BAB HARGA MINYA ISU GLOBAL... BAB TELOQ TAK DAK MINYAK REGA MELAMBUNG.. TAK KECOH KA.?



PENYAKAW NAK AJAR ORANG YANG DAH BANYAK BUAT JASA. 




 Bab harga minyak naik ni, memang isu global. Sebab 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 dan 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝗿𝗮𝗻. Kalau tak sebab tu, mungkin keadaan sekarang amat tenang.


Yang bagusnya, negara kita dan bersedia awal. Kita ada 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿. Yang naik 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗺. Tapi harga yang kita bayar, masih lagi sama.


Manakala untuk diesel, pemain industri yang tertentu, yang mana boleh menjejaskan kepentingan awam, ada menikmati harga diesel bersubsidi juga.



Jadi aku kelakarlah bila walaun cuba mainkan isu ni. Walaun tak sedar agaknya kalau pemimpin otak batu mereka yang memerintah entah apa penyelesaiannya. 


Bayangkan isu kekurangan ayam dan telur pun tak dapat mereka atasi. Yang minyak masak pula 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 sendiri yang sorokkan. Nak harapkan mereka selesaikan isu kekurangan bekalan minyak ni?


Paling tak tahan dengan 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯. Boleh dia nak ungkit  pasal Najib. Korang dah lupa masa Najib dulu harga bahan api ni 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻? Tak ada subsidi tau!


Kalau perang Iran ni berlaku masa Najib memerintah, memang kita kena bayar petroL RON95 lebih RM3 seliter la sekarang ni? On top of that, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗚𝗦𝗧 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Alhamdulillah, Allah SWT sayangkan rakyat negara kita. Sebab tu pemimpin yang menjahanamkan awal lagi dah diusir keluar daripada Wisma Putra.


Jadi hari ini, ketika rakyat seluruh negara lain semua menggelupur, rakyat Malaysia masih bertenang. Dan sempat pulak 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 pemimpin yang berjaya halang kesusahan menimpa negara.


Jangan jadi makhluk yang tak bersyukur. Yang kufur nikmat. Jangan sampai nanti nikmat itu ditarik balik. Baru nak menyesal. Jangan sampai 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘂𝘀𝘂𝗻𝗴, 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DIA PUNYA BINGAI DAN DENGKI CUKUP BODO


 Che Ibrahim


Rm3.5 juta tu peruntukan pembangunan untuk rakyat. Rm1500 tu masuk poket YB... Itupun kamu berdengki???


Mansuhkan peruntukan RM3.5 juta setiap Ahli Parlimen kerajaan, dapat buat penjimatan besar' - Ketua Penerangan PAS. 




Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Gambar fail
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan peruntukan khas RM3.5 juta yang diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen blok kerajaan sebagai langkah penjimatan susulan ketegangan berterusan di Asia Barat.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata jika langkah sedemikian dilaksana, ia bakal menyaksikan penjimatan lebih besar, berbanding menerima cadangan supaya elaun petrol Ahli Parlimen berjumlah RM1,500 dikurangkan.


"Penjimatan lebih besar (jika peruntukan khas RM3.5 juta dimansuhkan). Kerajaan boleh terus bantu rakyat (di kawasan Parlimen kerajaan) seperti kerajaan bantu rakyat di kawasan Parlimen pembangkang.

"Bukankah itu lebih berkesan? Penjimatan sekitar setengah bilion (ringgit) untuk setahun. Saya yakin kerajaan boleh bersetuju. Kemudian jika mahu mansuhkan elaun petrol juga, terpulanglah," katanya di Facebook beliau hari ini.


 Beliau mengulas laporan memetik Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mengemukakan empat cadangan utama kepada kerajaan sebagai langkah mengimbangi impak tekanan global akibat ketegangan di Asia Barat termasuk menyemak semula elaun petrol 222 Ahli Parlimen.

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Farhan Rosli, berkata langkah untuk menyemak semula dan mengurangkan elaun petrol semua Ahli Dewan Rakyat itu boleh dianggap sebagai simbol kepimpinan melalui teladan dan solidariti nasional.

MBM juga menyarankan kerajaan memperluas subsidi BUDI diesel dan melonggarkan syarat pemilik kenderaan persendirian dengan kuota munasabah sekitar 300 liter sebulan serta mempercepat usaha mempelbagaikan sumber tenaga negara dengan meneroka bekalan alternatif di luar negara Teluk.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, secara peribadi beliau tiada masalah jika kerajaan mahu melaksanakan cadangan mengurangkan elaun petrol itu.


"Tetapi penjimatan diperoleh tidaklah signifikan sangat, RM1,500 didarab dengan 222 Ahli Parlimen, itu pun jika dipotong jumlah ahli Kabinet yang tiada peruntukan elaun petrol, berapakah penjimatan sebulan," katanya.



KEH KEH KEH


 

BUKAN MUDAH.

 


Dengan reputasi 𝗣𝗠𝗫 dan 𝗧𝗼𝗸 𝗠𝗮𝘁 sebagai menteri luar, akhirnya kapal negara kita dibenarkan melepasi Selat Hormuz.


Bayangkan kalau PM kita orang yang tak dikenali. Nak dapatkan ucapan tahniah lepas dilantik sebagai PM pun dia kena call orang tu. Apa jadi?


Atau yang tak reti bercakap bahasa Inggeris sampai di persidangan PBB pun dia hentam cakap Melayu. Atau yang lain ditanya lain yang dijawabnya.


 Atau yang terkenal kerana korupsi. Siapa nak hormat makhluk kaki sakau?


Alhamdulillah negara kita pada ketika ini dibarisi oleh mereka yang sesuai. Mungkin bukan yang terbaik tapi terbaik yang kita ada buat masa ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




MENGAPA PESAWAH TIDAK DAPAT SUBSIDI MINYAK?


Che Ibrahim













Ada orang komplen kata pesawah tidak dapat bantuan subsidi minyak diesel. 


Setakat semakan ambo, pesawah adalah golongan petani yang paling banyak mendapat bantuan/subsidi kerajaan. 


Purata bantuan/subsidi kepada pesawah ialah rm4300 satu hektar. (Purata hasil padi bagi setiap satu hektar ialah antara 4-7 tan semusim)




100 RIBU BANTUAN MAKANAN DISALUR KE PALESTINE APRIL INI



 Sewaktu interaksi bersama Presiden Abdel Fattah El-Sisi tempoh hari, saya telah memohon kerjasama beliau bagi memudahcara penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.







Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan.


Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini. 


Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.


Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah.


🇲🇾🤝🇪🇬🤝🇵🇸


#MalaysiaMADANI

#DiplomasiMADANI

#YakinMADANI




BUKAN SAJA BANGGUNAN TINGGI TAK DAK.. RENDAH PUN TAK DAK, DAN YANG JANJI NAK BUAT PUN TAK DAK.... AYAQ SAMPAI LA TAK DAK... SEMBANG LA SANUSI


 

WALAUN.. JANGAN SEMBANG LAH


 

MASA HANG KEMPEN.. HANG MAKI MACAM MACAM...


 

DENGAR PESANAN INI


 

SIAPA AHLI PARLIMEN PKR YANG DIDAKWA TERIMA RM9.5 JUTA MASIH LAGI MISTERI

 

27 Mac 2026
Berdasarkan pendedahan Rafizi Ramli semalam, sudah diketahui kini bahawa Mr R sebagaimana disebut oleh Victor Chin ialah Sandraruben Neelamagham atau Ruben.
Menurut Rafizi, Ruben adalah seorang peguam yang merupakan Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Ruben ialah penghubung antara kumpulan yang digelar “mafia korporat”dengan pihak berkepentingan dalam isu tekanan terhadap pemegang saham sepertima dinyatakan Victor Chin.
“Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam semalam.
Rafizi turut mengaitkan individu yang didakwa sebagai 'boss' kepada Ruben ialah bekas Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim iaitu Farhash Wafa Salvador.
“Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan dari komunikasi antara Victor dan Ruben, iaitu bossnya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh bagi mengarahkan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, serta Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.
“Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R,” tambah Rafizi sambil menyatakan isu tersebut selanjutnya wajar dijawab oleh Perdana Menteri bagi menjelaskan dakwaan yang timbul.
Meskipun Rafizi telah menunaikan janji untuk mendedahkan siapa Mr R, sebenarnya ada individu lain yang dikaitkan dengan “mafia korporat” yang masih lagi belum diketahui.
Ia adalah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada Victor Chin sebagaimana didakwa oleh ahli pernigaan itu.
Victor Chin sebelum ini mendakwa wang itu diserahkan kepada Mr R untuk menyelesaikan tekanan daripada “mafia korporat” yang dihadapinya.
Oleh kerana Victor Chin mendakwa urusan itu tidak dijalankan, beliau telah menuntut wang itu kembali dan memberi tempoh akhir berbuat demikian sebelum 30 Mac ini.
Jika wang tidak dikembalikan, Victor Chin mengancam untuk mendedahkan nama Ahli Parlimen berkenaan.
Persoalan sekarang setelah nama Mr R didedahkan dan nama Farhash turut dikaitkan, siapakah Ahli Parlimen PKR yang dimaksudkan Victor Chin itu.
Baik Ruben atau Farhash, kedua-dua mereka bukan Ahli Parlimen.
Adakah nama Ahli Parlimen PKR itu benar-benar wujud atau sekadar sensasi ciptaan?
Apakah kita kena tunggu lagi sehingga 30 Mac ini untuk mengetahuinya, itu pun jika Victor Chin sedia mendedahkannya? - ShahbudinHusin 27Mac2026.

TIADA KOMPROMI TERHADAP PENYELEWENGAN SUBSIDI


 


Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan subsidi bahan api yang menjejaskan hak rakyat.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyeleweng subsidi kerana ia adalah hak rakyat. Tindakan tegas akan terus diambil melalui pendekatan penguatkuasaan pintar bagi memastikan ketirisan dapat dihentikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pendekatan Smart Enforcement dilaksanakan secara bersepadu melibatkan agensi penguatkuasaan KDN dengan fokus kepada:

🔹 Tindakan Tegas terhadap Sindiket
Operasi khas dilaksanakan bagi melumpuhkan rangkaian penyelewengan dan penyeludupan subsidi demi memastikan manfaatnya dinikmati oleh rakyat Malaysia.

🔹 Operasi Sempadan Dipertingkat
Kawalan di pintu masuk dan sempadan negara diperkukuh secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan bersubsidi ke luar negara.

🔹 Rakyat sebagai Rakan Keselamatan
Kerjasama rakyat amat penting. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan di stesen minyak atau kawasan sekitar demi melindungi kepentingan bersama.

KDN komited memastikan setiap sen subsidi sampai kepada golongan yang berhak, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Keselamatan tanggungjawab bersama. Rakyat dilindungi, negara diperkasa.

#KDN #MalaysiaMADANI #SmartEnforcement #LindungiRakyat #KeselamatanTanggungjawabBersama #PerangiPenyelewengan #SubsidiUntukRakyat #MADANIBekerja

Sumber:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Kenyataan Rasmi Kerajaan MADANI, 2026 
See less
— with Anwar Ibrahim and 
11 others
.