KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menolak
tuduhan oleh Umno semalam yang mengatakan kerajaan Singapura cuba campur
tangan urusan negara, sebaliknya menjelaskan taklimat Scorpene di
negara jiran tersebut berpunca dari sekatan kerajaan Malaysia.
“Taklimat semalam amat berguna dan kami kecewa dengan sikap Speaker yang menghalang peguam Perancis, Apoline Cagnate daripada memberi taklimat di Parlimen.
“Malahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak memberi apa jaminan akan membenarkan peguam itu masuk Malaysia hingga memaksa taklmat dijalankan di Singapura,” kata ahli parlimen (MP) Subang (PKR), R Sivarasa (gambar).
Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, pemimpin Umno mengecam kerajaan Singapura kerana membenarkan peguam Perancis memberi taklimat isu kes mahkamah Scorpene kepada ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu surat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan peguam Perancis mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, bangunan Parlimen.
Walaupun halangan daripada kerajaan Malaysia, peguam Perancis tersebut masih sedia untuk datang ke Malaysia, menurut MP Batu (PKR) Chua Tian Chang.
“Peguam Perancis menyatakan mereka masih telus untuk memberikan taklimat di Parlimen. Kalau ada perkembangan terkini, mungkin pada Januari atau Februari mereka akan datang.
“Cuma saya harap kerajaan bersikap terbuka dan membenarkan peguam Perancis masuk negara,” kata Tian merujuk kepada kes William Bourdon yang dihantar pulang sebaik tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
MP Shah Alam (PAS), Khalid Samad turut senada dengan rakannnya sambil menyatakan penerangan oleh Apoline adalah jelas dan serius.
“Kes ini sangat serius dan bukan remeh sepertimana yang didakwa oleh Umno dan Barisan Nasional ini.
“Saya harap selepas ini kerajaan perlu memberikan kerjasama dan bukan hanya bersikap seolah-olah ia tidak serius,” kata Khalid.
Semalam, Apoline dalam taklimatnya di Kota Singa berkata akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan Scorpene.
Apoline turut mendedahkan dua Hakim iaitu Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Selain itu, tujuh saksi dinamakan termasuk perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; menteri pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
NGO hak asasi manusia itu secara aktif telah mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, dan berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan model Mongolia Altantuyaa yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.