YB HAMDAN MENZIARAHI ADIK MOHD RAZALI




Permatang Pauh- YB Hamdan ADUN Permatang Pasir telah hadir untk menziarahi adik Mohd Razali yang koma dalam kemalangan yang berlaku sendirian dimana beliau menumpang menaiki motosikal bersama rakannnya 3 bulan lalu.


Kes kemalangan ini boleh dijadikan contoh teladan kepada golongan muda kerana ianya bukan sahaja akan menyusahkan dan membebankan ibubapa , malahan ianya akan memusnahkan masa depan anda sendiri.Kini adik Mohd Razali yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM, telah tidak mengenali sesiapa pun walau pun ibu bapa sendiri.


Kepada remaja di luar sana, menunggang motosikal haruslah punya kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi dan jangan ambil mudah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan juga orang lain.


Dalam lawatan tersebut YB Hamdan berusaha mendapatkan bantuan melalui PUZ kerana belanja membeli susu khas amat tinggi kosnya disamping pampers.Ibu bapa masih setia menjaga anak yang malang ini walau tidak begitu mampu untuk memenuhi keperluan.Keluarga ini pula bukan dari keluarga yang senang.kepada anak remaja,hati-hati dalam membuat sesuatu kerana ianya melaibatkan orang tersayang di sekeliling anda.


No comments: