Friday, June 5, 2015

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

Perjuangan Islam Melayu khianati amanat Nik Aziz Nik Mat

PAS jatuh ke dalam budaya perjuangan yang telah dikuburkan oleh kepimpinan ulama sejak 1980an, iaitu perjuangan ‘Islam Melayu’ atau lebih mudah disebut di pihak Umno sebagai Ketuanan Melayu.

Pemimpin yang menang dalam Muktamar ke 61 terdiri daripada ustaz yang dikatakan amat kuat berpegang kepada Islam tetapi sebenarnya mereka lebih mengutamakan Melayu. Para ustaz ini, seperti kata pemikir PAS Dr Zuhdi tidak senang dengan DAP yang lebih memperjuangkan bukan Melayu.

Zuhdi dalam satu kenyataannya menyebut mengenai perjuangan Umno yang mengutamakan Melayu membolehkan parti itu menang majoriti mudah di parlimen. PAS sekiranya ingin menjadi parti memerintah perlulah mencontohi strategi Umno .

Perjuangan assabiyah

Kenyataan seperti itu sama sekali tidak selari dengan perjuangan tokoh besar PAS Nik Aziz Nik Mat yang sejak 1980an konsisten menyebut ‘Islam dulu baru Melayu’. Islam amat penting dan perjuangan Islam akan memastikan Melayu, Cina serta India mendapat keadilan dan kesaksamaan.

Perjuangan Ketuanan Melayu sejak zaman Hadi Awang menjadi penceramah bebas di madrasah dan masjid di Terengganu telah difatwakan PAS sebagai assabiyah. Perjuangan mengutamakan Melayu dianggap sesat dan antara yang lantang menghentam kesesatan Umno ketika itu adalah Hadi sendiri.

Tidak tahu bagaimanakah pada usia senja ini Hadi boleh terpengaruh dengan pemikiran mentah Zuhdi yang masih hingusan dalam politik.

Mengutamakan Melayu juga tidak wujud dalam falsafah perjuangan Fadzil Noor serta tokoh senior Hassan Syukri. Kesemua mereka mengesahkan perjuangan berasaskan Melayu bukan sahaja tidak menepati kehendak Islam tetapi telah diamalkan PAS sejak awal penubuhannya.

Tidak berkembang

Negeri yang berjaya diperintah secara Melayu adalah Kelantan sahaja. PAS tidak mampu berkembang ke negeri-negeri lain. Bangsa bukan Melayu sangsi dengan parti yang mengutamakan agama dan kemudian bangsa.

Kebijaksanaan Nik Aziz ialah menyerlahkan Islam itu untuk semua bangsa. Maka stigma PAS parti untuk kaum tertentu dihakis daripada minda bukan Islam.

Apakah yang mampu ditawarkan PAS kepada orang Melayu? Tidak lain adalah agama. Sejak merdeka orang Melayu kebanyakannya telah terbiasa dengan budaya beragama Umno. Tidak ada masalah bagi Melayu mengambil corak beragama longgar seperti sekarang dan membenarkan Umno membawa pelbagai kemajuan untuk negara.

Era reformasi

Jika hujah bahawa PAS telah mempunyai ahli 1.3 juta ahli. Menunjukkan Melayu semakin minat terhadap agama maka hujah itu boleh dipertikaikan. Sebagai parti politik, ahli yang masuk PAS bukan kerana ingin menguatkan kefahaman agama. PAS pula tidak mempunyai kuliah mingguan secara kelompok di rumah ahli-ahli atau pun perkumpulan dakwah seperti Tabligh untuk membuktikan ahli yang masuk itu mengutamakan agama.

Kebanyakan ahli PAS masuk ketika era Reformasi. Mereka marah kepada kerajaan BN. Ahli PAS sebelum reformasi hanya 400,000 kurang daripada ahli PKR hari ini. Pada 1999 – 2000 sahaja PAS mampu menambah 200,000 ahli baru. Bermakna ahli yang masuk lebih kepada matlamat politik.

Sebaik sahaja PAS mahu berjuang mengutamakan agama dan Melayu maka tidak mustahil mereka akan mengalih sokongan kepada parti lain.

Perjuangan ulama

Corak perjuangan ulama sangat mudah. Sokong rejim BN sehingga pilihan raya. Ulama tidak akan mengecam BN sebaliknya menegur dan menasihat secara halus sebagaimana yang disarankan oleh kitab fatwa abad ke 7 lalu.

Ulama ketika itu berfatwa sedemikian kerana menegur khalifah dengan tunjuk perasaan akan menyebabkan rakyat dibunuh. Fatwa seperti itu tentulah tidak boleh digunakan dalam sistem demokrasi.

Tunjuk perasaan sebagaimana dipimpin Mat Sabu selama ini akan diganti dengan himpunan ceramah serta solat hajat di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kritikan pedas kepada pemerintah akan diganti dengan artikel panjang lebar dalam Harakah lengkap dengan ayat dan hadis.

Siapakah yang akan tertarik dengan perjuangan politik semacam itu? PAS telah bertukar sepenuhnya kepada gerakan dakwah. Tiada roh politik dalam parti yang tidak lantang mengkritik kerajaan.

Seolah-olah Malaysia setanding dengan kerajaan Barat yang amat berkebajikan kepada rakyat. Parti politik masuk pilihan raya hanya untuk memperbaiki polisi awam, kesihatan, pekerjaan dan hal-hal yang teknikal.

Menyanggah realiti

Sedangkan realiti dalam negara ini sangat buruk. Rekod hak asasi setaraf negara Afrika. Kadar rasuah mengulangi korupsi era Suharto di Indonesia. Rakyat diperah menjadi mesin ATM melalui cukai GST.

Melayu yang sedar serta progresif tidak akan bergabung dengan PAS melaksanakan perjuangan lembut seperti itu. Manakala Melayu tidak sedar diri tentu akan terus bersama Umno kerana alergi dengan pendekatan agama.

Dua tahun daripada sekarang Melayu akan melihat PAS kembali ke zaman para ustaz seperti 1980an. Tidak mampu mencanai politik semasa dan lesu. Melayu juga tidak akan meminta PAS memperjuangkan isu Melayu kerana Umno lebih baik. Parti itu memerintah dan mempunyai peruntukan.

Isu kemiskinan

Isu utama Melayu adalah kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, pendidikan, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya. PAS tiada kewangan untuk membantu hal-hal pembangunan. Malah kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan juga adalah antara negeri paling miskin di Malaysia.

Melayu anak Kelantan kebanyakannya berhijrah ke Pantai Barat dan tidak kurang bekerja di syarikat milik Cina DAP yang dimusuhi PAS.

Hasil daripada muktamar ke 61, PAS menuju ke alam fantasi dan mengarut. Sedikit cahaya di hujung terowong ialah kesediaan Hadi melepaskan jawatan dan melantik Tuan Ibrahim sebagai presiden baharu.

Namun tidak banyak yang boleh dibuat kerana Tuan Ibrahim dikepung oleh pelbagai pemimpin Melayu PAS yang sesetengahnya berjuang senada dengan Perkasa.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers