Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh.
BERGAMBAR : RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KEADILAN DI PERMATANG PAUH
Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KEADILAN Pulau Pinang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dataran Rakyat Guar Perahu, Permatang Pauh.
BERGAMBAR: ANWAR MERASMIKAN IBU PEJABAT KEADILAN PULAU PINANG
Merasmikan ibu pejabat KEADILAN Pulau Pinang hari ini dan bermesyuarat bersama pimpinan negeri di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Mahu jatuhkan PH, perangai pemimpin Pas macam Abu Jahal – Nik Omar
YANG Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah, adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab.
Ahad lalu, ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-65 di Kuantan, Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Salleh secara terbuka menyuarakan pendirian parti itu bahawa ‘wajib’ menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Susulan kenyataan kontroversi itu, Ustaz Nik Omar berkata, penerangan mendalam perlu dilakukan jika mahu menyebut ‘wajib’ dari sudut politik supaya tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat di negara ini.
“Kalau mereka keluarkan kenyataan seperti itu, kita juga boleh sebut bahawa ‘wajib’ juga untuk kita mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.
“Apabila sesuatu perkara itu disebut ‘wajib’, itu bermakna perkara yang lain akan jatuh hukum sebagai ‘haram’.
“Jadi, jangan hanya sebut wajib dan terhenti setakat itu. Penjelasan secara terperinci perlu dilakukan dan kita juga kena faham maksud Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan).
“Apabila kita hendak melakukan sebarang kebaikan, kita juga kena mengiktiraf peranan individu dan organisasi lain yang mempunyai tanggungjawab sama untuk membangunkan sesebuah negara termasuk Malaysia,” katanya ketika ditanya media berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Yadim, di pejabatnya, hari ini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yadim.
Mengulas lanjut, Ustaz Nik Omar berkata, kenyataan berkenaan keluar daripada pihak parti politik dan kebiasaanya mereka mahu mendapatkan sokongan rakyat.
“Walau apa pun, kita kena berkerja keras menjalankan tanggungjawab kita sebagaimana tuntutan Allah.
“Pada masa sama, kita juga harus menonjolkan kedudukan masing-masing termasuk di Yadim untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang sememangnya memberi perhatian serius kepada pembangunan negara termasuk pembangunan Islam itu sendiri.
“Contoh paling jelas adalah, kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan pembangunan Islam daripada RM1.1 bilion kepada RM1.2 bilion iaitu pertambahan sebanyak RM100 juta.
“Itu salah satu gambaran jelas dan kami lihat Kementerian (Hal Ehwal Agama) begitu bersungguh-sungguh memastikan cita-cita ini berjaya dengan mewujudkan beberapa kluster utama dan Yadim juga diberi mandat menjayakan kluster dakwah,” tambahnya lagi.
HAZIQ RAYU TUN M AMBIL TINDAKAN
Rayuan seorang rakyat hina mencari keadilan di Malaysia Baru
Kisah saya mungkin sudah diceritakan banyak kali tetapi kali ini saya merayu kepada Tun Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan semula bukti salahlaku Azmin Ali.
Sejak pertemuan pertama dengan insan bernama Azmin tidak pernah terlintas yang kami akan menjadi kawan mesra.
Disebabkan terlalu naif dan mempercayainya sebagai seorang yang memiliki keperibadian tinggi, hidup saya kini sudah terpalit dengan sejarah hitam.
Jika masa depan saya sebelum ini lebih terjamin sebagai seorang penjawat awam di dalam kerajaan Malaysia yang baru, kini saya sekeluarga telah dihukum dan sentiasa berada di ambang ketakutan hanya kerana bercakap benar.
YAB Tun Mahathir, rakyat Malaysia masih menghina saya kerana video pengakuan sebelum ini.
Setelah Hilman datang berjumpa pada waktu siang fikiran saya semakin bercelaru kerana arahan yang telah diberikan olehnya.
Saya disuruh untuk membuat video penafian dan pengakuan tipu bahawa orang kedua di dalam video tersebut bukanlah Azmin.
Saya tahu kedudukan Azmin sebagai seorang menteri dan ahli politik yang berkuasa sebagaimana sering diperkatakan sepanjang tempoh kami mengenali satu sama lain.
Saya berasa amat marah tetapi takut pada masa yang sama kerana sedar tiada siapa yang akan melindungi saya dari pihak berkuasa.
Berpegangkan prinsip berani kerana benar dan berlatar belakang dalam jurusan undang-undang, saya yakin dengan keputusan untuk membuat video pengakuan itu.
Pada waktu itu saya yakin dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai pembela nasib rakyat.
Namun sehingga kini ramai pihak masih sangsi mengapa perlu menyaran SPRM untuk melakukan siasatan atas tuduhan korupsi.
Sewaktu kami intim saya sering mendengar kisah perbelanjaan isteri dan anak-anaknya di mana jumlah yang disebut kadang kala mengejutkan.
Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan saya tahu gaji dan elaun kerajaan dan jawatan politik diterima Azmin tidak mungkin dapat menampung gaya hidup keluarganya.
Kadangkala apa yang diceritakannya membuat saya malu dengan sikap hipokritnya setelah apa yang diperjuangkan parti selama ini.
Hubungan kami pada mulanya berlandaskan sifat kagum dan ingin melakar masa depan dalam karier seperti Azmin. Namun hari demi hari saya mula sangsi dengan hubungan kami.
Video lucah yang telah direkod itu adalah satu perbuatan khianat dan saya telah dijadikan sebagai kambing biri-biri hitam.
Adakah rakyat Malaysia ingat saya begitu cetek untuk menjahanamkan masa depan saya dan keluarga?
Penyebaran video itu telah membuka aib dan saya benar-benar ingin kembali ke jalan yang benar dengan penuh keinsafan sejak dulu tetapi lemah.
Sejak peristiwa hitam ini saya sentiasa menunggu respon Azmin melalui perkembangan media masa.
Setelah melihat sikap ego Azmin yang masih boleh menghadapi khalayak ramai sambil berlagak biasa, saya yakin bahawa video itu telah direkod untuk milik peribadinya dan telah jatuh ke tangan orang yang berhasad dengki tanpa mengira nasib saya dan sekeluarga.
Mungkin bagi Azmin dia sedar akan tetap selamat kerana kedudukan darjatnya yang lebih tinggi jika dibandingkan hidup saya.
Lemparan tuduhan ke atas saya sebagai penfitnah walaupun setelah dikemukakan bukti-bukti yang kukuh masih tidak dapat diterima segelintir pihak hanya kerana Azmin mampu mempergunakan pengaruhnya demi kepentingan diri.
Adalah mustahil jika dilihat secara objektif dan melalui usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan bahawa segalanya adalah tidak sahih.
Saya pinta hentikan Azmin dari terus memperbodohkan semua orang melalui sifat egonya yang merasakan dia bebas dari segala kesalahan.
Saya pinta suara saya didengarkan dan tidak diperlekehkan hanya kerana menentang kata-kata dusta seorang pemimpin yang selama ini digambarkan sebagai bebas dari salah laku lebih diagungkan oleh orang ramai.
Maafkan saya rakyat Malaysia dan saya rayu agar lihatlah peristiwa ini dari sudut pandangan saya sebagai mangsa.
Saya berharap YAB Tun Mahathir dapat bersikap adil dalam hal ini kerana keluarga saya bukanlah dari orang berada dan amat sukar untuk menghadapi masa hadapan.
Saya pinta agar YAB Tun dapat menjaminkan apa yang terbaik buat negara kita.
Yang ikhlas dan benar,
Haziq Aziz
(Dipetik daripada FB Haziq Aziz)
PEMBANGUNAN BUKAN SEGALANYA, RAKYAT DIUTAMAKAN – ANWAR
Pembangunan bukan segalanya, rakyat diutamakan – Anwar
Setiap usaha kerajaan untuk pembangunan negara ini perlu mengambil kira keselesaan rakyat supaya tidak menjejaskan kebajikan mereka.
Mengambil contoh isu pencemaran udara yang berlaku di Johor Bahru baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pembangunan kilang mudah dibangunkan di situ namun kesihatan rakyat terjejas dengan pembangunan berkenaan.
“Pengalaman kita di Johor kita bangunkan dengan mudah, (tetapi) ada pencemaran (sehingga) kesihatan anak-anak kita terjejas. Jangan sambil kita bangun, kita robohkan. Apa yang kita bangunkan? Kilang, apa yang kita robohkan? Kesihatan anak-anak kita.
“Oleh itu, sekarang ini kita teliti, supaya tumpu perhatian kepada pembangunan tetapi jangan abaikan keselesaan hidup rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang.
Turut hadir Adun Bakar Arang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah Ooi Tze Min dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Johari Abdul.
Pada 20 Jun lepas, media melaporkan seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu dan bukannya hanya soal politik semata-mata.
“Kena ingat apa saja perubahan mesti sentuh hati rakyat dan kehidupan rakyat,” katanya.
PERANG DAGANG CHINA – AS MUNGKIN BERAKHIR JULAI?
Perang dagang China – AS mungkin berakhir Julai?
Presiden Donald Trump berkata detik “bersejarah” bakal tercipta andai Amerika Syarikat (AS) dan China dapat mengadakan perjanjian perdagangan yang adil, lapor agensi berita Anadolu.
Trump berkata demikian pada pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping di luar Sidang Kemuncak G20 di Jepun pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu.
Hasil mesyuarat berkenaan menjadi penentu sama ada perang perdagangan dan tarif akan berlarutan di antara kedua-dua kuasa dunia itu.
“Sebenarnya hubungan kita erat dan…berlaku sedikit pertikaian tetapi kini kita kembali rapat,” kata Trump pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Xi.
Sengketa perdagangan jelas menjejaskan kedua-dua negara menyaksikan banyak syarikat Amerika dan China kerugian berbilion dolar, mempengaruhi sektor perkilangan dan rangkaian bekalan, selain mewujudkan ketidaktentuan pasaran di seluruh dunia.
Trump sebelum ini dilaporkan berkata akan memperluas tarif sedia ada ke atas semua barangan import China ke AS, andai tiada kemajuan berhubung permintaan AS untuk pembaharuan ekonomi.
Xi berkata China bersedia berbincang mengenai isu asas yang menjadi perbalahan dan menggesa mengadakan dialog.
Katanya, walaupun banyak perubahan berlaku dalam hubungan China-AS sejak 40 tahun lalu, “satu fakta yang tidak disangkalkan ialah kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kerjasama sedangkan sengketa hanya merugikan.”
“Kerjasama dan dialog lebih baik daripada perpecahan dan konfrontasi,” kata Xi
Sejak mengambil alih pentadbiran pada 2016, Trump sering menuduh China menjalankan perang perdagangan tidak adil terhadap AS dengan memberi subsidi kepada perniagaan milik China, selama bertahun-tahun mencuri harta intelek AS dan menekan syarikat Amerika supaya berkongsi rahsia perdagangan jika mahu berurus niaga di China.
KERJASAMA UMNO – PAS TAK BERI ANCAMAN KEPADA AMANAH
Kerjasama Umno – Pas tak beri ancaman kepada Amanah
Kerjasama yang rancak dijalankan antara PAS dan Umno tidak akan menjejaskan sokongan di kalangan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan dan peluangnya untuk dipilih semula pada pilihan raya akan datang dengan syarat gabungan parti-parti kerajaan itu menunjukkan bahawa mereka bekerja, kata pemimpin Amanah.
Amanah adalah parti Islam yang bergabung dalam Pakatan Harapan yang memiliki ahli daripada pelbagai kaum dan dilihat mempunyai pandangan progresif berbanding PAS yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan parti pemerintah, di samping turut memiliki pandangan konservatif berkaitan Islam.
Walaupun begitu, pemimpin Amanah mengatakan mereka tidak terjejas dengan kerjasama pembangkang itu walaupun ia mempunyai rangkaian akar umbi yang luas di kalangan orang Melayu, yang membentuk lebih daripada 60% pengundi.
Umno dan PAS sememangnya merupakan parti politik terbesar dalam negara dengan memiliki keahlian terbesar.
Kerjasama pembangkang yang baharu itu juga turut mempertaruhkan ideologi nasionalisme Islam di samping mendakwa bahawa masyarakat Melayu dipinggirkan kerajaan Pakatan.
“Kerjasama PAS-Umno akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan terutama di kawasan luar bandar kerana kekurangan maklumat mengenai apa yang sedang berlaku,” kata ahli akademik Dr Megat Al Imran Yasin dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Umno dan Pas secara tradisinya mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat luar bandar kerana memiliki suara dominan dalam badan-badan tempatan yang berpengaruh seperti jawatankuasa kampung dan surau.
“Dari program-program yang saya lihat Pakatan Harapan adakan di kalangan orang Melayu luar bandar, kumpulan ini secara beransur-ansur mula mengenali Amanah dan Bersatu, dan ini akan menghilangkan kecurigaan mereka terhadap Pakatan,” kata Megat Imran, pengarah pusat komunikasi, media dan industri kreatif UPM.
Megat turut berkata satu lagi parti komponen Pakatan, iaitu Bersatu, juga turut menjadi pesaing utama Umno dan PAS selain Amanah.
Pemimpin Amanah berharap jenama Islam dan pendekatan politiknya, di samping kejayaan menguruskan sebuah negara moden yang memiliki pelbagai keragaman akan mengubah minda Melayu yang telah lama ditanam doktrin agama dan retorik perkauman Umno.
“Dalam masa dua hingga tiga tahun, dengan pentadbiran Pakatan, saya yakin orang Melayu akan menerima mesej kami berhubung kesederhanaan, dan saling menghormati,” kata pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad.
“Itulah mesej sebenar yang dibawa oleh politik Islam,” kata Khalid yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Penubuhan gabungan pembangkang PAS-Umno diumumkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang diadakan di Pahang, di mana pemimpin akar umbi secara rasmi meluluskan kerjasama parti itu dengan Umno, musuh tradisinya sebelum ini.
Difahamkan bahawa ideologi Islam versi PAS akan membentuk teras yang meletakkan ketuanan Islam dan Muslim sebagai prinsip yang dipegang dalam membuat dasar kerajaan.
Menurut tafsiran Islam PAS juga, ia mahu akidah Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan awam daripada apa yang telah wujud ketika ini, termasuk dalam bidang-bidang seperti ekonomi, di mana pengaruhnya dilihat terbatas.
Ahli strategi PAS dan Umno percaya bahawa pakatan pembangkang itu akan dapat menarik undi Melayu yang telah berpecah dalam pertembungan banyak penjuru dalam PRU14 bagi sehingga memberi kelebihan kepada Pakatan, yang kurang mendapat sokongan orang Melayu.
Permuafakatan PAS-Umno kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula kira-kira 30 kerusi Parlimen daripada Pakatan Harapan akibat pecah undi seperti Pokok Sena, Parit Buntar dan Lumut.
Pemimpin Amanah Kedah, Adnan Saad tidak terkejut jika PAS akan memainkan peranan utama dalam gabungan pembangkang itu memandangkan jenama Umno telah ditolak rakyat Malaysia dalam PRU14.
“PAS mahu menggunakan rangkaian luas Umno di kalangan orang Melayu dan Umno mahu menggunakan PAS untuk mencuci imej kotornya,” kata Adnan, yang merupakan pengarah pilihan raya Amanah Kedah.
Adnan juga tidak merasakan bahawa kalkulus politik yang menjadi taruhan Umno dan PAS – yang mahu mengumpulkan undi sebahagian besar Melayu akan dapat menghasilkan kemenangan automatik untuk gabungan pembangkang itu.
“Dalam politik, dua ditambah dua tidak semestinya sama dengan empat. Di atas kertas, mereka kelihatan seperti boleh menang sekarang, tetapi terdapat pemboleh ubah dan dinamik yang boleh mengubah situasi setiap pilihan raya,” kata Adnan.
Beliau memberi contoh seperti Umno yang yakin boleh menang di Sungai Besar dan Kuala Kangar pada pilihan raya kecil 2016 yang pertembungan berbilang calon antara, Amanah dan PAS, akan memberi manfaat kepada parti itu, namun hakikatnya tidak sedemikian.
Walau bagaimanapun dalam PRU14, pertandingan sebegitu rupa yang memecahkan undi Melayu menyaksikan parti-parti seperti Amanah dan Bersatu mendapat manfaat paling besar.
Kes Beng Hock: DAP minta penjelasan peguam negara
Pada
oleh Pentadbir
oleh Pentadbir
DAP memohon penjelasan Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahannya kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau terkejut apabila mendapat tahu kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu pihak polis sedang menyiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penahanan secara salah, seperti yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara.
“Berikutan perkembangan ini, saya telah menulis satu lagi surat kepada (peguam negara) Tommy Thomas pada 25 Jun dan kami sedang menunggu jawapan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 memutuskan bahawa terdapat elemen jenayah dan pembunuhan serta pihak yang bertanggungjawab dalam kematian Beng Hock.
Siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau sebelum ini telah menulis surat kepada peguam negara pada 23 November 2018 bagi memohon supaya kes kematian Beng Hock dibuka semula selepas mendapat persetujuan Kabinet pada 20 Jun tahun lalu.
“Peguam negara telah menjawab dalam suratnya pada 4 Disember 2018 bahawa dia telah menulis kepada ketua polis negara pada 17 Julai 2018 untuk berbuat demikian.
“Dalam jawapannya, ketua polis negara menyatakan rasa kesal kerana tidak ada perkembangan dan dia akan menekan polis untuk meneruskan siasatan,” katanya sambil menegaskan kes kematian Beng Hock adalah melibatkan kepentingan awam.
Menurut Menteri Kewangan itu, meskipun telah dibangkitkan beberapa kali dalam mesyuarat Kabinet, tidak ada perkembangan terbaharu dalam siasatan kes itu.
“Walaupun perkara itu dibangkitkan dalam kabinet beberapa kali, iaitu kali terakhir pada 15 Mei 2019, masih belum ada perkembangan baru,” katanya.
‘Jajaran LRT Bayan Lepas tak masuk walau sedikit tanah wakaf’
Pada
oleh Pentadbir
Tapak asal Masjid Sungai Nibong Besar dan tanah perkuburan Islam di situ tidak akan sama sekali terjejas dengan cadangan jajaran transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Katanya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah bermesyuarat dan bersetuju cadangan jajaran LRT tersebut diletakkan bersebelah dan selari dengan jejambat Jalan Sultan Azlan Shah tanpa menjejaskan kawasan tanah wakaf.
“Persetujuan ini mengambil kita jejambat LRT yang dicadangkan tidak memasuki walau sedikit pun tanah wakaf kubur dan juga wakaf Masjid (Jamek) Sungai Nibong Besar, baik yang berada di atas tanah, mahupun ruang udara kedua-duanya,” katanya dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang, hari ini.
Katanya lagi, keputusan itu juga selari dengan fatwa dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
“(Fatwa) itu antaranya, tidak memasuki tapak dan juga ruang udara kubur dan juga tapak masjid oleh sebarang struktur,” katanya sambil menambah projek pembinaan masjid di tapak berkenaan boleh diteruskan mengikut jadual asal.
Ahmad Zakiyuddin yang juga Exco Hal Ehwal agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan menghormati setiap garis panduan dan hukum hakam Islam yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek berkenaan.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan apa yang berlaku sekarang merujuk semua jenis penyebaran maklumat, kenyataan media dan sebarang bentuk sebaran melalui apa juga saluran media oleh sesiapa pun yang berniat jahat, bersifat fitnah dan tohmahan tidak berasas tanpa merujuk dan mendapatkan maklumat terkini yang sahih dan tepat dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” ujarnya yang juga.
KONTRAK INTERNET SEKOLAH YTL TIDAK DISAMBUNG, KERAJAAN TELUS?
Kontrak internet sekolah YTL tidak disambung, kerajaan telus?
KONTRAK YTL Communication Sdn Bhd (YTLC) untuk menyediakan kemudahan internet di sekolah tidak disambung mulai minggu depan kerana perkhidmatannya mahal dan tidak memberikan pulangan setimpal seperti yang boleh ditawarkan syarikat lain, kata sumber di Putrajaya.Kini inya disambung dengan tender terbuka kepada CELCOM dan juga MAXIS ke sekolah sekolah seluruh Malaysia.
Kontrak sejak 2012 itu juga tidak menguntungkan kerajaan, jika dibanding dengan kemudahan yang boleh ditawarkan pengelola perkhidmatan talian internet (ISP) yang lain, kata sumber.
“Masalah utama (dengan YTLC) ialah kontrak ini tidak beri manfaat kepada kementerian,” kata sumber yang maklum mengenai urusan pembekalan internet ke sekolah itu.
Antara masalah projek itu ialah sambungan jalur lebar yang terhad dan rendah, termasuk pada kelajuan tidak lebih 4 megabits setiap saat (Mbps), menjadikan kemudahan internetnya sangat perlahan.
Platform pembelajaran maya atau kelas secara virtual itu juga kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru, kata sumber, kerana kurang tahu menggunakannya selain tidak cukup perkakas di sekolah.
“YTLC juga terhutang bayaran sewa tapak untuk menara pemancar,” kata sumber, namun enggan mendedahkan jumlah hutang berkenaan.
Kami difahamkan juga difahamkan Kementerian Pendidikan terpaksa menanggung caj utiliti bagi 1BestariNet kerana pendawaian elektriknya disambung ke meter elektrik sekolah.
Kelmarin, Kementerian Pendidikan mengumumkan bekalan internet di lebih 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia tidak lagi akan disediakan melalui 1BestariNet mulai Isnin ini. Ia juga melibatkan beberapa bahagian di kementerian dan 366 pusat kegiatan guru.
Mulai minggu depan, kemudahan internet berkenaan dibekalkan oleh tiga syarikat ISP – Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn. Bhd. – untuk tempoh enam bulan sehingga 31 Disember ini.
Selepas tempoh sementara itu, kementerian akan memilih penyedia perkhidmatan internet yang baharu “selepas melakukan penilaian dan penambahbaikan yang diperlukan.”
The Malaysian Insight difahamkan kementerian sedang meneliti sekurang-kurangnya dua kaedah pemberian kontrak mulai Januari 2020 iaitu melalui tender terbuka atau autonomi kepada sekolah untuk membuat pilihan.
“Sekiranya tender, kementerian akan pilih cadangan terbaik dari segi harga dan kelajuan internet, atau pihak sekolah sendiri tentukan syarikat mana yang sesuai dengan keadaan di sekolah mereka,” kata sumber.
1BestariNet dikendalikan oleh YTLC dengan jumlah kontrak lebih RM4.45 bilion bagi tempoh 15 tahun di bawah beberapa fasa.
Menurut maklumat yang diterima juga menjelaskan difahamkan kontrak bagi dua fasa, antara 2012 dan Jun 2019, bernilai RM2.644 bilion.
Kontrak 1BestariNet diberikan kepada YTLC melalui tender terbuka semasa Muhyiddin Yassin menjadi menteri pendidikan dan timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun kecekapan projek itu ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 antara atas kelewatan menyediakan kemudahan internet ke lebih 4,000 buah sekolah, sesetengahnya lambat sehingga 14 bulan.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga mengesahkan audit itu dan merumuskan kerajaan menanggung rugi kerana pengurusan kontrak yang lemah.
MENGAPA PAS LEBIH GELISAH DENGAN PERTUKARAN JAWATAN PM ?
Semua kita tahu, Pas dan Umno adalah parti yang paling kuat menghentam cadangan PH untuk menabalkan Tun M sebagai PM sebelum PRU14 yang lalu. Tiada satu pun tulisan atau kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas dan Umno yang merasa seronok dengan ketetapan yang dicapai oleh PH waktu itu.
Apa yang tidak dikata tentang keburukan Tun M oleh kedua-dua parti tersebut sebelum ini? Tun M dianggap pemimpin tua kitar semula, PH dituduh tiada kepimpinan baru, PH dituduh mengangkat kembali seorang diktator, kerajaan baru lebih teruk jika Tun M jadi PM, dan banyak lagi kata-kata mereka yang cuba mempengaruhi PH agar tidak memilih Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan. Paling celupar, mulut Hadi Awang, Presiden Pas yang ego dan sombong apabila menyatakan Tun M hanya layak jadi doktor di klinik 1 Malaysia. Beliau lupa, Tun M telah pun menjadi PM lebih 20 tahun berbanding Hadi yang hanya jadi MB Terengganu sepenggal.
Tulisan Ustaz Zakaria di dalam Harakah bertarikh 28 Jun 2019, beliau memperlihatkan kegelisahan Pas sekiranya peralihan kuasa itu berlaku. Secara tiba-tiba segala bentuk pujian diberikan kepada Tun M selaku PM, tetapi beliau terlupa baru beberapa hari yang lalu Muktamar Pas menjatuhkan fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH" di bawah Tun M. Kalau kepimpinan Tun M itu baik pada pandangan Pas, dari mana datangnya fatwa 'wajib menjatuhkan kerajaan PH"?. Itu dalil menunjukan parti ini menjual agama sesuka hati dan bila-bila masa sahaja.
Di dalam tulisannya, beliau mempersoalkan bagaimana mungkin Anwar boleh menjadi PM tanpa menjadi TPM terlebih dahulu? Beliau hanya melihat kepada amalan tradisi semata-mata tanpa melihat kepada aspek perundangan atau perlembagaan. Tradisinya memang begitu, sebelum ini PM adalah datangnya dari TPM. Itu di era Umno, di mana tradisinya juga Presiden Umno itu akan menjadi PM dan Timbalan Presidennya pula bakal menjadi PM selepas itu. Tradisi bukan undang-undang yang wajib diikuti. PH memecah tradisi purba itu di mana PM dari parti lain dan Timbalannya dari parti lain di dalam PH. Ertikata, semangat perkongsian kuasa ini lebih terserlah di bawah PH. Tun M menjadi PM sekarang adalah dari parti Bersatu, Timbalannya adalah Kak Wan dari parti KEADILAN. Tiada siapa boleh dakwa kerajaan sekarang di bawah telunjuk Bersatu, jauh sekali untuk menuduh kerajaan sekarang di bawah telunjuk Dap.
Di dalam mempertahankan Tun M untuk terus menjadi PM lebih lama, penulis ini juga menyebut bahawa apa yang Tun lakukan sekarang sudah baik dan tidak ada keperluan untuk ditukarkan kepada PM yang baru. Pengakuan ini saya percaya datangnya secara ikhlas, dan kami di dalam PH juga turut yakin dengan kewibawaan Tun M, sebab itulah PH tidak silap menabalkan beliau sebagai PM selepas PH berjaya jatuhkan rejim kleptokrasi di dalam PRU14 yang lalu, apatah lagi ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat terus menjadi PM.
Sebagaimana yang sering diulang oleh Tun M sendiri, beliau akan menyerahkan jawatan PM kepaada Anwar Ibrahim kerana ini adalah perjanjian yang termaktub di dalam manifesto. Anwar juga turut berulangkali menyatakan sokongan padu beliau kepada Tun M sebagai PM untuk merealisasikan reformasi di dalam pentadbiran negara. Apa yang sering diperdebatkan dan diperkatakan hanyalah tempuh dan jangkamasa peralihan kuasa akan berlaku, itu saja. Setakat ini, PH masih berpegang teguh kepada perjanjian iaitu Tun M akan menjadi PM sehingga masanya yang sudah tentu akan diincangkan oleh Majlis Presiden, bukannya oleh Tun M seorang diri atau oleh Anwar atau oleh sesiapa. Begitu juga dengan jawatan TPM, di mana Kak Wan sendiri telah menyatakan beliau akan berundur apabila Anwar menjadi PM. Pengganti Kak Wan sebagai TPM nanti mungkin Muhyiddin, mungkin Mat Sabu atau sesiapa sahaja dari pemimpin utama di dalam PH yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.
Penulis silap besar untuk mengheret PH mengikut tradisi purba di zaman Umno. Hakikatnya, Pas amat takut kecemerlangan pentadbiran Tun M sekarang ini akan diwarisi pula oleh Anwar, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dengan Tun M. Idea-idea islamik yang sering dibawa oleh Anwar sewaktu beliau menjadi TPM di era Tun M dahulu amat membimbangkan Pas. Bayangkan seorang PM akan datang adalah bekas Menteri Kewangan terbaik Asia. PM akan datang adalah tokoh yang menubuhkan ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia) satu pertubuhan yang terkenal di dalam membawa suara-suara Islam hingga sekarang di mana beliau pernah menjadi Presiden ABIM dan Timbalannya adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden Pas. Hadi juga pernah berada di bawah Anwar ketika itu di dalam ABIM. Sekiranya PM akan datang mempunyai roh Islam meskipun beliau bukan Ulamak seperti Mokhtar Senik atau Nik Amar, tidak hairanlah Pas bimbang Anwar menjadi PM kerana Pas akan kehilangan modal besarnya.
Bagi Umno pula, sekiranya Anwar menjadi PM maka Umno
kehabisan modal untuk memainkan isu-isu perkauman Melayu. Anwar juga terkenal dengan prinsipnya mempertahankan maruah Melayu termasuk bahasa. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Anwar pernah dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung UNESCO. Universiti Islam Antarabangsa tidak boleh dipisahkan dari menyebut nama Anwar kerana beliau pernah menjadi Presiden universiti tersebut. Mana mungkin insan bernama Anwar Ibrahim ini akan memusnahkan Melayu. Itu yang dikhuatiri oleh Umno walaupun sewaktu Umno memerintah, segala hak Melayu tergadai dan terancam.
Untuk tahun 2018, nama Anwar disenaraikan dalam kategori "Top 50 + 25 Honorouble Mentions (ahli politik/ pemerintah)", sebaris dengan Raja Salman bin Abdulaziz (Arab Saudi), Raja Abdullah II bin Al-Hussein (Jordan), Presiden Reccep Tayyip Erdogan (Turki), Raja Mohammed VI (Maghribi), Sayyid Qaboos bin Said Al Said (Oman), Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (Arab Saudi), Presiden Joko Widodo (Indonesia), Presiden Mahmoud Abbas (Palestin), Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi (Mesir), Abdul-Malik Badreddin al-Houthi (Yaman), Sadiq Khan (United Kingdom), Putera Zeid bin Ra’ad Zeid al-Hussein (Jordan) serta Khaled Mashal (Palestin). Inilah bakal PM ke 8. Ertinya, Anwar bukan nama yang berlegar di Permatang Pauh atau di Malaysia sahaja.
Rakyat sekarang telah mulai merasa lega sedikit berbanding setahun yang lalu disaat kerajaan baru PH sedang bergelut untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi yang kini berada di dalam kelambu Pas. Masih banyak lagi yang sedang dan akan diperbaiki, InsyaAllah, apabila semuanya telah pulih, rakyat akan melihat wajah sebenar yang ingin dipamerkan oleh kerajaan PH. Buat Pas, lebih baik kamu tumpukan kepada belajar menyanyi lagu Umno dan Umno pula cubalah belajar menyanyi lagu Pas. Bab peralihan kuasa PM, PH ada jawapannya.
WFAUZDIN NS
Subscribe to:
Posts (Atom)