“Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

“Mengapa Mahkamah tergesa2 tetapkan tarikh rayuan Fitnah II?

n_surendranKUALA LUMPUR 5 MAC: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoalkan rasional Mahkamah Rayuan tergesa-gesa menetapkan tarikh perbicaraan rayuan kes Fitnah II oleh kerajaan minoriti BN.

Menurut Surendran, perbicaraan rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat, 6 dan 7 Mac ini.

Tambahnya, rayuan untuk pengurusan kes ditetapkan pada 28 Februari, namun peguam Anwar menerima panggilan dari Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan meminta tarikh bicara antara 7 Mac dan 10 Mac 2014.

“Kami terganggu dengan penetapan tarikh yang luar biasa cepatnya di mana telah ditetapkan pada 6 dan 7 Mac.

“Perlu diingatkan bahawa tarikh yang tetapkan Mahkamah Rayuan adalah pada malam hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang,” kata Surendran dalam kenyataan.

“Mahkamah berkeras menetapkan 6 dan 7 Mac sebagai tarikh rayuan. Tarikh itu ditetapkan walaupun peguam Anwar menyatakan bahawa mereka tidak ada masa pada tarikh itu,” ujarnya.

mahkamah_Katanya, lebih menghairankan pada 12 Februari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan rayuan Fitnah II sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan atas permohonan untuk memanggil semula Jude Pereira.

Walaubagaimanapun melalui tindakan luar biasa, Shafee Abdullah memfailkan permohonan membatalkan rayuan Jude Pereira.

Malah kata Surednran, sehingga 6 Mac, Anwar memfailkan petisyen rayuan untuk memanggil Jude Pereira di Mahkamah Persekutuan.

“Lebih menghairankan Mahkamah Persekutuan dibenarkan menolak rayuan Jude Pereira pada 4 Mac, keputusan jelas salah dalam undang-undang,” kata Surendran.

“Mengapa tergesa-gesa menetapkan tarikh rayuan itu walaupun sebelum mendengar keterangan Judy Pereira? soal Surednran.

fitnah2“Harus diingat bahawa rayuan Fitnah II adalah perkara yang mempunyai kepentingan awam. Mahkamah perlu jujur dan telus dalam menguruskan rayuan Fitnah II.

“Rakyat Malaysia mempunyai hak sepenuhnya untuk mengetahui pendedahan berkaitan permohonan ini.


“Kami dengan ini menyeru Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk mendedahkan sebab penetapan yang begitu tergesa-gesa berhubung tarikh rayuan Fitnah II,” kata Surendran.


No comments: