MAHATHIR TIDAK AKAN PUAS...



Dr. Mahathir bin Mohamad tidak akan puas selagimana Anwar Ibrahim tidak datang dan "membeli" darinya. Itulah tujuan dia mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, bukan kerana dia mahu Shafie Apdal menjadi PM, tetapi sekadar kejutan untuk menarik Anwar datang kepadanya. Begitu juga pengumuman Mahathir semalam bahawa dia dan cebisan berlima Bersatu serta Warisan menjadi blok bebas dalam Parlimen, satu provokasi disasosiasi untuk memaksa Anwar kembali memikir pilihan rekonsilasi. Harus diingat, Mahathir akan berterusan begini selagimana dia melihat kesatuan Pakatan Harapan kukuh, selagimana PH kukuh, selagi itulah dia perlu "menjual" kepada Anwar, selagimana PH kukuh selagi itulah dia perlu Anwar "membeli" darinya, Mahathir akan berhenti bila Anwar akhirnya keseorangan. Namun, bukan itu sahaja kerja buat Mahathir pada masa ini, baca tulisan-tulisannya! Mahathir mendayung ke depan, tetapi menguis di tepi. Mahathir menulis mengkritik keluarga rumah di seberang jalan yang pengotor, tetapi tiba-tiba boleh pula dalam tulisan yang sama dia selit kisah anak jiran sebelah yang pandai matematik. Anda faham? Kalau tidak, bacalah tulisannya berkali-kali...

Kebelakangan ini saya melihat beberapa pimpinan DAP mula menyuarakan sokongan terbuka kepada Mahathir, antaranya Liew Chin Tong dan Hannah Yeoh. Apa yang sama dari tulisan-tulisan ini ialah kekaguman mereka akan kebijaksanaan Mahathir. Saya beritahu beginilah, saya sudah tahu tentang "kebijaksanaan" Mahathir ini sejak puluhan tahun dahulu, sejak saya masih belajar, sejak dia masih menjadi Perdana Menteri Ke-4. Kerana "kebijaksanaan"nyalah sampai hari ini, di benak kepala orang-orang Melayu, khususnya penyokong dan bekas penyokong Umno, orang-orang DAP dikenal sebagai Cina Bukit. Saya tahu sangat akan kecerdikan luar biasanya, tetapi dari remaja saya tidak pernah mahu mengagungkannya. Kenapa? Sebab bila seorang Machiavellian diakui sangat pintar, dia sepatutnya dibimbangi, diragui dan dicurigai, apalagi bila melibatkan percaturan kuasa politik negara. Mahathir seorang Machiavellian yang sangat obses dengan kecerdikannya sendiri. Memang seperti kata Hannah Yeoh, berbicara dengan orang seperti Mahathir, sepertinya kita merasa dia ikhlas untuk berkhidmat dan membaiki negara. Tetapi kata-kata itu terbit dari obsesi tadi, obses akan kecerdikannya sendiri, itu landasan Mahathir. Mahathir sendiri mungkin merasa dia ikhlas mahu membaiki negara, tetapi ia lahir dari obsesi akan kecerdikannya, lahir dari kesombongan akan kebijaksanaannya, maka dia merasa tiada orang lain yang layak dan mampu melainkan dia. Kerana dia seorang Machiavellian, lalu jika ada yang mencabar "kelayakan" dan "kebijaksanaan"nya, sudah tentu orang itu akan cuba dibenam dan disisih dengan apa jua cara, cara betul atau salah, semua halal baginya, wa'ima ke tahap jahat dan zalim, sekali lagi kerana dia seorang Machiavellian tegar yang tersangat pintar.

"Sebahaya mana musuh yang dilawan, bahaya lagi kecurigaan dalam kawanan"

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
GERAK98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #GERAK98
Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor
Parti Keadilan Rakyat Democratic Action Party (DAP) Malaysia

No comments: