1 BERITA PUTAR BELIT SATU BERITA BENAR -GPMS BUAT APA???JADI ALAT POLITIK ---??

Hak pelajar kurang mampu dikhianati-utusan meloya

SHAH ALAM 19 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor menyifatkan keputusan kerajaan negeri menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam dekat sini sebagai satu pengkhianatan hak rakyat yang kurang kemampuan untuk mendapat pendidikan.

Pengerusinya, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, keputusan tersebut juga merupakan satu lagi kisah malang buat rakyat Selangor selepas pembatalan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Rawang dekat sini baru- baru ini.

"Nampaknya kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang lebih utamakan ladang babi, projek pasir, premis hiburan dan rumah urut daripada memikirkan soal pendidikan rakyat Selangor.

"Apa yang lebih menyedihkan IKYS ini ditubuhkan untuk membantu anak golongan kurang berkemampuan yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi bagi mendapatkan latihan kemahiran,'' katanya di sini hari ini.



MB: Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal

Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan di sebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.


Abdul Khalid berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat.

"Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana kemudahan di INPENS jauh lebih baik daripada di IKYS.

"Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana INPENS mempunyai hubungan dengan para pengusaha industri yang membenarkan latihan amali diadakan di syarikat mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

ha..ha..a melayu kena racun sikit mengeglabah...bangsa lain kalau ke kolej swasta lihat jauh kehadapan walau tanpa bantuan.sokong lagi umno...pandangan tak jauh kehadapan

No comments: