat kerja. Banting tulang. Berusaha.


Tak perlu lah jual agama. Tak perlu jadikan agama sebagai pelaris. 


Nak jalan kaki kutip derma, berjalan lah. Berapa ribu kilometer pun, org tak kisah. Kenapa perlu kaitkan jalan kaki dgn misi nk pi 'Mekah'?..

Sebab Mekah tu simbol agama?

Kenapa... kalau sebut berjalan kaki nk ke Tembok Besar China, atau jln kaki nak pi makan angin ke Ho Chi Minh city, org tak bagi derma?..


Smlm aku lalu jln lama, dlm Pekan Sg Petani. Kat traffic light nk masuk Jln Sekerat, ada seorang lelaki berketayap, mundar mandir hulur tangan kat pemandu kereta, minta sedekah.


Its okay. Nk mintak sedekah tu tak ada masalah sngat. Kalau dah tak ada jalan lain.. buat lah. Tapi, kenapa kena pakai 'ketayap'? Kalau pakai topi kebun, atau pakai cepiau MU, tak boleh mintak sedekah ker?...


Oww.. sebab ketayap tu melambangkan imej Islam? Org yg pakai ketayap tu, org yg berpegang kuat kpd ajaran agama, yg solatnya tak tinggal... dan dia lambang seorang pejuang agama.

So... pengguna jalanraya kena pakat2 tolong. Ini org agama.. org2 yg menjadi wakil Tuhan.. 

Begitu?...


Sudah2 lah...


Berhentilah menunggang agama utk mencari sedikit habuan dunia... jujurlah pada diri.


Berhentilah dari terus menerus mem'bohongi' bangsa sendiri...


🤔🤔🤔🤔🤔



Fitnah yang sedang difitnah🙄

Desa HM

Lipatan sejarah telah melakarkan banyak pengajaran kepada masyarakat akan bahaya fitnah. 



Seawal zaman Khulafa ArRasyidin lagi.. berlaku fitnah yg menyebabkan kematian Saidina Uthman bin Affan RA dan seterusnya membawa kepada beberapa siri peperangan sesama umat Islam.


Al Quran mencatatkan, Nabi Allah Yusuf AS pernah menjadi mangsa fitnah. Kisah ini dirakamkan di dalam Al-Quran secara spesifik di dalam Surah Al-Yusuf ayat 23-29 yang menceritakan Nabi Yusuf AS cuba digoda oleh isteri kepada pembesar Mesir, Zulaikha untuk melakukan perbuatan yang dilarang kerana wanita itu terpukau dengan keindahan rupa paras Baginda. Bagaimanapun, kebenaran akhirnya terungkai dengan muncul seorang individu yang memberikan logik dengan keadaan baju Nabi Yusuf AS yang terkoyak di bahagian belakang yang menunjukkan Baginda tidak bersalah.


Sejarah lain turut merakamkan peristiwa fitnah terhadap Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW. Dalam peristiwa yang diada-adakan oleh kaum munafik, Saidatina Aishah RA telah dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral dengan Safwan bin Mu‘attal. Berikutan peristiwa tersebut, Saidatina Aishah RA sendiri sebagai mangsa fitnah dan Baginda Rasulullah SAW sebagai suami telah menanggung aib dan malu. Kesan fitnah tersebut telah menyebabkan Baginda SAW tidak banyak bercakap dan terpaksa mengurungkan diri daripada masyarakat awam. Keadaan kembali pulih dengan turunnya wahyu Allah SWT yang bermaksud:


“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat) [11]. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: ini ialah tuduhan dusta yang nyata [12]. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangksan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta [13]”- Surah Al-Nur:11-13.


Demikian tausiah yg dpt dipetik utk dijadikan panduan dlm melayari kehidupan buat umat akhir zaman. Umat yg saban hari disajikan dgn fitnah demi fitnah...


Lebih malang lagi, di kalangan pihak2 yg mendabik dada mengatakan 'merekalah yg terpaling Islam'... hari ini memgeluarkan fatwa, harus utk umat Islam memberikan derma bagi membantu membayar denda di atas hukuman mahkamah ke atas pesalah fitnah... 


Lebih memalukan lagi.. tabung yg dilancarkan pun, diberi nama 'Tabung Jihad'...


Nk tegakkan fitnah pun, guna nama jihad jugak!


Astaghfirullah...


Bercelaru habih...


🤔🤔🤔🤔



PM Anwar Berduka Atas Pemergian Aktivis Gerakan Islam Youssef Nada

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia pada Ahad.

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia hari ini.

“Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

“Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nada, 93, merupakan ahli perniagaan dan bapa kewangan Islam serta pengasas Al Taqwa Islamic Bank.

Beliau terkenal kerana kejayaan kes perundangan hak asasi manusia di Eropah untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan keganasan oleh Amerika Syarikat.


Peluasan BAP Kepada Pelajar Tingkatan 6 Bukti PM Anwar Prihatin – Zarizi

 

Menurut Zarizi Jamil, inisiatif ini menunjukkan komitmen beliau untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam memperoleh pendidikan berkualiti, sekaligus mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dalam menghadapi kos persekolahan.

JOHOR BAHRU, 23 Dis – Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada pelajar Tingkatan 6 yang diumumkan untuk tahun depan adalah satu lagi bukti keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kebajikan golongan pelajar, terutamanya yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

Menurut aktivis KEADILAN Johor, Zarizi Jamil, inisiatif ini menunjukkan komitmen beliau untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal dalam memperoleh pendidikan berkualiti, sekaligus mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa dalam menghadapi kos persekolahan.

“Saya menyambut baik inisiatif Perdana Menteri yang amat prihatin ketika meningkatnya kos sara hidup, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan seperti ini sangat penting untuk membantu keluarga dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak mereka.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta. Foto Facebook Fadhlina Sidek

“Pelajar Tingkatan 6, yang berada di peringkat pra-universiti, memerlukan sokongan tambahan untuk menghadapi cabaran akademik yang lebih tinggi,” katanya.

Tambah beliau, bantuan ini dapat digunakan untuk membeli buku, alat tulis, pakaian seragam dan keperluan lain yang berkaitan dengan peralatan persekolahan.

“Tindakan ini juga mencerminkan agenda Malaysia MADANI yang diketengahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fokus utama adalah memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memberikan peluang yang adil kepada setiap individu, tanpa mengira latar belakang.

Fadhlina berharap inisiatif untuk tingkatan enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana tingkatan enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua.

“BAP ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi juga memberi isyarat bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan bersedia membantu rakyat dalam segala aspek kehidupan, terutamanya dalam bidang pendidikan,” jelasnya lagi.

Terdahulu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.

“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar tingkatan enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak tingkatan enam ini terus bersemangat.

“Kita harap inisiatif untuk tingkatan enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana tingkatan enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan.