GMI RAYU SOKONGAN PADA 28 JUN DI STADIUM MELAWATI












GMI RAYU SOKONGAN 28 JUN DI STADIUM MELAWATI

OLEH : AMIRUDDIN AHMAD

KEPALA BATAS-14 JUN GMI Gerakan Mansuhkan Tahanan Tanpa Bicara ISA dilancarkan di Kepala Batas di dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri.Gerakan yang turut mendapat sambutan ini di hadiri oleh Pengerusi Hindraff RS Tanitharan ,Pn Norlela, Abdul Wahid,YDP PAS Kepala Batas ,Tuan Syed Ibrahim Pengerusi GMI Kebangsaan Tuan Syed Ibrahim,Norlela Othman, Sdr Bokhari Pengarah program GMI , Ustazah Normah Bt Mat Isa ,Ketua Muslimah PAS Pulau Pinang,Sdr Ambalagan Pegarah GMI Penang,Sdr Ramu Pengarah GMI Kedah.

Apa yg menarik perhatian penonton ialah berhubung dengan kenyatan RS Taritharan yang menegaskan betapa semua kaum harus sdedar bahawa selama ini ke bahawa islam itu fanatic rajaan bn malahan orang yg mengukitui ajaran tuhan adalah orang yg baik dan mengharapkan orang India percayakan pas danjangan percayakan bn.malah org India telah menubuhkan kelab penyokong pas…Apa yang kita tentang ialah akta yang kejam yang memisahkan keluarga dan juga merampas hak kebabsan rakyat.jika rakyat salah sila bawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Majlis kemudiannya menjemput Puan Norlela salah seorang siteri mangsa tahanan ISA dimana beliau menceritakan betapa hiba dan sedihnya beliau apabila membicarakan tentang penbebasan suaminya yang telah ditahan selama 6 tahun tanpa bicara dan akhirnya di beritahu bahawa suaminya ditambah selama 2 tahun lagi. Keadaan suaminya diberitakan begitu teruk, malah ini menambahkan derita anaknya yang kini telah berusia 16 tahun.sejak beliau ditinggalkan ketika berusia 10 tahun tanpa melihat wajah ayahnya.

“Bayangkan jika ini berlaku kepada anda dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kesalahan yang tidak dapat dibuktikan di mahkamah ini menjadi satu trauma kepada seluruh rakyat Malaysia”,demikian jelas beliau lagi.

Beliau kemudiannya melahirkan rasa kesal kerana ramai dikalangan isteri-isteri para tahanan ISA berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, malahan tidak mengambil sebarang langkah untuk menentang akta yang zalim ini.

“Walau pun tanpa berbuat apa-apa ,suami mereka tetap juga ditahan dan tidak dibebaskan.dari berdiam diri lebih baik bergerak dengan kesatuan dan GMI adalah badan yang paling sesuai untuk bergerak kerana kempen kita telah dihantar ke Geneva”, demikian jelas puan Norlela lagi.

“‘Hari ini adalah hari mereka ,hari kita akan datang kemudian.”, demikian jelas beliau dalam ucapan yang menceritakan tentang kesedihan yang di alami para tahanan ISA.

Sementara itu Tuan Syed Ibrahim dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana ini adalah kali pertama GMI mengadakan sambutan di dalam parlimen Kepala Batas kerana ini sebenarnya memberi isyarat kepada Perdana Menteri supaya menkaji dan menghapuskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Sir Hutching yang digunakan untuk menentang komunis.

“ISA sebenarnya digunakan untuk menentang komunis semasa pentadbiran Inggeris, namun kerajaan kini menggunakan ISA sebagai senjata politik bagi menentang kemaraan rakyat”.

Pakatan Pakyat telah berjanji untuk menghapuskan akta yang dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaaan masa kini.

No comments: