'Jangan ancam penjawat awam'


Kerajaan ini bukan bapak dia punya.Akai kurang.Nak bodek pun patut-patut la..pencen duduk soqang-soqang dalam rumah.

Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa tidak seharusnya mengancam untuk memecat penjawat awam yang menyertai perhimpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Jumaat lalu.

“Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi... Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Tan juga berkata Ali sepatutnya menyerahkan kes kepada polis jika terdapat mana-mana penjawat awam yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penjawat awam masih rakyat Malaysia. Mereka tidak harus diancam dengan pelucutan jawatan kerana mereka bertindak mengikut hak yang dilindungi perlembagaan persekutuan,” katanya.

Pemuda GERAKAN juga menggesa ketua setiausaha negara agar tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Ini bertentangan dengan prinsip asas BN,” katanya.

Seramai kira-kira 50,000 orang menyertai perhimpunan raksasa pada 1 Mei lalu bagi menyatakan bantahan ke atas GST, yang akan berkuatkuasa April tahun depan.

Ali dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan itu memberi amaran bahawa penjawat awam yang menyertainya boleh dikenakan tindakan termasuk diberhentikan kerja.

Beliau memberi alasan, penjawat awam tidak boleh menentang aspirasi dan dasar kerajaan.

No comments: