Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

(Azuan Ab Rahman)
rafizi_pkrHQ_MostiPETALING JAYA 21 APR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan projek komersial.
Menurut Rafizi, hasil kajian dibuat menunjukkan pemberian geran kepada syarikat NSE Resources Corporaton (M) Sdn Bhd
Tindakan itu kata Rafizi bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI.
“Setelah kaji, kita dapati ianya diberikan tanpa patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Lebih dari itu pemberian geran kepada Syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.
“Selalunya kalau nak buat projek komersial, pembiayaan selalunya datang dalam bentuk pinjaman mudah.
“Bukan dengan penganugerahan geran penyelidikan,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Pada sidang media tersebut juga, Rafizi mengedarkan salinan surat rasmi kementerian tersebut yang menyatakan persetujuan kepada permohonan syarikat tersebut untuk permohonan geran pembangunan.
Najib_Arah_Bagi_Geran_RM100jTambahnya, oleh kerana jumlah pembiayaan tersebut diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat terbabit berkemungkinan tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan.
Pendedahan tersebut menunjukkan bagaimana berlakunya campur tangan dan arahan bagi menyalahgunakan dana awam dari peruntukan geran R&D MOSTI bernilai RM1.1 bilion.
“Kita menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC yang bukan bersifat geran pun tidak dibayar balik kepada kerajaan.
“Apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan dalam bentuk geran.