Tuesday, February 4, 2014

TERKINI : Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

Adun Hutan Melintang nafi keluar parti

HUTAN MELINTANG -  Adun Hutan Melintang, S Kesavan hari ini menafikan dakwaan beliau keluar parti seperti mana yang dilaporkan dalam media sosial.

Sebelum ini, tersebar di media sosial surat peletakan jawatan Kesavan sebagai Adun dihantar ke Pejabat Speaker Dun Perak.

Pada sidang medianya sebentar tadi, Kesavan nyata terkejut dengan kewujudan surat yang hanya diketahui hari ini selepas menerima pelbagai panggilan mengenai perkara itu.

Menurutnya, surat yang dikemukakan kepada Pejabat Speaker Dun Perak jelas bukan dihantar olehnya berdasarkan tanda tangan pada surat itu.

"Kalau dilihat daripada surat palsu itu, kepala surat berbeza dengan alamat yang digunakan untuk urusan rasmi.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tindakan itu sebaliknya tiada niat langsung untuk keluar parti dan akan terus setia bersama sama PKR," katanya sebentar tadi. - Sinar Harian


Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers